Mencari Kekuatan Yang Hilang

It’s true that we don’t know what we got until we lose it, but it’s also true that we don’t know what we are missing until it arrives….

Tak tahu kenapa aku menulis pembuka kata sebegitu, adakah ianya peringatan buat diriku atau dirimu atau siapa sahaja yang membacanya, jam sudah menujukkan 2.26 pagi, kerja2 pembungkusan tudung2 untuk di poslaju sudah ku siapkan, alhamdulillah jualan melalui talian hari ini sangat2 memberangsangkan (rutin setiap musim gaji), alhamdulillah…. jam sebegini lagu2 yang diputarkan oleh THR Gegar memang boleh membuat airmata menitik, tapi aku masih boleh bertahan dan berusaha untuk terus bertahan agar ianya tidak menitik tanpa sebab dan alasan…

"saat terlerainya suatu hubungan dua insan, mereka bukan berhenti saling mencintai TETAPI berhenti saling membenci"
“saat terlerainya suatu hubungan dua insan, mereka bukan berhenti saling mencintai TETAPI berhenti saling membenci”

Ada perkara yang sering bermain di fikiran, atas apa yang berlaku akhir2 ini, sesuatu yang memerlukan aku membuat keputusan yang sangat2 berat, ye lah di usia sebegini sepatutnya aku tidak lagi terlibat dengan hal2 sebegini, TAPI ini lah yang dikatakan UJIAN yang harus ku hadapi dengan setenang mungkin, aku kena ingat bahawa Allah SWT telah menegaskan bahawa semua yang ada di alam ini adalah milikNya, termasuk orang2 yang kita cintai, harta benda yang ditakuti akan berkurang dan hilang JUGA pangkat, kedudukan, dan kerjaya…PERSOALANNYA adakah aku sudah cukup SEDIA untuk kehilangan…? tapi dah sampai masanya untuk memikirkan kata2 ini “to forget what hurts you BUT never forget what it thought you”…

Walaupun aku pernah melalui hari-hari yang sukar suatu ketika dulu, ketika usia di awal 30an, masa tu semua tindakan rasanya berdasarkan mengikut perasaan marah dan geram, TAPI bila usia sudah menghampiri usia emas ni, kekuatan untuk bertindak perkara yang hampir sama seakan sudah hilang, kali ini terlalu banyak yang difikirkan dan dikhuatiri akibat dari tindakan itu…. aku sudah tiada kekuatan atau aku lebih berhati-hari…? aku pun tak tahu jawapannya…

TAPI kalau tidak sekarang, sampai bila…?, kerana ianya sudah terlalu lama dan berulang ulang kali berlaku, berulang ulang kali itu jugalah ruang dan peluang dengan memaafkan dihulurkan serta menerima atas apa yang berlaku sebagai sebahagian rutin kehidupan….. BERDOSAKAH AKU, jika aku bertindak untuk kali ini….? di mana nilaian Allah atas tindakkan ku ini nanti…? sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa memburu kebaikkan sudah tentunya, aku mahu nilaian yang sangat cemerlang dari Allah SWT…

“Giving up is simply not an option”, aku terpaksa memotivasikan diri ku sendiri…. bak kata pujanga “she stood in the storm and when the wind did not blow her way, she adjusted her sails”…. dah bertahun berlalu sebenarnya dah banyak kali “adjustment” dibuat, adessss….!

AND for you….! “never mistake a woman’s silence for her ignorance, her calmness for her acceptance and her kindness for her weakness”…!

“It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone BUT it takes a lifetime to forget someone”

Love

Sila Kongsi :
  • akubiomed December 4, 2014 at 8:49 am

    Bukan mudah hendak membina kekuatan tetapi sekali bangkit tidak akan toleh belakang malah makin berkeyakinan.
    akubiomed recently posted..7 Tips temuduga bocor oleh panel temudugaMy Profile

  • Abdullah December 19, 2014 at 9:28 am

    Mari berdoa dan kembali kepada Al Qur’an semoga menjadi penyejuk hati kita dan minda

  • Azman December 21, 2014 at 12:23 am

    Bertabahlah Kak…harap semua selesai dgn baik.

    • sweetkurma December 29, 2014 at 10:45 pm

      inshaAllah man
      blog pun dah lama tak tengok huhu

  • SEO Mudah December 22, 2014 at 11:54 am

    Yang paling penting bersabar dan fokus dalam mengejar sesuatu. Insyaallah tercapai.
    SEO Mudah recently posted..Senarai Plugin Wajib Untuk Blogger WordPressMy Profile

  • Kecik May 8, 2015 at 8:56 am

    kita sama.. hampir 2 tahun saya mencari kekuatan .. kdg2 kuat kdg2 sgt lemah.. saya xberputus asa untuk mintak Allah permudahkan jalan saya… di mana la sinar hidup saya..

  • muliani June 2, 2015 at 11:10 pm

    jangan mudah putus asa 🙂

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge