sekadar meluahkan

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

tiba2 kak sweetkurma ingin meluahkan segala apa yang akak rasa, bukan nak meraih simpati cuma sekadar luahan, andai ianya boleh dijadikan tauladan adalah sangat2 baik…akak adalah insan yang sering juga melakukan kesilapan (ianya berlaku di sana sini)…ini untuk kita2 jer ya…hikksss

akak sebenarnya agak hairan dengan sikap atau perangai orang ni kan, memang banyak peliknya dari tak peliknya, hati sering tertanya-tanya apa yang dicari sebenarnya… KUASA? KAYA? NAMA? astaghfirullah ini semua milik Allah….

ada manusia yang ingin melariskan perniagaannya dengan menggunakan “pushing power” yang berlebihan, mendesak, mengejar dan membuat panggilan telefon tak kira waktu, tak pernah mengira “privacy” orang lain…. yang sedihnya bukan dalam perniagaan je TAPI minta sumbangan untuk badan2 tertentu pun nak gunakan “pushing power” yang berlebihan…. agak2 orang yang macam ini kan sebenarnya dalam kelompok yang macam mana ya…?

bila kita tak beri perhatian, dia akan bersangka sangka, sangka baik tak apa juga, tapi sebaliknya bersangka buruk… yang paling sedihnya ia melibatkan orang yang bijak-pandai dan ada ilmu… agaknya lah, ini melibatkan “salah asuhan” atau “tak makan asuhan”… keampunan Allah jua yang ku pohon jika ada keterlanjuranku di sini… Astaghfirullah

akak adalah salah seorang mangsa keadaan orang sebegini, akak memang sentiasa memberi peluang untuk orang lain berkongsi perniagaan yang dijalankan (sebab akak juga berniaga) dan biasanya akak membeli produk yang dijual sekiranya ianya perlu untuk akak dan juga keluarga, kalau tak perlu, buat apa nak beli kan, nanti ianya jadi satu pembaziran… apabila kita ditawarkan untuk menjalankan perniagaan yang sama, sudah tentunya akak akan menolak dengan cara baik sebab akak sudah ada perniagaan yang diusahakan…

dalam masa yang sama akak juga di minta untuk mempromotekan aktiviti perniagaannya di dalam blog peribadi akak serta mohon bantuan atau kerjasama untuk membuat kerja2 amal bersamanya, bila sebut minta bantuan, tentulah kita sebagai orang yang diminta untuk membantu akan mencari masa yang sesuai, orang yang sesuai dan sudah tentunya ianya mengambil masa yang agak panjang, tapi ini pun dia nak “push” macam nak rak, telefon dan kejar kita tak tentu masa, bila kita tak jawab, mulalah siasat kat orang2 yang rapat dengan kita kenapa akak cuba nak putuskan siratulrahim…. sampai buat solat hajat minta petunjuk dari Allah kenapa akak menjauhkan diri…

akak tidak sekali kali menjauhkan diri atau ingin memutuskan siratulrahim, akak cuma TIDAK SELESA kena “push” dan bila terlalu kerap kena “push” kita ikhlas nak membantu dan berkerjasama pun jadi BOSAN dan tidak secara langsung terus malas nak menjawab segala panggilan…

16 tahun akak bekerja dengan “public listed company”, selama itu jugalah setiap hari2 bekerja akak penuh dengan “pushing power” yang berlebihan dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti walaupun pada ketika itu gaji yang di raih agak lumayan… puncanya adalah kena “push”… jadi bila dah tua2 ni rasanya dah tak sanggup lagi lah kot hidup nak kena “PUSH”….

akak ingat “pushing power” yang berlebihan ini akan berakhir bila akak meninggalkan tempat kerja kira2 8 tahun lepas, tapi ianya tetap ada sehingga kini… memang betul lah… KEHIDUPAN ADALAH UJIAN…. setiap detik dan ketika kita di uji…aku ingin terus berlajar untuk bersyukur dengan setiap ujian yang mendatang….keampunan juga yang ku pohon dariMu Ya Allah…. Astaghfirullah…

untuk berjaya dalam satu2 bidang yang kita ceburi terutamanya perniagaan, kita tidak perlu terlalu mendesak, apa yang perlu kita lakukan adalah istiqamah dalam setiap perkara yang kita lakukan, santai tapi serius di samping berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat keredahaanNya….

