titik noktah persahabatan

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua…

Hubungan PERSAHABATAN dan PERNIAGAAN adalah berbeza…
PERSAHABATAN modalnya rohani, PERNIAGAAN modalnya duit…
Jadi apabila dua orang SAHABAT BERNIAGA BERSAMA…
perlu tahu membezakan bila masa bersahabat bila masa berniaga
kalau tidak pasti haru biru
– denaihati ilhamku

pagi ni bila on jer fb, akak terbaca status di atas yang di tulis oleh denaihati ilhamku di wall akaun facebook miliknya, akak sangat2 suka dengan status yang di tulis ini dan terpanggil untuk membuat entri tentang persahabatan…persahabatan ini walaupun berbeza dengan percintaan namun jika diamati ianya banyak yang serupa dari pelbagai sudut…ianya mungkin tidak sesyahdu apabila dua jiwa meluahkan rasa cinta mereka tapi tahap perjalanannya hampir sama…

bila dah tumbang, memang sukar untuk dibangunkan semula (sumber google)
bila dah tumbang, memang sukar untuk dibangunkan semula (sumber google)

tapi ada ketikanya kita terpaksa melepaskan hubungan persahabatan tersebut kerana hadirnya begitu merumitkan, banyak menimbulkan masalah, membebankan, sebagai sahabat kadang2 kita cuba untuk membantu semampu mungkin tapi kalau ianya berterusan dan semacam tiada kesudahan, mana mungkin kita sanggup untuk meneruskan persahabatan tersebut, kita terpaksa membuat keputusan untuk membuat “titik noktah persahabatan” tersebut….

usah berasa takut atau segan jika sesebuah persahabatan telah tiba di penghujungnya, dalam dunia ini sudah tentunya kita inginkan semua persahabatan itu berkekalan tetapi jika sampai masanya untuk ianya pergi, bebaskanlah sahaja…ucap goodbye dan doakan yang terbaik….

umpat-keji sudah tidak ku hiraukan….masa akan menyaksikan….

hidup pun amannnnnn

Sila Kongsi :