sedikit tak semestinya derita

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

mula2 kak sweetkurma nak tulis entri lain tapi tetiba teringat pulak satu kisah, dimana kesedihan yang dialami oleh seorang isteri disebabkan suaminya tidak berharta, atas dasar inilah si isteri merasakan dirinya tidak bahagia seterusnya ingin meminta cerai…

si isteri sering membandingkan suaminya dengan suami orang lain yang dia kira lebih berharta dan boleh hidup senang-lenang, sedangkan dia terpaksa bekerja keras untuk membantu ekonomi keluarga… dia cantik dan ramai lelaki yang lebih berharta yang berminat dengannya tapi terpaksa diketepikan kerana dia sudah bersuami….

betul ke hidup betul2 bahagia bila kita bersuamikan suami yang berharta….? sebab banyak juga perceraian yang berlaku dikalangan pasangan yang berharta…! jadi betul ker kebahagiaan boleh diperolehi dari harta yang banyak….? apakah sebenarnya peranan harta dalam membina kebahagiaan berumahtangga…?

apakah peranan harta dalam sesebuah rumahtangga….?
(gambar sumber google)

sebelum melangkah alam rumahtangga, setiap pasangan seharusnya bersedia untuk menghadapi tekanan macam juga proses penyesuaian dari sudut sikap dan tabiat suami-isteri….pasangan suami atau isteri harus bersedia untuk menanggung segala bebanan kewangan yang semakin bertambah, apabila anak mula lahir, rumah, kereta dan sebagainya… kita sebagai pendamping suami harus berkorban sama atas bebanan bagi membina keluarga bahagia….

Rasulullah s.a.w bersabda “apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai” – Riwayat Ahmad

pada waktu ini, kurangkanlah membangkit kekurangan suami tetapi carilah kelebihannya, dia mungkin tidak berharta dan juga tidak rajin berusaha lebih tetapi dia adalah penyelamat si isteri di akhirat kelak…harta sedikit tidak semestinya derita kalau kita bijak mensyukuri rezeki pemberian Allah, mungkin kita kurang harta tapi hidup penuh dengan SYUKUR….

layari lah rumahtangga dengan penuh bahagia dan syukur….

Sila Kongsi :
  • donnyien December 1, 2012 at 10:03 am

    Hai Sweetkurma,

    Artikel yang sangat bermanfaat! 2 thumbs up akak.. kena terima dia seadanya kan.. apa gunanya harta dunia jika tidak kaya harta akhirat..
    donnyien recently posted..6 langkah membantu anda berhenti merokokMy Profile

  • saljuhumairah December 1, 2012 at 12:22 pm

    sangat setuju kak,

    saya teringat pesan seorang guru… rezeki dan kekayaan bukan sekadar pada duti semata-mata…. malah ia lebih dari itu…

    contohnya suami yang bertanggungjawab, penyayang… isteri yang bijak menjaga hati suami dan mendidik anak-anak.. anak yang ramai, anak yang soleh, solehah…. rezeki yang sedikit tetapi tidak pernah putus2… banyak lagi rahsia di dalam rumah tangga…

    mungkin kalau nak dinilai, tak boleh diawal perkahwinan.. ia perlu dilihat sehingga ke anak cucu dan cicit… takkan kita boleh dapat semuanya serentak..

    mungkin kita kaya sekarang..tetapi anak cucu cicit melarat.. atau kita sedikit sekarang..tetapi anak cucu cicit kita peroleh yang sepatutnya bila kita tiada…

    hanya pandangan peribadi..saja…saya baru jer anak 1tahun 6 bulan…hehe..
    saljuhumairah recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    • sweetkurma December 1, 2012 at 2:20 pm

      terimakasih atas pandangan yang sangat bernas yang boleh dikongsi bersama…
      moga kita terus bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah beri ini
      amin
      sweetkurma recently posted..sedikit tak semestinya deritaMy Profile

  • syaifuddin alias December 1, 2012 at 2:42 pm

    harta dunia utk bagi nafkah pada isteri tak kira zahir mahupun batin tapi apakah harta akhirat di gunakan juga ?

  • budak felda December 1, 2012 at 3:29 pm

    Janji ALLAH itu pasti jadi mesti ada sebab ia dijadikan jodoh kita..maybe pasangan itu boleh membantu si suami bukan membantu menambahkan lagi sengsara hehehe..:)
    budak felda recently posted..Tips Kurangkan StresMy Profile

  • Blog Keperawatan December 1, 2012 at 5:00 pm

    Setakat sekali dengan tulisan di akhirnya Kak Siti…
    Kehidupan ini adalah juga bagaimana kita menyikapi dan senantiasa bersyukur atas nikmat Allah. Bila kita senantiasa bersyukur atas nikmat Allah yang selalu hadir dan tak terhitung jumlahnya tentunya kita tidak akan berfikir dan memandang serta membanding-bandingkan istri atau suami kita dengan orang yang lebih dalam hal HARTA. Harta bisa membuat seseorang SENANG akan tetapi tidak selalu mendatangkan KEBAHAGIAAN.

    Kebahagiaan yang hakiki sesungguhnya adalah kepuasan hati atas apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita.
    Blog Keperawatan recently posted..Penyakit LeukimiaMy Profile

  • Zulhilmi Zainudin December 2, 2012 at 6:44 pm

    Harta hanya salah satu alat untuk bahagia. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mensyukurinya dan menggunakan ke arah yang baik.
    Zulhilmi Zainudin recently posted..Bagaimana Cara Bertanya Dengan Betul Di Internet?My Profile

    • sweetkurma December 2, 2012 at 7:05 pm

      betul tu zul, bahagia or derita kita yang bawak jadi, mana yang kita nak, derita or bahagia, kalau nak bahagia kenalah buat cara hidup nak bahagia
      sweetkurma recently posted..sedikit tak semestinya deritaMy Profile

  • Mummy Akmar December 3, 2012 at 9:49 am

    Setuju dengan pendapat akak. Disetiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Mungkin tidak di dunia tapi di akhirat kelak. Cuma kita je tak sedar.. baik yang bersuami isteri atau sudah bercerai.
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • akubiomed December 3, 2012 at 4:49 pm

    Bukan mudah untuk hidup bersama. Ketika bercinta semuanya indah apabila sudah tahu status pasangan terus tawar hati.
    akubiomed recently posted..Aktiviti bapa dan anak di hujung mingguMy Profile

  • azman December 3, 2012 at 6:51 pm

    Dia dah lupa janji masa bercinta dulu….ketabahan yg tinggi perlu ada dalam kehidupan rumah tangga.

  • sohoque December 7, 2012 at 12:38 am

    sgt setuju akak. mendapat ujian suami yg tak berharta adalah merupakan ujian bg isteri. kekalkan kesetian dan berbaktilah kpd suami. disamping iringilah dengan doa supaya rezeki suami bertambah dr masa ke semasa. yg penting rezeki halal dan berkat
    sohoque recently posted..Blog-Blog Kepunyaan Blogger-Blogger Otai Diserang Virus MalwareMy Profile

    • sweetkurma December 7, 2012 at 11:25 am

      sebagai isteri insan yang paling hampir dengan suami sepatutnya terus berdoa agar menjadi pasangan yang cemerlang di sisi Allah SWT
      sweetkurma recently posted..wanita berkuasa dari rumahMy Profile

  • Hazmin Hamudin December 9, 2012 at 11:42 pm

    Harta dunia bukanlah jaminan kebahgiaan yang kekal abadi. Sebaliknya harta akhirat yang harus dicari oleh semua
    Hazmin Hamudin recently posted..Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 2012My Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge