harapanku

*
assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

salam 2013… tahun 2012 telah pun pergi dan tak akan kembali lagi, sedih atas pemergiannya? mengapa aku harus bersedih? aku tidak harus bersedih dan aku tidak layak untuk bersedih… aku harus berasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan tahun 2013, ini bermakna usiaku bertambah satu lagi, tapi tidak mengapa kerana ianya mengingatkan aku bahawa aku juga semakin hampir kepada kematian….

harapanku untuk tahun 2013 dan tahun2 seterusnya adalah untuk menjadi insan yang lebih cemerlang di sisiNya, mahu menjadi isteri yang terus taat kepada suaminya, mahu menjadi wanita yang solehah, mahu mendidik anak2 untuk mendahulukan akhirat, mahu menjadi insan yang sentiasa mendoakan kebaikan buat anak2nya, suaminya, saudara maranya, sahabat2nya, jiran2nya serta seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia…

mahu meluaskan lagi empayar perniagaan sebesar yang mampu ku lakukan, mahu anak2 mendalami ilmu perniagaan dengan seikhlas hati… sesungguhnya 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, maka cabarannya juga 9/10, mahu anak2 kuat dalam mengharungi cabaran2 ini…

gambar dari google
gambar dari google

mahu istiqamah dalam berblogging, mahu mengembangkan lagi rangkaian rakan2 blogger bukan saja di Malaysia tapi juga di luar Negara, sudah tentunya mahu bersaing dengan rakan2 blogger hebat yang lain terutamanya, blogger yang hangat sepanjang zaman ini

mahu mengembara sejauh mungkin untuk menambahkan lagi ilmu2 yang hendak dibawa bekalan ke akhirat kelak…. usia 47 tahun bukan lagi usia yang boleh diperlekehkan, usia ini sudah hampir kepada usia emas…. semua tindakan dan pemikiran di usia sebegini, haruslah secara sederhana dan kena pada tempatnya serta harus serious menurut keperluannya…

sebagaimana doa Rasulullah SAW “Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya” – Riwayat Ibn Hibban….

lembutkan kehidupan dengan kerasnya kemahuan…

Sila Kongsi :