Semuanya Soal Rasa

Ingin sweetkurma kongsikan di sini, setiap hari kita akan membaca berbagai status di facebook (bagi yang ada), ada yang marah2, ada yang nampak begitu bahagia, ada yang sangat motivated, ada yang begitu sedih dan ramai juga yang berkongsi berbagai tips juga yang semata-mata hanya untuk berniaga.

Semua itu terjadi atas dasar apa yang di rasai oleh penulis (tuan punya akaun facebook dan lain2) tersebut, sekarang baru lah sweetkurma faham, semua itu adalah proses “memindahkan rasa” di mana sepenulis cuba memindahkan rasa kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan macam2 lagi melalui penulisan di ruangan STATUS – “what’s on your mind?” sebab itu ada ketikanya ianya kelihatan agak keterlaluan dan tidak semena mena lama kelamaan kita boleh mengenali perangai masing2.

qupower.com
qupower.com

Dulu apa yang sweetkurma tahu, setiap lirik lagu yang dihasilkan ada kemungkinan berkisarkan kisah benar atau apa yang dialami oleh penulis lirik tersebut atau mungkin juga dari perkongsian orang lain, ini juga boleh diklafikasikan sebagai “memindahkan rasa”, TAPI dengan adanya lapangan media sosial seperti facebook, twitter, Instagram, blog, vlog dan macam2 lagi, kita mempunyai banyak ruang untuk memindahkan segala apa yang kita rasa, sampai ada ketikanya hingga mengenepikan pandangan rakan2 dalam akaun lapangan media sosial tersebut.

Ada juga suara2 sumbang yang kedengaran “suka sangat mengadu damba di facebook”, sekarang sweetkurma faham, mereka bukan mengadu damba TAPI mereka cuba untuk memindahkan apa yang sedang dirasai ketika tu, mungkin dengan cara itu BEBAN yang ditanggung akan berkurangan, sebab kita sebagai rakan alam maya tidak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Cuma ada ketikanya kita KENA lebih berhati hati dalam proses memindahkan apa yang kita rasa, apa pun khilaf ada di mana2 dan kita cuba fahami serta memaafkan.

Feeling gratitude and not expressing it is like wrapping a present and not giving it....
Feeling gratitude and not expressing it is like wrapping a present and not giving it….

Bagi sweetkurma pula, setakat ini sweetkurma lebih selesa memindahkan segala apa yang sweetkurma rasa dengan berkias jika di ruangan facebook atau Instagram, manakala di blog sweetkurma lebih banyak bersifat jujur juga lebih berterus terang dengan apa yang dirasakan, moga ada yang mendapat manfaat dari perkongsian tersebut.

Apa pun alasannya, Allah jua sebaik-baik tempat untuk kita mengadu tentang apa yang kita rasakan, susah atau senang maka bersyukur lah KERANA terlalu banyak nikmat yang harus kita syukuri, dapat menulis dengan apa yang kita rasa juga sangat2 bersyukur kerana semua itu dengan iziNya jua.

Sekian, semuanya soal rasa. Wassalam

Love

Sila Kongsi :
  • Aisha May 4, 2016 at 11:09 pm

    Baru jumpa site akak ni. Cam best je nak follow…:)

  • Ani Haryani May 12, 2016 at 3:58 pm

    Betul, tinta kadang-kadang membantu meluahkan apa yang terpendam. Mengurangkan beban yang dirasa.

    Sebaik-baik tempat meluahkan rasa hanya pada Dia 🙂
    Ani Haryani recently posted..Kenapa Wanita Lebih Ramai Osteoporosis?My Profile

    • sweetkurma June 13, 2016 at 6:07 pm

      betul sangat2 cuma ada ketika orang tak faham, tapi tak apa sebab mereka tidak ada di tempat kita

  • Khairul Zamri May 15, 2016 at 6:01 pm

    Sedih pula baca entri ini, teringat juga saat saya jatuh dahulu berusaha keras untuk bangkit dan bangkit.

    Semoga akak terus kuat menghadapi ujian ini.
    Khairul Zamri recently posted..Tips Menjual Air Balang di Bulan RamadhanMy Profile

    • sweetkurma June 13, 2016 at 6:09 pm

      betul tu zamri, suka atau tidak, ringan atau berat memang kita tiada pilihan kecuali harungi dengan tawaduk

  • Khairul Zamri June 11, 2016 at 5:52 am

    Selamat berpuasa kak semoga Ramadhan ini lebih bermakna kepada kita
    Khairul Zamri recently posted..Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang MinimaMy Profile

    • sweetkurma June 13, 2016 at 6:09 pm

      terimakasih zamri, selamat juga buat zamri dan keluarga

  • jamil hashim August 3, 2016 at 10:59 am

    singgah
    jamil hashim recently posted..Menulis 2My Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge