Lupa Ketika Senang

assalamualaikum dan selamat sejahtera

ujian tidak hanya bertandang dalam bentuk musibah, kesakitan dan kepayahan, ramai yang kuat dalam melayari ujian berbentuk kepayahan TAPI tewas dalam ujian yang berbentuk kesenangan….kak sweetkurma ingin kongsikan satu kisah yang akak baca, moga ianya memberi manfaat dan pengajaran pada kita semua…

sombong

kisahnya :

pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka…. “tolong lah encik, saya lapar”, dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking sipengemis itu….

dalam hatinya berkata “aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku”…, si isteri tidak dapat berbuat apa2 dengan sikap suaminya, walau dalam hatinya ada niat ingin bersedekah…

beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin, dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya, setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain…

pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba2 seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan, mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan…..

setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis, si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis…. suami yang baru itu menjawab dengan tenang “Demi Allah, sebenarnya, aku lah pengemis yang di halau dan ditengking dulu”….

cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas, ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya….

sekian, buat kali ini yang dapat kak sweetkurma kongsikan, kalau ada tersalah tulis, ampun dan maaf jua yang ku pinta….

mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :