hadiah sebuah kesabaran

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua…..

mungkin ramai yang sudah membaca status yang di tulis oleh denaihati dalam akaun facebook miliknya, tapi akak ingin berkongsi di entri akak kali ini…

Denaihati Ilhamku :

Ramai nak jadi usahawan berjaya tapi tak boleh ditegur, tak boleh dinasihati, tak nak belajar dengan yg sudah berjaya, tak sanggup bersusah payah, curi pelanggan kawan, tak sanggup korban masa, tak sanggup berubah budaya, cepat emosional, lari dari masalah, cepat rasa puashati …. TAPI nak berjaya. Boleh ke? – petikan dari status di wall facebook denaihati ilhamku….

dua komen yang membuatkan kak sweetkurma tersentuh :-

Denaihati Ilhamku :

Baca biografi usahawan berjaya : tiada jalan mudah utk berjaya. Ramai yg pernah bekerja dgn sifu mereka kena maki hamun dan sebagainya. Ketabahan melalui semua tu jadi mereka juga berjaya seperti sifu mereka.

Masrukhin Marzoki :

Kemuliaan akan hadir dalam kehidupan setelah penghinaan puas dilalui. Kejayaan akan digapai setelah ujian selesai dijalani.

sangat2 setuju dengan apa yang di coretkan oleh salah seorang pengomen, saudara masrukhin marzoki, kenapa akak setuju sebab itu lah yang akak lalui dari dulu mula2 melibatkan diri dalam dunia perniagaan sehingga lah sekarang ini, yang akak kira akak sudah sedikit berjaya…

TAPI berkat kesabaran dan memilih untuk berdiam diri dengan meneruskan kerja2 harian seperti biasa tanpa menghiraukan umpat-keji dari insan2 yang tidak berpuas hati, rezeki dari Allah semakin melimpah ruah…. bagi akak ini adalah hadiah dari sebuah kesabaran….

sumber facebook
sumber facebook

mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :
  • azman March 15, 2013 at 12:13 am

    1st hahaha….

  • azman March 15, 2013 at 12:15 am

    Hanya orang2 yang cekal saja yang mampu harungi sepak terajang dalam dunia perniagaan ๐Ÿ™‚

  • Datin Tyka March 15, 2013 at 12:19 am

    sebelum masuk alam pekerjaan, DT aktif dalam kokurikulum.. menjadi seorang komander. sebelum menjadi seorang komander, sentiasa dihina, dimaki.. latihan askar, biasa lah… kemudian masa praktikal sebelum ni, kena marah dengan boss, dah biasa dah.. officemate terkejut, sebab selalu nya siapa mula kerja, kerna marah pasti menangis… DT pulak rilek je… hehehe.. lagi lagi praktikal dekat MBSA, orang yang kena saman, yang kereta kena tarik, mulut dorang .. huihhh.. seb baik lah dah biasa.. teruk lagi masa latihan askar dlu
    Datin Tyka recently posted..Khasiat Daun SalamMy Profile

  • AkmaOmar March 15, 2013 at 12:19 am

    Betulkan kak..bukan senang nak SENANG…macam2 rintangan perit jerihnya berniaga ni, seksanya Allah swt sahaja yg tahu..saborrrr jelah kan.
    AkmaOmar recently posted..Lazada Gillette Creative Foam Race Off ContestMy Profile

  • Dawaihati March 15, 2013 at 12:19 am

    Setuju sekali dengan entri ini
    Dawaihati recently posted..3 Penyebab Blog Jarang UpdateMy Profile

  • Datin Tyka March 15, 2013 at 12:19 am

    apa yang penting, SABAR.. Allah sayang dengan orang yang bersabar..
    Datin Tyka recently posted..Khasiat Daun SalamMy Profile

  • Oneblogsocial March 15, 2013 at 12:20 am

    Terimakasih,semoga menjadi ikhtibar bagi kami
    Oneblogsocial recently posted..CloudflareMy Profile

  • AkmaOmar March 15, 2013 at 12:23 am

    Betulkan kak..bukan senang nak SENANG…macam2 rintangan perit jerihnya berniaga ni, Allah swt je yang tahu..saborrr jelah

  • Azman Ishak March 15, 2013 at 1:07 am

    apesal aku terlewat komen ni? hahaha… abang Azman Ismail sudah rank. hehee.. ok itu out of topic… berbalik kepada cerita.

    ape ape pon soal perbincangan macam ni memang saya suka. maklumla sekarang pon sedang mengusahakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. bukan nak up akak ataupon sapa-sapa yang terlibat dalam diskusi Denaihati tu ke ape ke… dalam ramai-ramai usahawan yang berada dalam group tu, saya tengok ada beberapa usahawan yang sangat bekerja keras. sedikit sebanyak memberi inspirasi terdekat macam mane seorang usahawan berjaya depan mata.

    saya tengok sendiri bagaimana mereka membina kepercayaan, bagaimana mereka membina hubungan baik… bagaimana mereka bersosial meskipun dalam facebook. perkara-perkara macam ni walaupon tak terkeluar secara fizikal untuk dibincangkan, tapi saya suke perhatikan corak dan perjalanan kehidupan mereka. macam mane mereka berusaha. boleh dijadikan motivasi penyuntik semagat untuk diri saya terus berjaya walaupon banyak kali gagal.

    setengah orang suka mengkaji kekayaan orang lain. tapi tak ramai nak mengkaji faktor kejayaan yang membuatkan seseorang individu tu berjaya. tak ramai sanggup susah dulu untuk peroleh kesenangan. sebaliknya memandang orang tu setelah dia berjaya. penat lelah sebelum ni dia tak kira… apa yang dia nampak… orang tu adalah orang yang berjaya sekarang. tapi dalam masa yang sama dia nak berjaya macam orang tersebut. memang tak dapat la kalau tak tempuh duri-duri dia…

    pokok pangkal adalah sikap. kalau tak ubah sikap… sampai sudah la kita takat tu je. orang jadi kaya, kita pon nak jadi kaya. orang nak jadi usahawan, kita pon nak jadi usahawan… orang bersusah payah.. tapi kita suka ambik jalan singkat.

    saya tulis ni sebab nak sedarkan diri sendiri. bukan sebab mengata orang lain. lepas tulis.. akan paku dalam kepala… tadak jalan mudah untuk mencapai kejayaan mutlak. mesti berusaha keras. kot kot ade la pembaca akak yang terasa.. saya mintak ampon dan maap.

    saya dalam proses belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan sendiri. dalam masa yang sama, masih menimba ilmu ditempat kerja. memahami enviroment persekitaran yang agak baru bagi saya terutama dalam selok belok perniagaan. harap satu hari nanti dapat tunjuk ajar dari akak dan yang lain-lain.

    last… but not least.. semoga akak berjaya dunia dan akhirat. amin.. semoga saya boleh mengikut jejak langkah akak jugak dari masa ke masa. aminnnnn…

    NOTA: 1st time komen panjang kat blog ni. wassalam.
    Azman Ishak recently posted..WW: Ubat sakit hatiMy Profile

  • KiD March 15, 2013 at 2:12 am

    sabar kak..saya pun tengah sabar ni.. sabar aje lah. Dalam kehidupan. dalam perniagaan, dalam perhubungan dan segalanya.. kalau tak sabar, hilang sabar.. habislah segalanya..
    KiD recently posted..Teknik Berkesan dengan Pembaca Blog dalam Social MediaMy Profile

  • Amir March 15, 2013 at 2:44 am

    saya pun ada cita2 untuk jadi bisnesman berjaya. ahrap boleh share tips ๐Ÿ™‚
    Amir recently posted..DiGi Easy Prepaid Blogbuster Dari NuffnangMy Profile

  • Irsah March 15, 2013 at 3:28 am

    Begitulah kak manusia kita.. yg gemilanganya dicari tapi yang sengsaranya hanya tuhan jer yg tahu… yg penting itulah sebenarnya menjadikan diri kita hari ini.. berjaya atau tidak, terpulang kepada diri mereka2 dan keluarga mereka… (erk) Negara Rome tidak dibina sehari, berbagai peperangan dan jajshan/strategi dilansungkan untuk menjadi salah sebuah empayar termasyur suatu ketika dahulu…

    Ini lagikan kita, baru berjinak2 mula berniaga (atau apa pown) “berperang” dengan sifu dsbnya pun boleh menjadi isu.. itu baru ditegur.. belum beperang dimedan sebenarnya….. Nasihat: jika tak mampu berubah atau ditegur atau apa2 pown, belajarlah dengan diri sendir… ermmmmm
    Irsah recently posted..Saiz Baju Contoh Kedai On-Line dan Maklumat Penting PenggunaMy Profile

    • sweetkurma March 15, 2013 at 3:53 pm

      akak setuju sangat2 dengan apa yang dikongsikan, betul lah itu orang hanya nampak kegemilangan kitasaja sengsara kita tak nampak, nak shortcut berjaya dengan menikam kawan atau rakankongsi dari belakang, tapi akak percaya cara ini tidak akan bertahan lama
      sweetkurma recently posted..hadiah sebuah kesabaranMy Profile

      • Irsah March 16, 2013 at 1:20 am

        Yup akak.. itu yg selalu belaku.. itu juga yg membezakan perniagaan bumiputera dengan bangsa lain… walaupun bangsa lain ada juga kesan2 sebegini, tapi hakikatnya, sifat buruk sebegini sangat menebal terutamanya kalangan org Melayu! ๐Ÿ™ dan masih mereka2 ini tidak belajar (upgrade) dr situ…

        Bukan sekadar berniaga saja, penulisan, bersukan, pelajaran, pekerjaan, semua mempunyai trend yang sama, walhal jika mereka benar2 boleh co-exist antara satu sama lain (dalam apa jua bidang) sudah pasti kita menjadi bangsa yg terulung didunia…
        Irsah recently posted..Saiz Baju Contoh Kedai On-Line dan Maklumat Penting PenggunaMy Profile

  • boni kacak March 15, 2013 at 5:55 am

    betul tu kak.. saya setuju sangat2.. hehehe.
    boni kacak recently posted..Zombi Buang TabiatMy Profile

  • Myra Jay March 15, 2013 at 8:06 am

    Dalam perniagaan pasti ada onak dan duri, semua tu kita kena tempuh dan anggap ia sebagai ujian buat kita.
    Adat la bila berbisnes pasti ada ‘yang dengki’, tp pedulikanlah ‘kedengkian’ orang dan kita teruskan niat kita ;D
    Myra Jay recently posted..Langkawi Trip : YachtMy Profile

    • sweetkurma March 15, 2013 at 3:55 pm

      yer betul tu myra, cuma biasanya yang dengki dan rasa tak puashati ni sering datangnya dari orang yang rapat dengan kita
      sweetkurma recently posted..hadiah sebuah kesabaranMy Profile

  • Anuar March 15, 2013 at 8:38 am

    Jadi usahawan/berniaga bukannya mudah… Banyak dugaan yang perlu dihadapai sebelum berjaya… Tiada istilah gagal, selagi kita berusaha…. Tahniah di atas kejayaan puan admin… ๐Ÿ˜‰
    Anuar recently posted..15 Oktober 2013 satu penantian yang mendebarkan..My Profile

  • Blog Keperawatan March 15, 2013 at 10:19 am

    Memang untuk memperoleh sebuah kejayaan dalam sebuah usaha harus ada kesabaran dan usaha yang tak kenal lelah
    Blog Keperawatan recently posted..Kandungan Manfaat Kolostrum ASIMy Profile

    • Blog Keperawatan March 15, 2013 at 10:26 am

      Karena tanpa usaha dan kesabaran serta satu yang tak boleh dilupakan adalah doa kepada Allah adalah tiga jalan yang harus menjadi satu. Tak boleh dijalankan satu-persatu, tetapi secara bersamaan
      Blog Keperawatan recently posted..Kandungan Manfaat Kolostrum ASIMy Profile

  • Hazmin Hamudin March 15, 2013 at 11:56 am

    Sangat bermotivasi dengan entri kali ni kak.. Bukan senang untuk berjayakan kak.. Memerlukan pengorbanan yang besar.. Tiada jalan mudah.
    Hazmin Hamudin recently posted..Guru Hina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu Telah DitangkapMy Profile

  • hafizmd March 15, 2013 at 2:36 pm

    Tak pernah rasa tak dapat apa2 bila singgah sini. Pasti ada coretan semangat akak. Best!

    Terima kasih berkongsi aura SABAR utk Berjaya kat kami2 ni..
    hafizmd recently posted..Lelaki, Nyamuk dan EstrogenMy Profile

  • Bang Iwan March 15, 2013 at 10:51 pm

    Saya teringat sebuah petikan saat training dulu :

    Buah kesabaran
    Akan selalu ada saat dimana
    Keteguhanmu diuji
    Kapasitasmu diragukan
    Dari dalam maupun luar
    Bahkan saat kamu belum memulainya

    Bila masa itu tiba
    Ingatlah bahwa itu merupakan bagian dari proses
    Dan semua orang mengalaminya
    Istirahat sejenak jika memang harus
    Tetap berpegang pada mimpi
    Berfokus pada tujuan
    Bulatkan tekadmu
    Percayalah dan yakin pada kemampuanmu
    Bahwa kamu pasti bisa
    Karena kamu memang bisa
    Dan kembalilah melangkah
    Kamu tidak akan pernah tahu
    Sebelum kamu mencoba

    Dan ingat
    Bahwa kegagalan bukanlah sebuah akhir
    Tapi bagian dari sebuah perjalanan
    Dimana kesuksesan telah menantimu

    Bang Iwan recently posted..The Levitating BAT Mouse – Mouse Yang Bisa TerbangMy Profile

  • titan March 16, 2013 at 1:49 am

    lelaki sabar memang selalu sabar..
    titan recently posted..Jemputan ke Sidang Media KRU MMasterClassMy Profile

  • munir ardi March 16, 2013 at 10:02 am

    Memang sabar mudah diucap tapi untuk menetapinya susahnya luar biasa
    munir ardi recently posted..Cara mengatasi Kehabisan Ide menulis konten di blog dan social mediaMy Profile

  • Dawaihati March 17, 2013 at 3:07 pm

    Kesabaran memang akan menghasilkan sebuah kesuksesan, namun kesabaran itu sangat sulit didawamkan dalam kehidupan sehari-hari
    Dawaihati recently posted..Line Breaks Twitter Fitur Untuk Puisi SingkatMy Profile

  • Bang Iwan March 18, 2013 at 9:46 am

    Sabar pada hakekatnya adalah sebuah akhlak yang tertinggi di antara sekian banyak perangai jiwa.
    Bang Iwan recently posted..Asus Transformer AIO: Gabungan Tablet dan PC Dengan Dua Sistem OperasiMy Profile

  • […] membaca pengalaman mereka yang melalui perit jerit sebelum berjaya seperti cerita ‘Hadiah Sebuah Kesabaran‘ […]

  • Hafizul March 20, 2013 at 12:45 pm

    Seronok baca komen mereka semua..saya tak bersedia lagi nak tanggung resiko..sebab tu angan-angan hanyalah angan-angan semata-mata..entah bila nk bersedia..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #45 โ€“ Tip Top MenuMy Profile

  • sohoque May 6, 2013 at 11:57 pm

    sy pon amat setuju. tiada jalan mudah utk berjaya. ujian yg datang hanyalah pelajaran utk kita lebih tabah dan bersedia di masa mendatang

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge