desperate housewife – gelombang cinta

terbaca kisah benar, tentang “desperate housewife” – gelombang cinta…agak menyedihkan tapi silap orang perempuan jugak, terlalu taksub dengan cinta sehingga sanggup ketepikan keluarga serta meninggalkan pekerjaan yang bagus…

anak kesayangan sanggup meninggikan suara dengan ayah tercinta di hari pernikahan demi lelaki yang dicintai, puncanya bakal suami meminta si gadis untuk berhenti kerja, si ayah menentang disebabkan si gadis punya pekerjaan yang sangat bagus…. atas desakan si gadis maka akhirnya si ayah beralah dan menikahkan anak gadis dalam keterpaksaan…

bermula kisah lara

ternyata panas yang diharapkan hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari…selepas anak pertama dilahirkan sudah ada tanda2 retak dalam rumahtangga tapi dia sangat bijak menyembunyikan kesulitan yang dihadapi.

setelah dikurniakan anak ke 3, mahligai yang dibina kian besar retaknya, banyak barang kemas yang digadainya, abang dan adik serta ibunya menjadi tempat gadaian… semuanya dilakukan demi suami yang dicintai, sanggup buat apa saja asalkan suami gembira, sanggup memfitnah emak/ayah/adik-beradik demi menjaga hati suami…atas dasar ini dia terpisah dengan keluarga sendiri…

walaupun sanggup berkorban apa saja, si suami tetap berlaku curang bercinta dengan kawan sekolah dan akhirnya berkahwin di luar daerah….sekembali ke rumah si suami melafazkan talak dengan alasan TIADA KESERASIAN (keji sungguh sikap si suami), “what happen to a good housekeeper and a perfect wife”, si isteri terpinga pinga bila diceraikan… kasihan setelah sekian lamanya dia mendambakan diri, berkorban wang ringgit, waktu, keringat, mind, body and soul diceraikan tanpa belas kasihan…

selepas itu, dia asyik terkenang drama di malam akad nikahnya, menangis atas perbuatan derhakanya terhadap ibu/bapa…nasib bertambah malang bila anak bongsu berkahwin dengan orang filipina dan berhijrah ke barat, menantunya kini beralih ke agama asal Katholik, dia ragu2 dengan aqidah anaknya….SEDIH…!

setiap manusia di bumi ini diuji, itu yang kita percaya, ujian itu datang tidak pernah diundang, ia datang, datang dan tetap datang dalam perlbagai rupa dan bentuk….hanya kita yang diuji kadangkala tidak mengerti apa yang kita alami itu adalah ujian daripada yang maha Esa….

today is mine , tomorrow is yours…

  • azman June 28, 2012 at 1:54 am

    Hmm….perkahwinan dengan restu mak ayah lebih berkat – tak gitu Kak?
    azman recently posted..Eyriqazz VS Denaihati – T & CMy Profile

    • sweetkurma June 28, 2012 at 10:19 am

      ya iya lah… restu emak/bapak sangat2 diperlukan….jangan sampai membelakangkan orang tua demi sebuah cinta… :D

      sebenarnya tersentuh juga naluri keibuan akak bila baca kisah ini…anak2 dah teruna belaka memang dok tunggu menantu jer ni… :D
      sweetkurma recently posted..desperate housewife – gelombang cintaMy Profile

  • anif June 28, 2012 at 4:48 am

    Hebat betul dugaan tu.. karma barangkali?
    anif recently posted..Anak Kami, Anak-anak EuroMy Profile

  • Cikgu Hairul June 28, 2012 at 10:58 am

    Setiap kali ada paparan kesah macam ni saya terus panjatkan doa, ya Allah janganlah Engkau uji aku dengan dugaan sebesar ini. Saya anggap semua tu dugaan. Sebesar mana kesalahan, sebaik mana manusia, dia tak terlepas dari dugaan. Mungkin orang kata itu satu musibah, percayalah musibah juga ujian. Moga terus tabah menerima ujian Tuhan.
    Cikgu Hairul recently posted..Wajib AdaMy Profile

    • sweetkurma June 28, 2012 at 11:13 am

      macam akak jugak cikgu, bila terbaca or terdengar kisah2 sebegini, hati jadi terkedu, terkesima apa tah lagi kedua orang tua dah tak ada…sedih..! semuanya pengajaran buat kita, bukan setakat untuk di baca tapi untuk dimengertikan dan mohon supaya ianya tidak terjadi kepada kita dan anak cucu kita serta keturunan kita… aamiinn
      sweetkurma recently posted..desperate housewife – gelombang cintaMy Profile

  • spudin June 28, 2012 at 11:47 am

    sob.sob..sob …sadis benor
    spudin recently posted..Rupanya Budak Ni Romantis : Namanya Justin BIBIRMy Profile

  • wandisini June 28, 2012 at 11:47 am

    bercinta lah sampai ke hujung dunia. kalau tanpa restu mak bapak, tak kemana. kita berjaya dan menjadi manusia ni pun sebab doa mak ayah jugak. bila mak ayah dan putus berdoa untuk kita, hidup jadi susah dan tak menentu.
    wandisini recently posted..Cheap PhotographyMy Profile

  • wandisini June 28, 2012 at 11:48 am

    Aminnn..
    wandisini recently posted..Cheap PhotographyMy Profile

  • Razif June 28, 2012 at 2:58 pm

    perkahwwinan dibina bukan semata2 dengan tunjang cinta yg diserap jauh didalam perasaan, menilai cinta dng intipati dunia disulami ukhrawi yg sepatutnya dicerapi agar diiringi redho ibubapa seterusnya diberkati Allah swt

  • iza June 28, 2012 at 4:26 pm

    Assalam..
    Pernah dengar Ustazah dalam tv kata, kita tak boleh lawan cakap ibu bapa dan restu mereka adalah kebahagiaan kita.
    Setitis air mata ibu jatuh disebabkan kedegilan kita, terima lah padanya.
    Moga wanita tersebut tabah hadapi dugaan dari Allah.
    iza recently posted..Tahi Lalat Kumbang BerteduhMy Profile

    • sweetkurma June 28, 2012 at 5:43 pm

      betul tu za, cakap emak bapak jangan sekali kali di bantah, apa tah lagi menengking di khalayak ramai, moga ada pengajaran dalam kisan wanita ini… kesian pun ada, tapi penyakit yang di cari nak buat macam mana, telan jer lah….
      sweetkurma recently posted..desperate housewife – gelombang cintaMy Profile

  • Zarul Umbrella June 28, 2012 at 4:52 pm

    aduh..sedih citer ni..apa2 pun dugaan pasti mentari muncul kembali suatu hari nnt..dugaan yg datang layan kan ajer,kalau boleh telan,telan je ler,tak le telan,tepis jer..lama2 ok lah..ni semua dunia…perkara kecik jer..citer ni mcm citer saya jugak..tapi saya terbalik lah..sbb saya yg kena mcm perempuan dalam citer ni
    Zarul Umbrella recently posted..Uniform Baru Pramugara MASMy Profile

    • sweetkurma June 28, 2012 at 5:46 pm

      memang sedih…kesian pun ada…tapi ini lah balasan bila membelakangkan kedua orang tua, moga ada keinsafan…moga ada sinar buat dia, bayangkan mengabiskan sisa2 hidup sendiri tanpa saudara mara, tanpa suami dan tanpa anak2… moga ada rahmat buat dia…manusia mana yang tak buat silap kan….apa pun Allah ada…
      sweetkurma recently posted..desperate housewife – gelombang cintaMy Profile

  • nurmisnan June 28, 2012 at 10:08 pm

    Pengajaran dari setiap apa yang berlaku disekeliling..
    nurmisnan recently posted..CTRL + ALT + DELMy Profile

  • puanbee June 29, 2012 at 12:27 am

    Kadang2 itu lah takdir kita , tuhan nak uji .. sejauh mana kita boleh tahan susah dan sejauh mana kita boleh senang dan sejauh mana kita ingat dia ..
    puanbee recently posted..Blogger Di Event Mr BeanMy Profile

    • sweethoney June 30, 2012 at 12:05 am

      betul tu bee…moga kita dan anak cucu kita terhindar dari ujian berat ini… aamiinn

  • titan June 29, 2012 at 12:43 am

    aku tak faham. belum kahwin. baik makan cendol. manis sentiasa. tak pernah menipu. haha..
    titan recently posted..Portugal kalah la pulakk..My Profile

    • sweethoney June 30, 2012 at 12:04 am

      hahaha kena belajar faham, supaya kelak tidak ada perempuan yang teraniaya sebab hari2 cendol cendol cendol :D

  • Zida June 29, 2012 at 1:35 am

    Wah, ni blog orang dah kahwin ni, boleh bookmark untuk rujukan masa depan. hehe (okay komen takde kena-mengena dengan cerita di atas, sorry)

    salam singgah dari Cairo :)
    Zida recently posted..The New Era of Misr, Allahu Yubarik!My Profile

    • sweethoney June 29, 2012 at 11:58 pm

      hehe terimakasih sudi singgah dik….
      tak per jadi kan ianya sebagai pengajaran dan tauladan… rajin2 lah singgah yer :D

  • Ummi Hanie June 29, 2012 at 2:09 pm

    apa2pun, letakkan agama di hadapan, insyaAllah hidup aman bahagia
    Ummi Hanie recently posted..Rezeki tak didugaMy Profile

    • sweethoney June 30, 2012 at 12:03 am

      setuju tu ummie…moga kita terhindar dari ujian berat ini…. aamiinn

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge