Jika Airmata Adalah Kunci Syurga “Maka Izinkanlah Aku Menangis”

KITA sering diuji dari kerjaya kita, kita sering diuji dari perniagaan kita, kita sering diuji dari kata-kata dan tindakan kita, kita sering diuji dari rakan taulan kita, kita sering diuji dari orang yang kita sayang, kita sering diuji dari orang yang menyayangi kita dan macam-macam lagi selagi kita hidup, kerana itu tanda kemesraan Allah dengan kita…

PUN begitu kita terus dengan semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian. Untuk terus merasa bahagia maka hidup lah mengikut fitrah jangan sekali kali cuba untuk melawannya, maka merana lah nantinya…

DENGAN azam yang kita tanamkan di atas, sudah pastinya akan ada ujian-ujian dari Allah SWT, sama ada kita lepas atau tidak untuk mencapai apa yang kita azamkan. Sweetkurma juga tidak terlepas dari ujian-ujian tersebut dan sentiasa berusaha untuk melepasinya. Walau ada ketikanya hampir lelah, namun terus berusaha untuk terus perkasa dalam menempuhinya. Airmata usah dikira lah berapa banyaknya yang jatuh, pun begitu masih bersyukur kerana Allah bagi cara untuk melepaskan segala kepedihan melalui airmata…

ALHAMDULILLAH, semuanya berlalu pergi sedikit demi sedikit. Ianya pergi dari rasa syukur yang kita panjatkan terhadap Ilahi. Syukur adalah sumber terbesar untuk mengecap bahagia. Terima segala cemuhan, hinaan, ketidak jujuran dan macam-macam lagi dengan rasa syukur diikuti senyuman tanpa kebencian dan kemarahan…

SWEETKURMA sangat pasti setiap yang Allah hadirkan, yang baik (bagi kita) untuk kita nikmati dan yang tidak baik (bagi kita) untuk kita pelajari. Sebab kita juga ada kelemahan-kelemahan kita sendiri dan sering berbuat dosa. Pun begitu, seburuk mana sekali pun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa, selagi itulah kita masih berpeluang mencari syurga…

SYUKUR, betapa banyaknya hinaan dan kata nista yang sweetkurma terima, semuanya sweetkurma biarkan ianya berlalu tanpa kemarahan dan kebencian. Dengan ini sweetkurma akan berasa ringan dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian, alhamdulillah…

TERIMAKASIH kepada yang pergi tanpa pesan, terimakasih kepada yang menghina, terimakasih kepada yang melontarkan kata-kata yang kesat, terimakasih kepada yang sering bersangka buruk dan macam-macam lagi. Terimakasih… terimakasih… terimakasih kerana melaluinya, sweetkurma menjadi sangat kuat dan banyak dapat ilmu-ilmu baru…

SEBUAH kemaafan yang tulus ikhlas dari sweetkurma buat kalian…

TENANGlah kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya adalah kesenangan, dan penutupnya adalah kemuliaan…

Jika airmata adalah kunci Syurga, maka izinkan lah, aku menangis…

I LOVE YOU

Sila Kongsi :