ingin hidup mudah tanpa duka

assalamualaikum dan selamat sejahtera, ingin terus berkongsi dari apa yang dibaca, dilihat, didengar dan dirasai, moga ada pengajaran yang diperolehi, inshaAllah

hidup tidak semestinya sentiasa pedih namun kepedihan tetap terjadi dan menjadi penyebab utama kita berubah, tatkala kita terasa pedih, kita masih dapat berpura-pura, ego kita berkata “aku serba ada”, namun apabila keadaan cukup memedihkan, contohnya kita terlalu kesepian atau terlalu takut, kita tidak lagi berlagak kebal…

ego tidak dapat lagi memberikan jawapan, lalu kita akan bersikap terbuka, hanya dengan turun ke jurang derita kita dapat memungut semula permata hidup, dimana kau tersandung jatuh di situlah letaknya permata kesayanganmu, gua yang kau takut masuki rupanya adalah tempat wujudnya apa yang KAU CARI” – Joseph Campbell –

gambar : sumber instagram dan sekadar hiasan semata-mata
gambar : sumber instagram dan sekadar hiasan semata-mata

apabila melihat betapa besarnya kesusahan yang di rasai orang lain, kita mungkin akan terkejut apabila menyedari betapa banyaknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini, TETAPI kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur…

lumrah manusia yang menyukai kemudahan, jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah, mereka tiada menyukai kesusahan dan berusaha untuk menghindari…

sekian, terimakasih

Sila Kongsi :