terus bersyukur walau di uji

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua,

tiba2 kak sweetkurma ingin menulis sesuatu tentang ujian Allah terhadap hambaNya, ini rentetan dari gangguan kesihatan dan beberapa hal yang berlaku akhir2 ini, syukur alhamdulillah akak dapat melaluinya dengan tabah walau ada ketikanya rasa terkedu sikit (especially bila ianya baru terjadi) dan akak teringat apa yang ditulis dalam buku “bersyukur saat diuji”, alhmadulillah dengan izin Allah buku ini banyak memberi pengajaran kepada akak…

sumber google
sumber google

“segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan” – An-Nahl 16:53)….

pertologan Allah ada di mana-mana ketika akak terfikir-fikir bagaimana untuk mencari ganti sesuatu yang telah hilang, tiba2 Allah bagi idea, syukur alhamdulillah sangat2, benarlah kata Allah SWT yang bermaksud “Dia yang mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya) – Al-Baqarah 2:255)

moga akak terus menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur walaupun ketika di uji, aamiinn

jumpa lagi di lain siaran

marilah menuju kejayaan

Sila Kongsi :