sendiri tapi berdikari

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian, moga Allah memberkati dan merahmati kita semua

rentetan dari rancangan bual bicara “anjakan paradigma” di astro oasis yang dikendalikan oleh YBhg Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk “sendiri tapi berdikari” dikaitkan dengan ibu tunggal…

bila akak letak “status di facebook” tentang ibu tunggal, ibu tunggul dan ibu tinggal, ramai yang LIKE dan yang herannya yang jadi silent friend pun boleh LIKE, ini bermakna status ibu tunggal, tunggul dan tinggal mudah mendapat perhatian, ini mungkin disebabkan terlalu ramai yang menjawat status ibu tunggal, tunggul dan tinggal ini….

bersyukur dilahirkan menjadi insan yang sangat2 berdikari, moga Allah memberkatinya, amin Ya Allah
bersyukur dilahirkan menjadi insan yang sangat2 berdikari, moga Allah memberkatinya, amin Ya Allah

walau apa pun status yang di bicarakan, akak sangat terharu apabila panel jemputan mengatakan bahawa, ibu tunggal adalah hadiah yang istimewa dari Allah SWT jika dipandang dari sudut positif, sebagai contoh Isteri Nabi SAW pernah menjanda sebanyak dua kali sebelum ditemukan dengan Kekasih Allah… katanya lagi ibu tunggal adalah lebih baik dari ibu tunggul dan ibu tinggal…

apa pun statusnya, hidup sendiri kena lah berdikari, kena lebih positif dari sudut pemikiran, perasaan dan sentiasa berlapang dada dengan takdirnya, kerana ianya hadiah dari Allah SWT, hadiah dari Allah adalah yang terbaik…. alhamdulillah

sekian, untuk kali ini, jumpa lagi di lain siaran

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :