pulanglah

dari ribuan lagu2 raya, lagu “pulanglah” oleh aishah adalah yang paling kak sweetkurma suka, tak tahu mengapa dan kenapa…? mungkin terlalu banyak kisah duka dalam kehidupan 15 tahun yang lepas….

dalam terkenang waktu2 duka suatu ketika dahulu, tetiba akak dapat “whatsApp” dari teman yang tiba2 terasa begitu sayu bila terkenang peristiwa bulan ramadhan dan syawal tahun lepas….akak pun tanya kat teman (dia ada kat mana ketika ini), dia bilang ada di klinik hantar anak jumpa doktor sebab tak sihat…HEBAT sungguh ibu tunggal yang sorang ni…

teman akak mula bercerita bahawa ramadhan tahun lepas, hidupnya banyak berendam dengan airmata apabila menerima “talak” dari suami selepas hidup bersama 12 tahun…uwaaaa sedihnya akak dengar cerita teman ni…yang paling sedihnya, sehari sebelum menjelang syawal, si suami meninggalkannya dan anak2 tanpa sepatah kata, wang ringgit jauh sekali…ketika itu dia rasakan dunia jadi gelap dan diri pun sudah tidak bermaya, nasib baik emak/ayah masih hidup dan tinggal berdekatan, maka berayalah temanku dan anak2 bersama kedua ibubapa…dia dapat rasakan ketika itu bahawa dia memang tidak mampu untuk menempuh hari2 mendatang….

setahun berlalu…

ramadhan kali ini dan inshaAllah syawal yang tidak beberapa hari lagi akan menjelma, dia seperti tidak percaya bahawa dia masih mampu hidup gembira disamping anak2 tercinta, dia tidak sangka ramadhan tahun ini, dia hidup penuh tawa dan sangat2 gembira, dia punya teman seperti akak (hehe kembang hidung kejap) dan sentiasa dikeliling insan2 budiman, dia punya biznes dan yang pastinya persediaan untuk menyambut syawal untuk diri sendiri dan anak2 telah terlaksana…dia sangat2 terharu kerana Allah berikan dia teman2 yang sudi dan sedia membantu dia semasa susah…siapa kata kawan masa susah tak ada…? dia mula mengalirkan airmata…akak suruh dia teruskan menangis sampai rasa lega…alhamdulillah setahun telah berlalu…

bagi diriku pulak 15 tahun telah berlalu….aku ingin hidup gembira dan sentiasa mengembirakan…

Sila Kongsi :
  • Cikgu Hairul August 11, 2012 at 7:02 pm

    Saya hanya mampu mendoakan moga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.
    Cikgu Hairul recently posted..HambarMy Profile

    • sweetkurma August 11, 2012 at 7:03 pm

      mudah2an aamiinn…
      terimakasih cikgu atas doanya buat teman akak tu…
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • rahman August 11, 2012 at 7:49 pm

    sedap juga lagu aishah tu…
    rahman recently posted..Survey barangan bayi di IBEX ExpoMy Profile

  • Hafizul August 11, 2012 at 9:47 pm

    emm pulang lah..haha..menyentuh jiwa sungguh lagu ni..semoga sidia terus tersenyum gembira dan ceria selalu sepertimana tahun ini..aminnn
    Hafizul recently posted..Pengalaman PahitMy Profile

    • sweetkurma August 11, 2012 at 11:10 pm

      aamiinnn….
      yop pulang yok 😀
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • Nadot August 11, 2012 at 10:25 pm

    lagu raye jiwang feveret sy juge!..hehe
    hope kawan kak siti dan kak siti sendri terus bahagia sampai bile2.. 😉
    Nadot recently posted..Berbuka di Bumbu Desa AlamandaMy Profile

  • Huda'sHiJab August 11, 2012 at 10:38 pm

    Huhu.. Sedih, pilu dan syahdu sgt bila baca entri akak… Terbaek!

    • sweetkurma August 11, 2012 at 11:12 pm

      huhu memang sedih sangat2 huda…moga terus bersinar…aamiinn
      yup terbaekkkk dari ladang sawit parit sulong 😀
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • akubiomed August 12, 2012 at 12:36 am

    Kesian bahtera sahabat kak Siti yang bertahan setakat 12 tahun sahaja.
    akubiomed recently posted..Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.My Profile

  • anif August 12, 2012 at 12:48 am

    Lumrah hidup.. ada pasang surutnya. Bangkit dari kegagalan tentunya memerlukan kekuatan mental yang amat jitu!

    • sweetkurma August 12, 2012 at 1:15 am

      sangat2 setuju, untuk bangkit semula bukan sesuatu yang mudah…
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • fazrol August 12, 2012 at 1:40 am

    besarnya tamparan sahabat kak siti raya tahun lepas…
    Semoga dia bertambah kuat dan gembira utk syawal kali ini…
    Nasib baik ada kawan cam kak siti… saya nak kawan gak?
    fazrol recently posted..Diskaun Tol Sempena Aidilfitri 2012!My Profile

    • sweetkurma August 12, 2012 at 10:31 am

      betul tu sangat hebat, alhamdulillah ianya sudah berlalu…cabaran baru mungkin menanti…
      bukan ker kita dah kawan sejak pertemuan pertama di cititel tempoh hari 😀
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • titan August 12, 2012 at 2:54 am

    adehh, gua memang tak leh dengar lagu aishah nih..
    titan recently posted..Kenapa aku suka Cik Tom?My Profile

  • alina August 12, 2012 at 6:34 am

    bertuahnya mempunyai sahabat yg baik spt akak:)

    • sweetkurma August 12, 2012 at 10:34 am

      alhamdulillah, moga akak terhindar dari perasaan riak dan bangga diri sebab niat dah betul untuk membantu…
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • azmanisma August 12, 2012 at 5:33 pm

    Adeh sedih dgr lagu nih,lagi sedih bila baca cerita dia..

    *macam kenal jek pengomen kat atas tu hehehe..
    azmanisma recently posted..Pre Checklist RayaMy Profile

    • sweetkurma August 12, 2012 at 5:46 pm

      sedih dengar lagu ni, sedih, pilu dan hancur bagi yang melaluinya….
      pengomen di atas tu bakal mengegarkan blog2ku 😀
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • budak felda August 12, 2012 at 5:44 pm

    Semoga pengalaman yg lepas membuatkan kawan kak SK lebih matang mengharungi kehidupan…sama2 kita doakn yg terbaik untuk beliau..:)
    budak felda recently posted..Giveaway Pertama Daddydee.net : Review BlogMy Profile

    • sweetkurma August 12, 2012 at 5:48 pm

      betul tu, pengalaman lebih mematangkan kita…
      terimakasih banyak2 atas doanya buat teman akak yer…
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • iAwani August 12, 2012 at 11:13 pm

    thanks atas lagunya kak! memang syahdu dan mengharukan. Owh, saya tidak sabar nak balik raya!
    iAwani recently posted..Pembikinan Google Nexus 7 Dalam 4 Bulan SahajaMy Profile

    • sweetkurma August 13, 2012 at 8:25 am

      hehehe tak sabar yer…
      selamat hari raya maaf zahir batin
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • Blog Keperawatan August 13, 2012 at 7:42 am

    Kahidupan kita di dunia ini memag tidak terlepas dari kesedihan serta juga kegembiraan. Bila kesedihan sedang menimpa maka banyaklah bersabar serta juga beristighfar dan bila sedang ada kegembiraan makan bersyukurlah kepada Allah Ta’ala atas segala karuniaNya yang tak terbetas kepada kita semuanya.
    Terima kasih sahabat atas berbagi kisah serta ceritanya ini sahabat
    Blog Keperawatan recently posted..SMS Ucapan Selamat Idul FitriMy Profile

    • sweetkurma August 13, 2012 at 8:29 am

      setuju dengan pendapat anda….
      sama2 ya…moga ada pengajaran dari cerita ini…
      sweetkurma recently posted..pulanglahMy Profile

  • ProfHariz August 14, 2012 at 11:02 am

    Sejak 8 tahun yang lalu. Lagu inilah menjadi kegemaran hati. Sampai mama perli “Hang dok tunggu sapa pulang” Hehehe

    p/s: mengalir air mata dengar lagu ni. Tsk. Tsk
    ProfHariz recently posted..Koleksi Lagu Raya AidilfitriMy Profile

    • sweetkurma August 14, 2012 at 11:13 am

      hehe sama lah kita ya … 😀
      tak tunggu sesape pun tapi memang best lagu ni.. uwaaaa
      sweetkurma recently posted..bersabarlah sayangMy Profile

  • melukut di tepi gantang | sweetkurma August 26, 2012 at 11:12 pm

    […] teman2 kak sweetkurma masih ingat kisah yang kak SK paparkan seminggu sebelum menjelang aidilfitri, bagaimana sang suami meninggalkan teman kak SK dan anak2 sehari sebelum menjelangnya aidilfitri […]

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge