kesedihan yang masih bersarang

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

dah lama juga rasanya tak tersentuh hati ini untuk rasa sedih, tiba2 semalam bila terbaca entri yang di tulis oleh blogger hangat ini, nuraniku jadi tersentuh dan terasa malu dengan diri sendiri kerana airmata tiba2 jatuh berderai, nasib baik kat bilik sorang2 so layan jer lah perasaan ni…hehe

kenangan
kenangan

“kenapa aku harus bersedih…? aku tak harus bersedih… dan aku tak ada hak untuk bersedih…kerana apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya yang pasti ada hikmah yang tersembunyi, kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diriku…”…

tak tahu lah kenapa akak tak boleh baca kisah “ombak rindu” sama ada novel dia, wayang dia dan lagu dia, tiba2 hati jadi begitu sayu dan sedih sekali…kok iya pun kisah tu ada kaitan dengan masa lalu ku tapi ianya sudah lama berlalu, tapi tak tahu lah….

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘untuk cintaku’

atas apa cerita sekali pun, syukur alhamdulillah aku sangat bahagia dengan kehidupanku sekarang ini, moga aku terus bertahan dengan jalan yang aku pilih ini, Allah lebih tahu apa perluku, terimakasih Allah atas segala nikmatMu… ingat Allah bukan di kala duka saja bahkan dikala kita bahagia juga kita diwajibkan ingat akan DIA…

madu memang manis, ianya lebih lemak serta manis bila di campur dengan kurma maka jadi lah “sweetkurma”….

Sila Kongsi :