Kasih

Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimpi ku

Tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yang datang menerpa fikiran, bila mendengar nora menyampaikan lagu “kasih” nyanyian asal hetty koes endang di gegar vaganza 3, semacam teringat tentang kisah seorang teman  yang cuba mendekati lelaki itu tetapi terhenti dipertengahan usaha….. Tidak ada yang salah tentang lelaki itu, mungkin  teman ku bukan yang terbaik buat lelaki itu….. Teringat juga kisah macam mana temanku mula mengenalinya, dua insan ini tidak pernah berjumpa sebelum ini sama ada di alam maya atau alam nyata, Allah temukan mereka melalui pencarian insan yang lelaki itu kenali….. Lelaki itu memang baik orangnya…..

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

Pada mulanya temanku memang ingin terus hampir dengan lelaki itu, terus berharap untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi TAPI semacam ada yang tidak kena tentang lelaki itu, walaupun reaksi yang diberikan tidak seperti yang diharapkan NAMUN dalam masa yang sama lelaki itu seolah memberi ruang untuk seseorang hadir dalam hidupnya…. NTAH lah…. Sebagai insan yang waras, sudah pastinya temanku harus membuat keputusan untuk berhenti dari terus berharap, kerana banyak lagi perkara yang harus difikirkan dari terus memikirkan tentang lelaki itu….. Alhamdulillah ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan mudah untuk temanku melupakan nya…..

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan

Walaupun dikalangan teman2 terus mengalakkan temanku ini untuk meneruskan hasratnya bersama dengan lelaki itu, kerana lelaki itu memang sentiasa memberi ruang, dia seolah tidak mengizinkan temanku ini berhenti berharap untuk terus bersamanya….. Tapi biasalah perempuan, tentu nak kan kepastian yang jelas, apa tah lagi keduanya bukan lagi muda juga pernah melalui proses kehidupan sebagai “single fabulous”….

Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara bersungguh-sungguh….. Rasulullah SAW pernah menggambarkan: “…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” [Hadis Riwayat Muslim]

starlady

Sila Kongsi :
  • Pendekar November 14, 2016 at 1:12 am

    wah wah wah…. bukan main lagi tu. . .

    anyway semoga teman tu berbahagialah hendaknya.

    aamiinn..
    Pendekar recently posted..Harga Ebook Rujukan PTD Paling MurahMy Profile

  • Zent Azman November 14, 2016 at 7:27 am

    Kalau padi katakan padi, tidak kawan Akak tu ternanti-nanti hehehe…

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge