melukut di tepi gantang

assalamualaikum semua, moga sentiasa berada dalam peliharaan Allah….

mungkin teman2 kak sweetkurma masih ingat kisah yang kak SK paparkan seminggu sebelum menjelang aidilfitri, bagaimana sang suami meninggalkan teman kak SK dan anak2 sehari sebelum menjelangnya aidilfitri tahun lepas tanpa sepatah kata, apa tah lagi wang ringgit…

bagaikan melukut di tepi gantang

alhamdulillah walaupun pedih dan sukar, temanku dapat meneruskan kehidupan dengan baik tanpa melakukan perkara2 yang dilarang demi meneruskan sebuah kehidupan…. tapi lain dengan mantan suami, selepas isteri diceraikan dan anak2 ditinggalkan, semua cewek2 yang sering menemaninya lari meninggalkannya, jawatan tinggi yang dibanggakan hilang dengan sekelip mata… masa ni dia baru sedar dan perlahan lahan menjadi insaf…. ada petanda yang dia ingin rujuk tapi seperti yang temanku bilang “tiada peluang kedua”….

aidilfitri tahun ini, mantan suami ingin bersama anak2 di pagi raya sebelum terbang ke kampung halaman, ciannn… bagaikan melukut di tepi gantang, temanku izinkan dan tak sampai hati jemput jugak masuk ke dalam rumah untuk menikmati hidangan tradisi hariraya…mantan suami nampak seronok tak terkata tanpa ada rasa bersalah pun bila terserempak dengan bekas ibu mertua…

tak berapa lama meninggalkan rumah temanku, gambar mantan suami dan anak2 terus ada di facebook…hehe cepat jer dia upload kat facebook (seronok sangat gamaknya)… tu lah dulu masa hidup mewah dan cewek ramai, seronok tak hengat, bila dah sorang2 anak2 jugak yang di cari…

itu lah yang dinamakan “karma”….

Sila Kongsi :