kenapa kita DIUJI

assalamualaikum dan selamat sejahtera

dikejutkan dengan beberapa berita orang2 yang ku kenali yang sedang di uji oleh Allah SWT, doaku moga kesabaran terus menemani seluruh kehidupan mereka…

UJIAN datang dalam berbagai bagai bentuk dan rupa, UJIAN tidak mengenal pangkat dan kedudukan, orang kaya diuji dengan kekayaannya, orang miskin pula diuji dengan kemiskinannya, orang yang kuat amal ibadatnya juga tidak terlepas daripada ditimpa UJIAN…

HIDUP manusia tidak pernah sunyi daripada menghadapi UJIAN, dunia itu sendiri merupakan medan ujian kepada manusia, sebagai orang yang beriman dan mempercayai qadak dan qadar Allah, pastinya akan menerima setiap UJIAN ini dengan redha dan yakin bahawa segala UJIAN yang menimpa bukanlah perkara sia sia PASTI ada hikmah di sebaliknya….

apabila ada individu yang datang kepadaku menceritakan tentang dirinya sedang di UJI, ianya juga UJIAN bagi diriku, sama ada aku ini benar2 ikhlas mendengarnya dan berusaha untuk meringankan bebanan yang ditanggungnya dalam erti kata lain diUJI dengan UJIAN insan lain….

mari lah kita sama sama berdoa, agar kita semua menjadi hambaNYA yang sentiasa sabar dalam menghadapi segala UJIAN dariNya, mohon pertolongan kepadaNya…. firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah :153 yang bermaksud “wahai mereka yang beriman, minta lah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama sama dengan orang yang sabar”….

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, aminnn

Sila Kongsi :