single diusia 40-an

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

kak sweetkurma terpukul untuk menulis tentang status seseorang yang masih single di usia 40-an, bukan tidak mahu berkahwin tapi jodoh belum sampai, bukannya mereka ini suka @ memilih untuk bersendiri walaupun usia sudah menjangkau 40-an…

kak sweetkurma pun punya teman yang masih hidup single atau bujang walaupun usia sudah melebihi 40 tahun, rata2 mereka pernah melalui proses bercinta malahan pernah bertunang tapi tidak sampai ke gerbang perkahwinan, bukan mereka ini tidak risau dan kisah dengan keadaan dirinya tapi apa kan daya mereka untuk menentukan jodohnya, kerana jodoh pertemuan, ajal dan maut ditentukan oleh yang maha Esa…

bagi perempuan pulak, bila hidup sendiri di usia sebegini yang datang untuk memperisterikannya adalah dikalangan lelaki bergelar suami orang, tentunya ianya sesuatu yang terlalu sukar untuk diterima (dah lah kahwin lewat pastu nak bersusah susah pulak dengan berbagi suami), jalan yang paling mudah adalah meneruskan hidup sendiri….

adalah tersangat kasihan apabila masyarakat sering memperlekehkan “status” mereka sebagai “andartu” atau “andalusia” bagi wanita, mana kala lelaki pula sebagai “bujang terlajak” atau “bujang tersadai”….sedih sangat bagi pihak mereka….

kalau kita berkuasa menentukan sendiri semua kehendak diri, sudah tentu kita akan melakukannya cepat2, NAMUN setiap sesuatu itu dalam kekuasaanNya, maka kita sebagai hamba perlu akur, sabar dan tenang mengharunginya kerana setiap sesuatu itu tersembunyi hikmah disebaliknya…

cemerlang itu lebih baik dari hidup penuh temberang….

Sila Kongsi :
  • KiD November 22, 2012 at 1:49 am

    kena kasi ayat cepat jodoh ni kak.. c.c : Hazmanfadzil.com =)
    KiD recently posted..Tips CTR Bonus NuffnangMy Profile

  • Eizil November 22, 2012 at 1:49 am

    Saya ada keluarga terdekat yang mengalami perkara yang kak siti coretkan di sini, sebagai ahli keluarga, hanya mampu memberikan sokongan dan berikhtiar pelbagai cara. Semoga dipermudahkan jodoh mereka semua.
    Eizil recently posted..Sedikit demi sedikit sehingga selesaiMy Profile

    • sweetkurma November 22, 2012 at 1:54 am

      akak pulak ramai dikalangan kawan2
      yang herannya ramai yang kirim doa jodoh semasa akak mengerjakan ibadah haji dari kalangan single mother dan tak ada pulak dari kalangan yang single ini…. hihi
      sweetkurma recently posted..single diusia 40-anMy Profile

      • Eizil November 22, 2012 at 2:01 am

        Mungkin yang single rasa segan kot nak minta doa macam tu, sebab bukan mudah nak menghadapi keadaan sebegini… kalau tak kuat memang macam-macam boleh berlaku…
        Eizil recently posted..Sedikit demi sedikit sehingga selesaiMy Profile

  • BUATBEST ? November 22, 2012 at 1:59 am

    betul..kena tabah hadapi hidup2 yang mendatang..

    insyaAllah jodoh mungkin dtg cuma cepat atau lambat..
    BUATBEST ? recently posted..Palestin Kini: Gambar Perisik Israel Mati Diseret Motorsikal Pejuang HamasMy Profile

  • Hafizul November 22, 2012 at 2:05 am

    emm kalau kita ambil serius dengan kata-kata orang sekeliling, kita kan hidup dalam tekanan..untuk hidup bahagian dan keep smile always, buat tak tau jer daripada buat tahu..hehe..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #35 – Terima Kasih Suri – Blog cahayacinta.comMy Profile

  • Myra Jay November 22, 2012 at 8:08 am

    Pedulikan kata orang dan teruskan dengan kehidupan jika itu dirasakan terbaik.

    Ada pengalaman member opis masih single walaupun dah cecah 40++,
    pernah bercinta buat pertama kali beberapa tahun lepas dengan seorang Duda, saling sayang menyayang tapi sayangnya mak member tak izinkan sebab takut perkara sama berulang pada anaknya juga.
    Selepas putus member single hingga kini..
    Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  • anif November 22, 2012 at 9:05 am

    Banyak sebab kenapa boleh jadi sampai macam tu.. Orang yang disekeliling ni hanya tahu bercakap..
    anif recently posted..Stay Strong – Wordless Wednesday #62My Profile

    • sweetkurma November 22, 2012 at 2:23 pm

      betul, siapa lah kita yang nak menentukan jodoh kita kan
      itu semua Allah punya kuasa
      sweetkurma recently posted..single diusia 40-anMy Profile

  • titan November 22, 2012 at 9:10 am

    sebab tu gua mahu kahwin ramai-ramaiii..
    titan recently posted..Komisen ke 98 dari TNXMy Profile

  • Razifredz November 22, 2012 at 9:14 am

    ada juga dikalangan rakan2 yg masih membujang pada umur 40an … berbagai persoalan yg timbul dlm diri mereka ni. Doakan kesejahteraan mereka lebih baik drp mempersoalkan jodoh mereka dengan pertanyaan kenapa atau mengapa
    Razifredz recently posted..Dana Bantuan Palestin melalui AQSA SYARIFMy Profile

  • syaifuddin alias November 22, 2012 at 11:16 am

    saya nak kawen nanti umur 27 kalau diizinkan Allah 😀
    hehe..tapi kalau dapat secun wawa zainal ke, kawen awal sikit la..haha
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  • Rabiatul Adawiyah November 22, 2012 at 3:15 pm

    Salam kak, isu ni memang ada disekeliling kita tak kira kawan or saudara mara. Tapi kita hanya mampu melihat kerana perasaan mereka lebih sensitif bila bertanyakan hal kahwin ni. Bila dah bersendirian tu, rakan dan saudara terdekat adalah teman mereka. Supaya tidak berasa sunyi dan mula mencari mana-mana lelaki/permpuan untuk dijadikan pasangan hidup. Yang merisaukan bg wanita yang berkongsi kasih. Wuwuwuuwwuwu.. saya sedih bila bab ni dibincangkan. Huwaaaa…. cekalnya mereka mengharungi kehidupan ini..

    • sweetkurma November 23, 2012 at 1:49 pm

      betul tu memang masih ramai golongan sebegini di sekeliling kita
      berkongsi kasih or berbagi suami ni indah kalau tahu menilai akan kehadirannya
      sweetkurma recently posted..single diusia 40-anMy Profile

  • azman November 22, 2012 at 4:01 pm

    Dah sampai masa nya isteri pertama kena tolong kaum mereka yg lambat jodoh ni…pergi pinang tuk suami ker hehehe….
    azman recently posted..Computer Buat FitnahMy Profile

  • Nurul November 22, 2012 at 5:35 pm

    Kat office Nurul ni ramai lagi yg tak kawen kak.. Yang tua dari umur Nurul.. ramai lagi.. bila ditanya..Semuanya berserah pada yang Maha Esa.. Allah maha mengetahui segala galanya.. semua orang ingin kehidupan yang bahagia.. 🙂
    Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

    • sweetkurma November 22, 2012 at 7:09 pm

      betul lah tu, nak buat macam mana jodoh tak sampai lagi kan
      btw nurul pulak bila…? hik
      sweetkurma recently posted..single diusia 40-anMy Profile

  • Zulhilmi Zainudin November 22, 2012 at 6:23 pm

    Diluar bidang kuasa kita. Kita doakan agar mereka ini dipertemukan jodoh dengan insan-insan yang soleh dan solehah dalam masa terdekat. Insya-Allah. 🙂
    Zulhilmi Zainudin recently posted..Infografik: Trend Online Shopping Rakyat MalaysiaMy Profile

  • Sobri Mansor November 22, 2012 at 6:44 pm

    Banyak benda yg golongan ni fikirkan kot sampai tak sempat nak fikir tentang diri sendiri.
    Sobri Mansor recently posted..Cemburu semakin bertambahMy Profile

  • puanbee November 22, 2012 at 11:11 pm

    kalau kita boleh pilih kan kak..

    macam2 kita nak ubah , tp itulah takdir , sbb tu kalau sy jumpa org yg lewat kawin , sy tak kan tanya pasal jodoh .. risau ada yg terkecik hati nanti
    puanbee recently posted..Percubaan Pertama Buat Tart Telur – Buruk!My Profile

  • pahan November 22, 2012 at 11:40 pm

    sabar je kak. Jodoh tak kemana. kan 🙂
    pahan recently posted..Minda terapung bermandi idea berprestasi tinggiMy Profile

  • Mus November 23, 2012 at 1:48 am

    mungkin tibanya perigi mencari timba..
    Mus recently posted..(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, NabawanMy Profile

  • pjaz November 23, 2012 at 11:23 am

    semoga mereka dipertemukan dgn jodoh..
    ada jugak lecturer pjaz terus single walaupun dh umur 40an, kami hanya mampu berdoa supaya dapat hidup berteman.. =)

    slm..nak minta tlg sikit blh? jom support pjaz dlm contest anjuran denaihati..hanya klik G+ di bwh entri contest, TQ so much ^^http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    pjaz recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • Mummy Akmar November 23, 2012 at 2:05 pm

    Hmm..kesian juga untuk kes macam ni. Kena harus tabah. Ikhtiar…Cuma takot nanti dah kawin pulak dapat suami teruk. Lebih baik single. Hahaha Oppss
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • akubiomed November 23, 2012 at 2:46 pm

    Ada juga sahabat wanita saya sudah menghampiri 40an.
    akubiomed recently posted..Misi hack blog AkubiomedMy Profile

  • iza November 23, 2012 at 3:03 pm

    Assalam..
    mungkin jodohnya bukan di dunia ini…
    Apa pun, Allah penentu segalanya…

    *Lama tak singgah sini. Kak apa kbr?
    iza recently posted..CardiganMy Profile

  • Denaihati November 23, 2012 at 4:27 pm

    mungkin perbahasa melayu “perigi cari timba” halang kot. salah satu peribahasa melayu yg tak boleh pakai 100%. insyaAllah kena ikhtiar dan usaha selagi mematuhi syarak, barulah berserah.
    tapi memang ada yg memang tak nak kawin kot…
    Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 9My Profile

  • Blog Keperawatan November 23, 2012 at 6:36 pm

    Saudara saya juga ada yang lebih berumur dari 40 tahun masih belum mempunyai pasangan hidup, bahkan kalau dilihat dari segi ekonomi cukup lah tetapi memang mungkin belum dapat jodoh walau dari banyak keluarga yang berusaha menjodohkan tetapi kandas di tengah jalan
    Blog Keperawatan recently posted..Kejang DemamMy Profile

  • dzuandiey November 24, 2012 at 10:04 am

    kadang-kadang frust bercinta jadi penyebab nak membujang sampai ke tua..hehe..kalau lelaki, masih ebat di pasaran kot…hihihihi.. 🙂
    dzuandiey recently posted..CPUV Nuffnang Bulan NovemberMy Profile

  • eiela December 10, 2012 at 10:17 pm

    saya muda lagi baru 26thn tp rasanya maybe satu hari nanti saya jadi mcm diorg jgk sbb saya memilih utk tak berkahwin, sbb saya tak nak susahkan org. lgpn sy xsihat, nak menjadi diri pun tak tjaga inikan pula nak menjaga ank orang. ada yg ingin menjodohkan tp sy menolak, saya masih tak buka lg hati sejak bf yg 1st meninggal dunia 6 tahun lalu. skrg selesa bkwn je, utk serius rasanya tak kot, bila dah jth skt lglah sy tutup hati, lgpn sy senang dgn keadaan skrg. kalau hati terbuka pun biarlah dia tau luar dan dlm diri saya yg sebenar & dpt terima kelebihan & kekurangan diri saya. ttg status tuh agak berat bg org lain tmbh lg bila hidup di kg, tp tuh tak jadi masalah utk saya , kahwin atau tidak tuh bukan masalah untuk saya, hidup sy hanya utk keluarga shj. doakan saya kuat ye.
    eiela recently posted..Rambutan Kuning Si Rambutan GadingMy Profile

    • sweetkurma December 11, 2012 at 10:40 am

      perkahwinan adalah sesuatu yang di tuntut sis
      gandaan pahala dalam ibadah juga berlipat kali ganda bila kita berkahwin
      kalau kita dahulukan akhirat In Shaa Allah yang berat akan menjadi ringan
      jangan berhenti berdoa kerana Allah itu dekat dengan kita
      sweetkurma recently posted..sesuatu yang baruMy Profile

  • eiela December 11, 2012 at 10:05 pm

    thanks kak sweetkurma ingtkan sy ttg gandaan pahala org bkhwin. sy lupa ttg itu. kena fikir dlm2 dlu. insyaallah.. nk juga pahala tu. 🙂

    • sweetkurma December 11, 2012 at 10:21 pm

      moga Allah pertemukan insan yang cemerlang di sisiNya untuk menjadi suami mu sis
      amin
      sweetkurma recently posted..warna dan waktu solatMy Profile

  • sohoque February 15, 2013 at 9:28 am

    bab jodoh ni mmg ianya telah ditetapkan oleh Allah. Namun kita juga kena berusaha dan berdoa. saudara terdekat sy ada juga yg belum kawin di usia yg dah agak lewat.. hanya doa yg mampu sy usahakan utknya..

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge