rezeki si ibu tunggal

orang dulu2 kata…kalau dah rezeki tak akan ke mana… hari ni kak sweetkurma berhasrat nak shopping raya untuk cowok tercinta, sebab malam ni adalah malam ramadhan terakhir untuk tahun ini kak sweetkurma bersama cowok tercinta… esok pagi2 kami terpaksa berpisah, kak sweetkurma ke selatan dan cowok ke pantai timur…

tengah dok siap2 nak ke keluar, dapat call dari kawan akak yang dia dah kat danau kota nak singgah rumah nak tengok tudung, terkejut jugak akak bila tengok dia nampak uzur sangat2, rupa2nya sejak dua bulan kebelakangan ni asyik keluar masuk hospital sebab sakit…. aduiii tersentuh jiwa wanitaku dengan kisah si ibu tunggal yang sorang lagi ni…

bila akak tanya persiapan raya, dia geleng kepala sebab duit dah banyak guna untuk berubat…memang rezeki dia lah agaknya, akak pun terus ajak dia dan anak2nya pergi ke jusco untuk beli keperluan asas hariraya…alhamdulillah dapat lah kawan akak ni sedikit keperluan… memang rezeki dia, di saat dia memerlukan akak pulak ada rezeki yang harus dikongsi…

syukur persiapan raya untuk cowok tercinta sudah ku sediakan, teman akak dan anak2nya pun seronok dengan rezeki yang Allah dah tentukan buatnya…

betul kata bijak pandai… kita tak perlu risau tentang rezeki sebab Allah memang sudah sediakan… yang kita patut risau adalah AMALAN kita sebab yang itu perlu kita laksanakan penuh istiqamah…

selamat beramal…!

Sila Kongsi :