Kisah Cintaku

Tuhan memberikan kita, dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat TETAPI mengapa Tuhan hanya memberikan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan lagi sekeping hati pada seseorang untuk kita mencarinya, itu lah CINTA…. Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki…..

Lama sungguh sweetkurma tidak menulis di sini, banyak juga draft entry yang sudah siap tapi setiap kali hendak dipublish sweetkurma rasakan ianya tidak sesuai dengan keadaan ketika itu…. Kali ini sweetkurma memang tulis dan terus published kerana ianya bersesuaian dengan situasi yang berlaku sekarang ☺️…. Bila usia melebihi setengah abad ini, sweetkurma memang rasakan macam tidak sesuai tapi bila sebut cinta dan perasaan, ianya berlaku pada semua peringkat umur, hendaknya cinta kita pada sang Pencipta…..

Bila kembali single walau disaat usia hampir separuh abad ketika itu, sweetkurma tidak terlepas dengan situasi jatuh cinta, apabila ada seseorang yang dengan ikhlas memberi cintanya (malunya) hehe tapi ada sesuatu yang ingin sweetkurma sampaikan untuk menjadi pengajaran bagi yang memerlukan, insyaAllah…. Seronok sebenarnya bercinta ni hehe tapi setiap kali jatuh cinta, sweetkurma rasa sangat terbeban dengan perasaan cinta itu sendiri. Sweetkurma tidak tahu kenapa beban berat itu wujud setiap kali perasaan cinta pada seseorang itu hadir. Akhirnya sweetkurma lepaskan cinta itu berlalu pergi begitu sahaja kerana tidak sanggup dengan bebanan….

Ilahi,
Sampaikan salam rindu ku padanya, untuk yang jauh dari pandanganku saat ini, pada cinta yang kau tanamkan di hatiku, pada rasa yang kau titipkan padaku…..

Semasa menghadiri seminar aura peringkat basic dan bulan lepas peringkat lanjutan, telah banyak yang sweetkurma pelajari, terutamanya kuasa niat, kuasa minda, hukum tarikan dan banyak lagi, insyaAllah yang ini sweetkurma akan cerita di entry yang akan datang. Dan dalam seminar ini ada menyebut tentang “kita apa yang kita lafazkan” dan “kita apa yang kita fikirkan”, dua hal ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ini ada kaitan dengan cerita sweetkurma dimana setiap kali hadir rasa cinta pada seseorang, sweetkurma rasa begitu terbeban hingga mengalirkan airmata lantaran bebanan tersebut…..

Kenapa sweetkurma rasa sangat terbeban setiap kali menyintai seseorang, ianya bukan satu yang menyeronokkan dan selalu sangat rasa was was dengan perasaan cinta itu sendiri juga was was dengan cinta di pihak yang lagi satu. Tiba2 sweetkurma teringat suatu ketika dulu yang sweetkurma selalu sangat bercakap juga sering mengulanginya bahawa sesuatu yang paling sweetkurma takut untuk kembali “single” adalah JATUH CINTA sebab ianya sesuatu yang menyakitkan. Rupa2nya ianya menjadi satu doa dan ianya memang sangat menyakitkan setiap kali sweetkurma jatuh cinta. Minda sweetkurma juga sudah lama tertanam akan hal ini lantaran kisah silam yang menyakitkan….

Apabila sweetkurma tersedar, cepat2 tarik nafas disertai istighfar dan bermohon pada Allah agar keluarkan sweetkurma dari terus berfikir akan hal tersebut, lapangkan minda dari terus berfikir hal yang sama, ubah persepsi negatif kepada positif tentang cinta, agar santai juga bahagia menerimanya mengikut aliran takdirNya, alhamdulillah sangat2 sekarang sweetkurma sangat tenang apabila membawa perasaan cinta terhadap seseorang yang dicintai….

Ilahi,
Telah Engkau labuhkan mahligai cinta dihatiku, maka jadikanlah rasa cinta ini sebagai tumpuan mengapai redhaMu. Telah Engkau tanamkan benih rindu dihatiku, maka kuatkanlah hatiku untuk semakin pasrah padaMu. Jika cinta ini menghantarkanku untuk lebih dekat denganMu, maka jagalah cinta ini agar selalu pada petunjukMu, ameen

Hal yang sedemikian bukan tertakluk pada cinta sahaja tapi juga pada hal2 yang lain, untuk yang ini sweetkurma tertumpu pada cinta dulu 😍….. Nurani yang sihat berjaya melalui rencah kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran disamping menikmati pelbagai kemanisan dan keindahan, InsyaAllah….

Don’t get upset when those you thought would stay but didn’t. The Almighty knows who belongs in your life. You’ve got to trust His plans! (Mufti Menk)….

“Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula….”

Sweetkurma jatuh cinta! ❤️💙

LOVE

Sila Kongsi :