mencari kekuatan dengan mengenang masa lalu

dengan batuk2 manja yang masih bersama, kak sweetkurma terus memburu kekuatan dalaman, maklumlah penangan ubat batuk memang melesukan dan dalam masa yang sama rakan2 sering telefon mengadu damba masalah masing2 dek sebuah kehidupan, jadi bila badan lesu aura negatif pun mudah masuk….

ramai dikalangan kita yang sentiasa berkeluh kesah dengan ujian Allah dan kebanyakkan soal wang ringgit dan juga yang melibatkan hati dan perasaan terhadap pasangan masing2 serta anak2…mereka seolah olah lupa bahawa setiap ujian Allah itu ada rahmat yang tersembunyi….

salah satu cara kak sweetkurma lakukan untuk melegakan tekanan adalah dengan memasang lagu ini, baring dengan keadaan yang selesa dalam suasana yang gelap… pejamkan mata (masa pejam mata kita tengok jer cahaya yang bermain) sambil berzikir melalui pernafasan yang keluar dan masuk…inshaAllah minda kita akan jadi ringan dan tenang…

sangat2 menghairankan masa senang kenapa tidak beringat, rata2 pernah melalui zaman susah dari pelbagai dugaan dan cabaran rasanya waktu itu lagi hebat cabarannya… apakah sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk menguatkan dalaman kita…? kenang2lah asal usul kita, inshaAllah dengan itu kita akan mejadi kuat semula, selain mendekatkan diri padaNya…

jika kita rajin mengenang sejarah dari mana asal kita, kita boleh menjadi insan yang lebih baik dan sering bersyukur, punca manusia menjadi takbur adalah disebabkan tidak sedar asal usulnya, kesombongan kadang2 terlebih had sehingga enggan solat, bersedekah, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat…

hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini, kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang jitu dan mantap amat2 ditagih supaya kita tidak hanyut dibawa harus kemodenan dan lemas di lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita…

semoga dengan keteguhan iman dan jiwa serta ilmu yang mantap dapat kita manafaatkan kemodenan dan kecanggihan teknologi tersebut untuk kita meraih lebih banyak pahala dan keberkatan daripada Allah SWT…

Sila Kongsi :