izinkan ku pergi

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah terus memberkati dan merahmati hidup kita

sekadar berkongsi di ruangan ini, moga tidak akan ada yang terasa sebab tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa pun, tapi terkadang apa yang akak tulis di ruangan ini ada yang terasa, MAAFKAN AKU…. izinkan ku pergi, pergi dari suasana yang memenatkan, sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat orang mengadu damba cerita yang sama setiap hari, menghulurkan bantuan yang pada peringkat awalnya sekadar yang mampu TAPI cara ini salah sebab akak sudah membuatkan orang lain jadi malas untuk bekerja lebih, malas untuk berfikir lebih dan malas dan….akak perlukan rehat kerana akak juga hambaNya yang sering di uji….

sangat2 seronok dan bahagia sejak melibatkan diri dalam dunia blogging, kerana ada tempat dan ruang untuk mencoretkan sesuatu, dalam blog bila kita bercerita kalau ditakdirkan orang tak suka, mereka boleh abaikan sahaja TAPI kalau di ruangan “status” mungkin boleh membuatkan orang jadi muak dengan tulisan kita… terimakasih kepada AKADEMI DENAIHATI kerana sudi melahirkan saya menjadi pelajarnya…

peringatan buat diri ini :

bila sunyi, ada rindu yang berputik, bila sepi ada resah yang terbit, kesunyian dan kesepian amat merimaskan, jiwa sunyi mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa, hati sepi mungkin kerana kurangnya amal, sepi di dunia masih ada teman tapi sepi di kubur dan akhirat merana selama… Allah tempat melepas rindu, Al Quran pembela, Zikir teman abadi…

andainya engkau tahu “bimbing lah dirimu dengan doa dan zikir”…. baru dapat hadiah buku ini dari pelanggan tegar kedai kak siti

sekian buat kali ini, moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat

amin Ya Allah

Sila Kongsi :