Perasaan Itu DariNya

Sweetkurma memang suka membaca dan menulis, kalau bukan menulis di sini, yang sangat rajinnya menulis di facebook atau instagram. Kadang2 bila terdengar orang bercakap pun kalau butir bicaranya ada yang menarik pendengaran, sepantas itu juga sweetkurma akan catat dalam note smartphone. Kadang2 apa yang sweetkurma tulis, ada kena mengena dengan seseorang sama ada orang itu sweetkurma sendiri atau boleh jadi orang lain…..

Setiap malam sebelum tidur, kebiasaannya sweetkurma akan menulis di facebook dan instagram mengikut situasi pada ketika itu, kalau ketika itu sedang merindu, maka tulisannya berkisar rindu atau cinta atau tentang jalur garis kehidupan. Baru2 ini sweetkurma ada menulis tentang mahabbah rindu dan mendapat maklum balas dari teman “hari2 merindu ya kak”, harus saja hari2 merindu, kalau tidak rindu kepada sang kekasih, bisa saja rindu pada anak2, cucu, adik beradik, rakan taulan dan pastinya rindu pada sang Pencipta….

Ilahi
Saatku rindu padaMu, seru ku seru namaMu bertalu, rimbunan rindu yang bertemu, menjadi lembaran cintaku, ku serah kepadaMu

Perasaan itu datang dari Allah, ianya tidak akan hadir dari siapa2 kecuali dariNya. Syukur alhamdulillah kerana perasaan itu datang dariNya, jika kita tidak tergendali perasaan itu, terus saja memohon padaNya agar Dia membimbing kita untuk menjadi pengendali yang bagus, kerana Dia Maha Pemberi, Maha Pengasih, Maha Penyayang, bagaimana kalau perasaan itu datangnya dari seseorang yang sememangnya sifatnya tidak sempurna, boleh jadi juga kita dibiarkan terus tidak tergendalikan….

Begitu juga perasaan cinta dan rindu sweetkurma pada seseorang, itu juga datangnya dari Dia. Oleh kerana dari Dia jadi sweetkurma tidak ragu ragu untuk membawa perasaan itu asalkan kita boleh mengendali dengan baik tanpa dipengaruhi hal2 yang tidak baik. Sebagai insan biasa, ada ketika sweetkurma tidak boleh mengawal perasaan rindu dan cinta itu, cepat2 kembali kepada Pemberi perasaan tersebut, alhamdulillah hasilnya begitu nyaman. Jika orang yang kita rindu itu barangkali sudah lupa dengan kita tapi jika kita kembali kepada sang Pemberi, insyaAllah kita tenang menerima apa jua keadaannya. Barangkali juga ada rindu dan cinta yang jauh lebih bagus dari itu, ameen 😊

Perasaan bahagia itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dihayati, kelapangan dada kerana prinsip yang menjadi panduan hidup dan ketenangan hati kerana kebaikkan di sekelilingnya…. Semua ini dariNya, moga sweetkurma menjadi pengendali yang baik, ameen

Sweetkurma cinta juga rindu ❤️💙

LOVE

Sila Kongsi :