jeritan batinku

masih bercerita mengenai lelaki, sebagaimana yang kak sweetkurma tulis sebelum2 ni, bulan ni adalah bulan untuk bercerita tentang kebaikan dan kelebihan insan bernama lelaki…

apa yang kak sweetkurma nak coretkan di sini adalah, kisah seorang lelaki sebagai anak, abang/adik, suami, ayah dan juga bos… sedih bila mendengar jeritan batin lelaki ini, dia tergolong lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa menitik-beratkan siratulrahim serta sentiasa peka dengan persekitaran…

selama ni, nasib perempuan sering terbela apabila berlakunya penderaan mental dan fizikal dalam rumahtangga, tapi bagaimana pula dengan nasib lelaki, sebab tersangat jarang nasib lelaki malang dalam rumahtangga di war2kan…maka jeritan demi jeritan batin insan ini terus bersarang tanpa di dengari oleh sesiapa kecuali diri sendiri dan juga Allah yang Satu…

sebenarnya ada berlaku di mana suami terpaksa bersengsara dalam mengharungi hidup berumahtangga dek angkara sikap si isteri, banyak cara dan usaha telah dilakukan bagi memulihkan sikap si isteri yang tak tahu spesis apa ntah, tapi setakat ni masih menemui jalan buntu…. sikap isteri yang kadang2 cemburu yang tak kena tempat, mood yang tidak boleh dijangka yang boleh berubah pada bila2 masa, tak sporting, mementingkan diri sendiri… si suami dikongkong giler2 tapi suami pulak tak boleh nak kongkong dia…. adussss memang malang betul nasib si lelaki ini…

walaupun setiap hari batin menjerit tapi lelaki ini masih berusaha untuk mempertahankan rumahtangganya kerana perasaan sayang masih ada dan juga demi anak2….dia berserah, berusaha dan bertawakal agar suatu hari nanti, semua kesengsaraan ini akan berlalu…. tapi BILA…? hanya Allah saja yang mengetahui…

Sila Kongsi :