si cilik sara keluarga

hati tersentuh bila membaca harian metro hari ni bagaimana 3 beradik yang masih kecil menjual nasi lemak untuk menampung keluarga… si ibu terpaksa bergantung kepada tiga anaknya untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu….

sumber harian metro… terkenang kisah 15 tahun lepas membesarkan 2 anak yg berusia 2 tahun dan 5 tahun tanpa suami di sisi

bila terbaca kisah ni, terasa amat bersyukur kerana 15 tahun lepas, aku punya pekerjaan tetap untuk menyara anak2, punya rumah dan kereta walaupun tak mewah tapi cukup untuk kami 3 beranak… kalau kita rasa kita susah sebenarnya ada lagi yang lebih susah.

bagi si ibu ini, mungkin hidup mereka amat sukar, sebenarnya ada lagi yang terlalu sukar, contohnya di perkampungan baru muslim kemboja yang saya lawati baru2 ni lagi susah, tidak ada apa yang hendak dijual sebab untuk diri dan keluarga pun tak lepas, sekolah pun tak ada, bekalan air dan api jauh sekali…

sesukar manapun hidup kita di sini, kita masih bertuah kerana berada di bumi Malaysia, yang ada segalanya, kalau kita miskin, kita berniaga nasi lemak dan sebagainya masih ada yang membeli dan ada wang untuk kita bawa pulang, tapi di kemboja, rata2 orang islam di perkampungan baru sangat2 miskin, mereka tak punya apa…

terus bersyukur kerana berada di bumi Malaysia….!

Malaysia Boleh…!

Sila Kongsi :
  • eyriqazz July 23, 2012 at 12:35 pm

    teringat zaman kecil-kecil..mak terpaksa bekerja jadi pembantu rumah di rumah berbangsa cina demi membesarkan kitorang..Namun, walaupun berbangsa cina,layanan yang diberikan agak baik dan rasanya lebih baik dari most majikan berbangsa melayu..sampaikan eyriqazz kahwin pun, hubungan persahabatan masih terjalin dan mereka datang ke majlis kahwin..

    Yup, bersyukur masih dikurniakan rezeki membesarkan anak2 …
    eyriqazz recently posted..Ketuk-Ketuk RamadhanMy Profile

    • sweetkurma July 23, 2012 at 1:00 pm

      alhamdulillah, kalau niat kita baik untuk merai rezeki inshaAllah, Allah akan permudahkan…
      sweetkurma recently posted..si cilik sara keluargaMy Profile

  • anif July 23, 2012 at 12:41 pm

    Bersyukur kerana tinggal di negara yang aman yang membolehkan kita mencari rezeki dengan tenang. Setiap kali rasa susah, segera mengingatkan diri bahawa ada lagi golongan yang lebih susah daripada kita..
    anif recently posted..F1 – Fernando Alonso Menang Di HockenheimMy Profile

    • sweetkurma July 23, 2012 at 1:03 pm

      betul tu anif, kalau kita rasa kita susah, cepat2 ingat golongan yang lebih susah dari kita so kita pun tak lah sedih berpanjangan…moga terus bersyukur dengan apa yang ada…aamiinn
      sweetkurma recently posted..si cilik sara keluargaMy Profile

  • Nurul July 23, 2012 at 2:15 pm

    Sedihnyer.. Teringat balik kat Mak.. Hanya bekerja dgn jaga anak orang untuk besarkan nurul 2 beradik nih.. besar sungguh pengorbanan mak nurul..
    Nurul recently posted..Jom Kejar Bonus..My Profile

  • Hafizul July 23, 2012 at 4:51 pm

    Bagaimana kehidpuan mereka ya??bagaimana dengan pelajaran mereka..untung kita yang dah berjaya ni..tak perlu menempuh pernderitaan mcm mereka lagi..
    Hafizul recently posted..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok KecilMy Profile

    • sweetkurma July 23, 2012 at 8:11 pm

      kehidupan mereka kais pagi makan pagi…
      pelajaran mereka banyak tergendala dek kemiskinan…
      kita semua di sini memang sangat2 beruntung dan kena bersyukur yang berterusan…
      sweetkurma recently posted..si cilik sara keluargaMy Profile

  • hafizmd July 23, 2012 at 4:58 pm

    Alhamdulillah dan syukur sangat2 sbb dilahirkan di Malaysia dan ada org tua yg berkorban apa saje demi anak2.

    Bila dah jadi ayah ni, semuanya makin jelas di mata dan jiwa.
    hafizmd recently posted..Kisah Cermin Mata dan LaptopMy Profile

    • sweetkurma July 23, 2012 at 8:13 pm

      betul tu hafiz kita memang harus bersyukur…
      bila dah jadi ayah dan ibu baru kita dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan ke dua ibu bapa kita…
      sweetkurma recently posted..si cilik sara keluargaMy Profile

  • spudin July 23, 2012 at 8:19 pm

    sedihnyaa….hurmmm..bersyukur laa kita duduk malaysia ni..kalau tak bersyukur jugak tak tahu laa

  • Mus July 23, 2012 at 9:38 pm

    teringat adik jual sayur jiran kami..
    dia tak sekolah kerana tak ada ic (Philipina)..
    pada umur tersebut, dia sepatutnya belajar..
    isteri ada beri buku dan pensel untuknya belajar menulis..
    Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49My Profile

    • sweetkurma July 23, 2012 at 9:53 pm

      ala sedihnya…
      moga adik mus akan menjadi peniaga yang berjaya suatu hari kelak…
      emak akak pun tak sekolah tapi dia boleh menjadi businesswoman yang sgt berjaya…
      sekarang emak dah meninggal….
      setakat ni akak jer yang mengikuti jejak emak dalam biznes…
      sweetkurma recently posted..si cilik sara keluargaMy Profile

  • iAwani July 24, 2012 at 1:06 am

    ya betul, sesusah-susah kita, ada orang hidupnya lagi susah.
    iAwani recently posted..LG Roboking Dual Eye 2.0 Robot VakumMy Profile

    • sweethoney July 24, 2012 at 7:38 am

      setuju tu…kita kena sentiasa pandang ke bawah

  • puanbee July 24, 2012 at 5:57 am

    Sekurang-kurang nya di Malaysia , OKU/ org susah daftar dengan kebajikan masyarakat dah dapat sikit duit … di bandingkan dengan vietnam tu .. syukur tinggal di Malaysia
    puanbee recently posted..Tempahan Theme Dari Affan RuslanMy Profile

    • sweethoney July 24, 2012 at 7:40 am

      betul tu bee, kita kena sentiasa bersyukur tinggal di bumi Malaysia ni

  • azmanisma July 25, 2012 at 1:19 am

    Rakyat Malaysia masih lagi pemurah dan rezeki di Malaysia memang murah,cuma nak dan tak nak jer berusaha..jadi ibu tunggal sesuatu yang sukar,apa lagi kalau ayah lepas tangan.
    azmanisma recently posted..FaceBoutique – Tudung Online Dan Fesyen Muslimah TerkiniMy Profile

  • sarah July 26, 2012 at 1:07 pm

    zaman saya kecik2 dulu, darjah 2 saya dah menoreh getah dengan mak..duit jual sekerap, mak bagi upah..duit tu le saya bayar yuran sekolah..masa tu tahun 1988..hari cuti cari kayu api..takde dapur gas..pergi sekolah bawa 20 sen..nasib dapat rancangan makanan tambahan..saya tapau nasi yang kantin sedia untuk makan tengah hari..tiap2 tahun naik pentas amik hadiah no.1 dalam kelas, kasut sekolah koyak macam mulut buaya..sampai habis sekolah saya idam nak pakai kasut sekolah jenama sparx tapi tak pernah minta dengan mak sebab saya tahu mak saya tak ade duit…alhamdulillah, sekarang saya dah kerja , ada kereta, ada rumah sendiri..kesusahan ajar saya untuk tidak putus asa..
    sarah recently posted..Bonus Setengah Bulan GajiMy Profile

    • sweetkurma July 26, 2012 at 2:23 pm

      aduiii sarah sangat menarik membaca kisah lalu sara, akak pun dulu kecik2 tolong emak menoreh getah jugak, tunggu spm akak belajar kelas menaip dan trengkas, akak ambik upah cucuk atap sekeping 5 sen dengan duit ni akak buat tambang pegi balik belajar dan makan…

      betul tu sara pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar, tahniah sara kerana menjadi anak yang berjaya….
      sweetkurma recently posted..trend baru poligamiMy Profile

  • sarah July 26, 2012 at 3:02 pm

    kak ni nama siti ke??sy baca dalam blog eryqazz…
    sarah recently posted..Bonus Setengah Bulan GajiMy Profile

  • akubiomed July 28, 2012 at 12:41 am

    Apa bila baca komen-komen disini. Setiap orang mempunyai kisah tersendiri sedikit sebanyak memberi keinsafan diri ini untuk bersyukur atas nikmatNya.
    akubiomed recently posted..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

    • sweethoney July 28, 2012 at 6:26 am

      betul tu, kita kena banyak2 bersyukur atas nikmatNya

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge