Rindu Bertandang Lagi

Hari ini facebook keluarkan semula gambar umrah sweetkurma penghujung tahun 2015, setahun selepas detik perpisahan.  Terasa nak simpan di blog sebab saat itu memang tidak ada entri yang ku coretkan. Kapsyen yang ku coretkan di posting tersebut pun best dan sangat membantu dengan apa yang berlaku sekarang… Alhamdulillah

Kunci agar kita tidak patah hati adalah dengan keyakinan bahawa Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita. Sehingga apa pun yang terjadi, itulah yang terbaik untuk kita. Walaupun rasanya pahit, getir dan perih, sebenarnya itu adalah kebaikan untuk diri kita…

Tidak selamanya yang kita sayang, sukai, banggakan, yang kita miliki selama ini adalah yang terbaik bagi kita sehingga Allah melepaskan dari diri kita…

Tidak selamanya yang kita benci, yang kita hindari atau yang kita musuhi sekali pun adalah yang terbaik untuk kita, sehingga Allah memberikannya kepada kita…

❤️
#life #morningpost

Tiba-tiba rindu pula dengan kakak sebilik sweetkurma tu, baik orangnya dan tidak mahu berenggang dengan sweetkurma, sebab itu pengalaman pertamanya ke Tanah Suci…

Maka rindu pun bertandang lagi… Moga Allah jemput kami lagi dan rakan taulan, menjadi tetamuNya yang istimewa, aamiin….

💕💕💕

Sila Kongsi :