HIDUP BIAR SANTAI….

* pushing power yang paling best adalah ketika hendak melahirkan dua orang putera ku….alhamdulillah mereka sudah 21 tahun dan 17 tahun kini….

Sila Kongsi :
  • azman December 22, 2012 at 1:49 pm

    Selalu nya yang berniaga MLM dan Insuran suka push2…nie.Saya pun kdg tak selesa juga bila kena push macam tu. 🙂

    • sweetkurma December 22, 2012 at 1:53 pm

      selalunya macam tu lah man, tapi yang datang kat akak ni buat conventional business dan sangat2 baru mengenalinya…

      yang MLM dan Insurance tu jangan cakaplah, kadang2 jadi sedih sangat2 sebab kawan rapat buat MLM business, kalau sebelum tu, kami seronok jer bersama TAPI bila dia terlibat dengan MLM business…. emmmm setiap pertemuan kami penuh dengan pushing power…. uwaaaaa
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

      • hafizmd December 24, 2012 at 1:18 pm

        huhu..bab push2 org MLM ni mmg lain mcam…kalau kita pandai elak, takpe…ni kalau kita jenis yg tak reti nak pusing…mmg terpaksa dengar ajerlah…
        hafizmd recently posted..9 Ciri Suami IdamanMy Profile

  • anif December 22, 2012 at 1:52 pm

    Hmmm.. Ada benarnya tu kak. Terlebih “pushing” jadi tekanan pula bagi kita!
    anif recently posted..ASB – Dividen 7.75 Sen, Bonus 1.15 SenMy Profile

  • Myra Jay December 22, 2012 at 2:03 pm

    Kesian dengan kak Siti bila dihimpit secara begini, boleh stress andai tak mampu kawal..

    Sabar ye kak, macam2 style orang kini..
    Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

    • sweetkurma December 22, 2012 at 2:05 pm

      terimakasih banyak2 sis atas simpati yang dihulurkan, akak bukan nak lupa diri bila Allah bagi sedikit kesenangan cuma desakan demi desakan menjadikan kita tidak selesa
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

  • Een December 22, 2012 at 2:20 pm

    Saya faham perasaan akak. Bab untuk kerja amal kalau kena push daripada ikhlas nak membantu jadi bakhil terus.

  • puanbee December 22, 2012 at 2:47 pm

    Salam kak ..saya salah seorang yg tk selesa dengan pushing power dan buat pushing power pada org lain , gamaknya sbb tu saya belum berjaya berbisnes hehee …

    apa pun kak.. ujian .. kena ingat lagi2 status hajjah , lg banyak ujian di antara sedar dengan tak sedar ..ewahh ckp org pandai ..hikhik ..
    puanbee recently posted..Kejadian 21-12-12 – Tahniah!My Profile

    • sweetkurma December 22, 2012 at 4:12 pm

      elok lah tu puanbee daripada dok push push orang baik menulis cerpen dapat jugak duit saku…ahakzzz

      yer lah puanbee, kena tenang dalam menghadapi semua ujian Allah kannnn
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

  • Blog Keperawatan December 22, 2012 at 6:37 pm

    memang dalam menjalankan pekerjaan yang diharuskan ada TARGET yang harus dicapai tekanan akan selalu ada, bahkan berlebihan sekali.
    Sebenarnya keadaan stress yang berlebihan buat kesehatan juga tidak baik juga Kak, itu kata-kata yang seringkali dokter jantung tempat bekerja mengingatkan.

    hanya tak elok pula bila mengejar sesuatu apalagi dalam meminta tolong untuk suatu pekerjaan dengan ‘Memaksa”. Kita toh hidup bukan hanya “bekerja dan uang saja kan.” Ada kewajiban dalam agama yang jauh lebih penting dari kedua hal tersebut.
    Bersabar yah Kak Siti…
    Blog Keperawatan recently posted..Etik Keperawatan Menurut ICNMy Profile

    • sweetkurma December 23, 2012 at 12:47 am

      betul tu pak, saya mengamalkan setiap pekerjaaan secara santai tapi bersungguh sungguh serta istiqamah…. saya sangat tidak suka pada tekanan dan paksaan sebab itu saya sanggup meninggalkan pekerjaan yang sudah punya gaji agak bagus sekali…

      bila sudah tua2 gini, hasrat hati mahu perbanyakkan bekalan untuk di bawak ke akhirat nanti… terimakasih atas nasihat bapak ini…
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

  • syaifuddin alias December 22, 2012 at 7:04 pm

    push2 takpe lagi ..jgn guna sihir sudah
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

    • sweetkurma December 23, 2012 at 12:48 am

      mohon Allah lindungi diri ini dari perbuatan keji dan mungkar orang2 yang tidak bertanggungjawab
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

  • Nadot December 22, 2012 at 9:47 pm

    waahh…rimasnyeee…. siyes sy yg rase rimas gile bace entry kak siti ni… smoge dijauhkan dari di push sebegitu dan smoge sy tak buat gitu kat orang lain juge (kecuali hasben sendiri..hahah)
    Nadot recently posted..My Happy MomentsMy Profile

    • sweetkurma December 23, 2012 at 12:52 am

      sesungguhnya sangat2 merimaskan sis, akak pulak jenis tak suka sangat gayut2 nih, hendaknya bila abi ada sebelah… hiks… kita anak dah teruna belaka, apa lagi laki bini asyik bercintan cintun jer lah…
      sweetkurma recently posted..sekadar meluahkanMy Profile

  • akubiomed December 23, 2012 at 1:24 am

    Ada juga terkena. Ada masa layan dan ada masa tidak.
    akubiomed recently posted..Terima kasih untuk hadiah ituMy Profile

  • Abdur December 23, 2012 at 7:47 pm

    Tiga hal yang pasti datang menjadi cobaan,yaitu;

    1.Harta
    2.Tahta
    3.Wanita (pasangan)

    Semoga puan boleh menjalaninya tanpa menjadi beban bagi puan dan keluarga.
    Abdur recently posted..Internal Server ErrorMy Profile

  • ohcikgu December 23, 2012 at 11:40 pm

    tak boleh nak kata apa dahh..kalau kena pushh..kena pandai tahan ajelah..
    ohcikgu recently posted..7 Sebab Maybank2u tetap dihati saya.My Profile

  • eiela December 23, 2012 at 11:58 pm

    kalau selalu kena push memang stress dibuatnya kak. kita jadi marah pun ada, mula-mula suka terus jadi tak suka nanti.
    eiela recently posted..Tips Menyimpan Isi DurianMy Profile

  • hafizmd December 24, 2012 at 1:21 pm

    Saya yg membacapun ada terasa ‘pushing power’ yg kak siti tulis…harap kak siti terus istiqomah dalam membantu rakan2 niaga yg memerlukan bantuan…

    Kadang2, situasi yg sama jugak berlaku bila kita nak beli baju contohnya…tak sempat nak tgk baju, jurujual dah datang kat sebelah sibuk tanya itu dan ini….rimas jugak rasanya…

    Pepun, terima kasih kak sudi berkongsi cerita tauladan ni..sama2 kita ambil sempadan utk diri kita =)
    hafizmd recently posted..9 Ciri Suami IdamanMy Profile

  • Hazmin Hamudin December 24, 2012 at 2:37 pm

    Saya paling tak suka kalau kena push untuk beli sesuatu barang. Kalau saya nak beli, saya akan beli. Kalau kena push memang saya jadi tak ikhlas untuk menolong atau membeli.
    Hazmin Hamudin recently posted..Mencari Mood Menulis SemulaMy Profile

  • Zarul Umbrella December 25, 2012 at 1:22 pm

    pushing power la pulaakkk ..adoi mcm2 hal manusia zaman sekarang ni yer
    Zarul Umbrella recently posted..Tips Menjual Di Mudah.myMy Profile

  • kak ina kl December 28, 2012 at 7:37 am

    salam ziarah
    tak suka gak kalau kena camtu..terutama nak jumpa sbb nak jual produk mlm..
    maaflah akak tak ada masa nak layan

  • sohoque February 19, 2013 at 2:11 pm

    betul tu akak. sy pun tak suka kena push ni. kadang takut gak, kalau kena push byk2 ni.. takut pemberian kita jd kurang keikhlasannya
    sohoque recently posted..Plugin Mesti Install: Picasa Image ExpressMy Profile

  • sohoque February 21, 2013 at 12:48 am

    pushing power yang paling bagus ialah terhadap diri sendiri. kita sendiri yang push diri sendii supaya lebih maju dari hari ke sehari
    sohoque recently posted..Wordless Wednesday: Hakikat KehidupanMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge