tenang melihat senyumannya

tertarik bila terbaca kisah seorang lelaki bermadu 3 @ punya 3 isteri di harian metro hari ini, ianya juga menjadi “wordless wednesday – manisnya madu” di fanPage denaihati.com

mungkin agak sukar untuk membuat antara dua pilihan tapi bila dah ada dua nak tiga dan empat agak mudah kerjanya…jom layan dulu lagu ni….lagu pilihanku untuk malam ini… zasss

tenang sebaik melihat senyumannya – kata si isteri (sumber harian metro)

“Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” – kata isteri2nya…

pandanganku
setuju sangat2 sebab ramai orang beranggapan bahawa bila punya ramai isteri mesti kacak dan kaya, kalau tak kacak tapi kaya maka ramai yang beranggapan bahawa kawin kerana harta…sejarah sudah membuktikan bahawa dengan senyuman saja sudah membolehkan “lelaki terpilih” berjaya memiliki 3 isteri…heee

semasa mengikuti “kembara media kemboja” baru2 ni, ada dikalangan pemgembala lembu milik koperasi islam kemboja punya dua isteri dan isteri2 tersebut pulak boleh memberi sepenuh komitment kepada si suami dengan membantu kerja2 suami sebagai pengembala lembu…

siapa kata poligami tak bahagia…ramai orang memburu bahagia tapi tak ditemui…heran bin ajaib…, sedangkan kita sendiri boleh mencipta bahagia itu, dengan izin Allah…inshaAllah…

a good man doesn’t just happen, they have to be created by us women….

today i am single but not tomorrow….

Sila Kongsi :