ikhlas menulis

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

tiba2 hari ni kak sweetkurma ingin mencoretkan tentang keikhlasan menulis tidak kira sama ada di ruangan blog, cerpen, facebook serta apa jua ruang dan peluang….

ikhlas menulis….insyaALLAH ada ganjarannya

kak sweetkurma sememangnya suka membaca cuma belum sampai tahap ulat buku, bila ada peluang dan kelapangan kak sweetkurma memilih untuk membaca… tentang menulis pulak, kak sweetkurma pun suka juga cuma belum begitu serius tapi tetap menyimpan satu hasrat tentang penulisan….

kak sweetkurma ada juga lah beberapa buah buku yang di tulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj dan yang kak sweetkurma paling suka adalah kata2 beliau tentang hasil dari penulisan, kata beliau

“bukanlah mustahil untuk seseorang itu membina kekayaan melalui penulisan asalkan ia benar2 serius…”

dan katanya lagi

“saya amat serius berada dalam bidang ini seusia 14 tahun lagi, jadi kejayaan saya ini adalah perjuangan yang istiqamah dalam menjana minda kemudian menuliskannya tanpa mengharapkan pujian mahupun pulangan”

dan yang paling penting, katanya lagi

“ikhlaslah menulis kerana seorang penulis yang jujur insya-ALLAH akan kaya di dunia juga akhirat”….

ramai juga rakan2 blogger kita yang telah menjana pendapatan hasil dari penulisan mereka di laman blog cuma kebanyakan daripada mereka terdiri dari part-time bloggers, kalau serius sebagaimana yang dikatakan oleh Dr HM Tuah tentu akan ada yang kaya di dunia serta akhirat andai ianya disertai dengan keikhlasan…

baru2 ni ada terbaca cerpen pendek nukilan puan bee bertajuk “Al-Fatihah Buat Abah”, tak sangka ternyata puan bee berbakat dalam bidang penulisan dan nampaknya ianya menarik perhatian blogger hebat ini untuk menjadi penulis cerpen jemputan dalam blog beliau…. tahniah puan bee…!

kak sweetkurma tahu, rakan2 semua menulis bukan lah untuk meraih anugerah semata mata, namun apabila ia diberikan maka terimalah dengan penuh syukur kerana anda melakukan semua perkara terbaik dan ini lah hasilnya…

terus lah menulis…..

* gambar (dari google)

Sila Kongsi :
  • Manan Qayyim November 15, 2012 at 5:33 pm

    “Aku menulis bukan kerna nama” , sedutan lagu ramly sarip…..

    Stuju dengan entri akak ni….
    Manan Qayyim recently posted..Ole-ole dari Bandung, Khas untuk BloggerMy Profile

    • sweetkurma November 15, 2012 at 5:55 pm

      hehe betul tu “aku menulis bukan kerna nama”
      terimakasih manan
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • anif November 15, 2012 at 6:05 pm

    Saya menulis kerana minat & untuk therapi diri mengurangkan stress 🙂
    anif recently posted..Pengalaman Menaiki Kereta Kabel Di Badaling – Great Wall of ChinaMy Profile

    • sweetkurma November 15, 2012 at 6:09 pm

      alhamdulillah
      sekurang kurangnya ada tempat untuk mengurangkan stress
      ada tempat untuk melabuhkan minat
      terimakasih anif, jumpa lagi kita di sini
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • akubiomed November 15, 2012 at 7:51 pm

    Menulis dari lubuk hati yang luhur lain penangannya. Semuanya bermula dengan niat dan apa tujuan untuk menulis.
    akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

    • sweetkurma November 15, 2012 at 7:57 pm

      betul tu
      bila lahir dari lubuk hati
      selalui disertai dengan rasa ikhlas
      bila ikhlas, aura yang dibawa juga positif
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • razif November 15, 2012 at 8:51 pm

    Aku menulis bukan kerna nama … Setuju dng kak sweet .. kadang2 menulis Di blog ni ble mengurangkan tekanan kerja .. bukan menulis tentang tekanan tersebut … Tapi berkongsi tentang perkara bermanfaat

    • sweetkurma November 15, 2012 at 8:54 pm

      betul tu zif, berkongsi perkara dan ilmu yang bermanafaat
      teringat doa ketika hendak minum air zam zam :
      ya Allah aku mohon ilmu pengetahuan yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar dari segala penyakit
      amin
      apa pun ilmu amat penting dan ianya tersangat lah baik jika dapat dikongsi bersama
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • KiD November 15, 2012 at 9:23 pm

    nak tulis panjang2 tu memang kena ada idea.. dan kreativiti.. kan.. kan…
    KiD recently posted..Tips Trafik Meroket 4K UV sehariMy Profile

  • Nadot November 15, 2012 at 10:17 pm

    Saya menulis memang suke suki je… ape2 yg dapat wpun seciput mcm dari Nuffnang tu sbg bonus je sbb minat menulis.. penyakit M tu je yg slalu suke suki serang saye… tensen jee… hehehe
    Nadot recently posted..5 Days MC vs ZaloraMy Profile

    • sweetkurma November 15, 2012 at 10:35 pm

      sebab tu dr HM Tuah kata, kalau serius boleh jadi kaya…
      bila dah suke suki, maka hasilnya pun suku2 jer hik
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • titan November 15, 2012 at 11:21 pm

    tulis cerpen la plakk..
    titan recently posted..3 Blog Pilihan Terbaik.My Profile

  • wazy November 16, 2012 at 12:17 am

    Saya pun ada beberapa koleksi puisi/sajak dalam simpanan yang 100% saya reka sendiri,seronok berkongsi dengan pembaca blog hasil tulisan kita tu 🙂

  • onlajer November 16, 2012 at 2:36 am

    tengah terfikir cukup ikhlaskah aku menulis
    onlajer recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • Mummy Akmar November 16, 2012 at 8:41 am

    Menulis kerana sedih yang terpendam, meringankan bebanan di dalam hati dan perasaan, menulis untuk rekod masa hadapan. Itulah niat saya menulis. Taktahu lah boleh tukar jadi duit ke tak ni. Ikhlassss tapi dalam hati ni sedih tuhan je tahu.
    Mummy Akmar recently posted..Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan PenceraianMy Profile

    • sweetkurma November 16, 2012 at 10:49 am

      ikhlas tapi sedih yer mummy
      moga mummy terus tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan
      kita merancang tapi perancangan Allah lagi hebat
      pengurusan Allah yang paling sempurna
      jangan berhenti berdoa, insyaAllah ada cahaya di penghujung kegelapan
      amin
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • Myra Jay November 16, 2012 at 8:58 am

    Bila kita menulis dengan ikhlas, pasti kita akan bangga dengan hasilnya ;D
    Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  • syaifuddin alias November 16, 2012 at 9:49 am

    saya suka membaca tapi kalau panjang berjela-jela tu dah malas daa..ahhaa
    cerpen puan bee memang handal kak ..sedih juga saya membacanya
    moga-moga puan bee terus sukses..mungkin lepas ni beliau dah boleh hasilkan
    buku juga
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  • Cikgu Hairul November 16, 2012 at 9:13 pm

    menulis untuk keabadian. kalaupun bukan untuk orang lain, mungkin ia akan berguna untuk kita satu hari nanti. catatan penuh keikhlasan memang penuh dengan ganjaran.
    Cikgu Hairul recently posted..Persediaan menentang IsraelMy Profile

    • sweetkurma November 16, 2012 at 9:21 pm

      betul tu cikgu
      apa2 tindakan yang baik dan disertai keikhlasan tentu ada ganjaranNya
      amin
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • Eizil November 16, 2012 at 11:31 pm

    Untuk kita boleh menulis, semuanya bermula dengan membaca, dengan pembacaan yang baik dan banyak kita akan mampu untuk menulis dengan lebih baik.

    Setakat ni saya memang seronok jer baca penulisan akak, ada perancangan nak tulis novel/cerpen juga ke kak?
    Eizil recently posted..Terasa lemahnya diri iniMy Profile

    • sweetkurma November 16, 2012 at 11:35 pm

      alhamdulillah
      terimakasih banyak2 eizil sebab sering singgah ke blog akak
      ada perancangan untuk mendalami ilmu penulisan script
      insyaAllah
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

      • Eizil November 17, 2012 at 1:48 am

        owhh, lagi mantap tu… ilmu penulisan skrip, pasti lebih banyak perkara yang perlu dititikberatkan, sebab melibatkan pelbagai emosi dan pengisian yang bertali arus, semoga segalanya dipermudahkan kak.
        Eizil recently posted..Terasa lemahnya diri iniMy Profile

  • donnyien November 16, 2012 at 11:46 pm

    jika kita menulis dengan ikhlas, rezeki juga akan datang dengan ihklas..
    donnyien recently posted..Artis undangan?My Profile

  • ajumohit November 17, 2012 at 5:54 am

    menulis itu memberikan kepuasan kepada kita dan pembacanya kan kak. Saya dulu suka menulis cerpen seawal darjah 6. Suka meluahkan perasaan dan rasa dalam penulisan.

    Sekrg ni tak sempat pulak 😉

    • sweetkurma November 17, 2012 at 9:17 pm

      wahhh sememangnya sudah ada bakat, cuba lah cari masa untuk meneruskannya
      mana tahu ada rezeki di situ
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • kak ina kl November 17, 2012 at 9:57 am

    aku menulis kerana meluangkan masa lapang dan suka bercerita
    kak ina kl recently posted..Tonton Filem Disney Di Waktu Cuti SekolahMy Profile

    • sweetkurma November 17, 2012 at 9:18 pm

      sangat bagus tu kak, dari mesyuarat tingkap baik menulis kan hik
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • Hazmin Hamudin November 17, 2012 at 4:48 pm

    Menulis untuk meluahkan perasaan, menerbitkan pandangan. Adakalanya menulis ni juga satu terapi yang baik. Nak luahkan perasaan tak tahu dekat siapa yang ikhlas mendengar, jadinya menulis salah satu penyelesaiannya.
    Hazmin Hamudin recently posted..Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012MMy Profile

    • sweetkurma November 17, 2012 at 9:19 pm

      solusi yang sangat baik tu min
      sekurang kurangnya ianya terluah dan terlerai
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • samdaddycool November 17, 2012 at 8:52 pm

    Ikhlas menulis dan dapat memberi manfaat kepada pembaca, itulah yang terbaik.
    samdaddycool recently posted..Salam Maal hijrah 1434 HMy Profile

  • donnyien November 18, 2012 at 5:57 am

    sebaliknya jika kita tidak ikhlas menulis, rezeki juga susah nak datang 🙂

  • Sop November 18, 2012 at 11:24 am

    menulis bila berkongsi sesuatu yg bermafaat sgt beri kepuasan… kan
    Sop recently posted..Percutian ke Pulau Pangkor – Hari KeduaMy Profile

    • sweethoney November 18, 2012 at 8:15 pm

      betul tu sop
      kalau apa yang kita tulis ada insan lain yang menghargainya mmg terbit satu kepuasan

  • sendiri November 19, 2012 at 3:15 am

    yang penting Iklas kerana Allah
    sendiri recently posted..Lulusan matrikulasi pilihan IPTAMy Profile

    • sweethoney November 19, 2012 at 11:09 pm

      yup sangat2 penting
      terimakasih sudi singgah

  • Nurul November 19, 2012 at 12:50 pm

    Nurul pun ade baca cerpen dari Puan Bee.. Memang terbaik..
    Nurul recently posted..Salam Maal HijrahMy Profile

    • sweetkurma November 19, 2012 at 9:34 pm

      nurul pun boleh jugak tu jadi penulis yang baik dan ikhlas
      sweetkurma recently posted..ikhlas menulisMy Profile

  • Denaihati November 19, 2012 at 11:20 pm

    tuan tanah tak kurang hebatnya. mungkin ada cerpen pulak akan datang…mesti ramai yg tertunggu ni
    Denaihati recently posted..iPhone 5 Gadget Impian Cabaran BermulaMy Profile

  • Hafizul November 20, 2012 at 2:42 am

    emm biasanya sy menulis sebab ada ideal jer kak ct..hehe..kalau masuk cotest pula memang nak kan glamour..blog jer la..tuanpunya badan tak apa tak glamour pun..hehe..sy suka membaca juga tapi buku yang muka surat nipis jer la..haha
    Hafizul recently posted..Selamat Tinggal Nuffnang Pondok Kecil UcapkanMy Profile

  • Mummy Akmar November 20, 2012 at 1:33 pm

    Suka entri ni! Terus ke Puan Bee, sentap jiwa baca cerpen dia

    Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

  • Zulhilmi Zainudin November 21, 2012 at 1:58 am

    Sarat dengan motivasi entri ini. Teruskan menulis. Ayuh!
    Zulhilmi Zainudin recently posted..#TwtupKaseh – Ruang Suka Buat Si DukaMy Profile

  • hafizmd November 21, 2012 at 4:29 pm

    Menulis bukan sekadar menulis. Terima kasih kak mengingatkan erti sebenar seorang blogger.
    hafizmd recently posted..Menang Buku Percuma Sekarang!My Profile

  • Blog Keperawatan November 21, 2012 at 5:07 pm

    Sebenarnya saya lebih suka membaca kak Siti, tetapi sejak aktif dan mengenal dunia blogger lama-kelamaan menemukan keasyikan sendiri dalam hal menulis. Hanya karena latar belakang saya adalah kesehatan maka kebanyakan postingannya adalah mengenai dunia kesehatan dan juga keperawatan
    Blog Keperawatan recently posted..Masa PubertasMy Profile

    • sweetkurma November 21, 2012 at 7:13 pm

      bagus tu pak kerana sering berkongsi tentang ilmu perawatan yang bapak ada
      moga ianya terus memberi kebaikan pada semua
      amin
      sweetkurma recently posted..ujian ketika bermalam di MinaMy Profile

  • BUATBEST ? November 22, 2012 at 2:05 am

    bila mula membaca mula la nak menulis juga..~

    haha..
    BUATBEST ? recently posted..Palestin Kini: Gambar Perisik Israel Mati Diseret Motorsikal Pejuang HamasMy Profile

  • sohoque February 15, 2013 at 9:06 am

    utk berjaya di dlm sesuatu pekerjaan, ia mestilah perkerjaan yang kita suka. barulah kita akan buat dengan sepenuh jiwa

  • sohoque February 18, 2013 at 2:19 pm

    pembaca akan dpt menilai drp penulisan kita smada kita ikhlas ke tidak…

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge