poligami : kongsi kasih & suami…isteri gerun…!

1,549 mohon poligami sepanjang 2010, catatan ini adalah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) 2010, daripada jumlah tersebut 996 permohonan diluluskan….(sumber ANIQAH)…

manakala 593 permohonan poligami tidak diluluskan, ini kerana hakikat syarat yang dikenakan dalam undang2 bukan bertujuan mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak…namun ini dijadikan sebagai satu mekanisme bukan azmanisma untuk mengawal lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami serta mengelakkan penganiayaan terhadap wanita….

ramai wanita fobia apabila suami menyebut perkataan poligami, isteri akan marah, melenting, wajah mencuka, tidak mahu bercakap dan tidur berpaling muka, terdapat juga isteri yang marah dan sanggup meminta cerai… ini adalah cabaran awal yang perlu dihadapi suami apabila berhasrat mengamalkan poligami…

usaha harus dipertingkatkan oleh semua pihak untuk memperkasa pasangan suami isteri agar mereka memahami dan memiliki ilmu serta kemahiran sebagai seorang suami atau isteri… perkara yang mendatangkan mudarat kepada isteri2 wajib dielakkan, jika setelah poligami timbul mudarat kepada isteri dan anak, ianya berkait dengan sikap suami yang mengamalkan poligami… tunjang kebahagiaannya adalah bergantung kepada pengemudi bahtera keluarga itu sendiri iaitu SUAMI…!

lelaki ini….! adalah lelaki yang tidak berhasrat untuk berpoligami…. ahakzzzz…..

Sila Kongsi :