penawar kepada si pemarah

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sering berlaku, apabila rasa marah menyerbu, ramai orang akan terus terusan melepaskan peluru dari lidah dengan bertalu talu tanpa mempedulikan hati orang yang mula koyak rabak, sekarang lagi ramai yang menyalurkan kemarahan melalui tulisan, seperti yang banyak diutarakan di laman sosial facebook dan twitter, tapi ramai yang kena marah itu lebih banyak berdiam diri tanpa berbicara, kalau berbicara pun ianya secara berhemah…

di sini ingin ku kongsikan, apa yang ku baca di facebook dari percakapan antara anak muda dengan sang bijak, bahasanya ada ku ubah sedikit kerana ianya ku dapat dari pakar motivasi indonesia….ku kira ianya sangat bagus untuk dikongsi bersama…

anak muda :

“wahai orang bijak izinkan aku memaki balik orang yang pagi ini baru saja memaki, memarahi dan selalu menghina aku”

sang bijak :

“anakku janganlah kamu melakukan hal yang sama, biarlah ia memarahimu kerana sesungguhnya kamu telah membantu menyembuhkan derita batinnya”

“biarlah ia menghina dirimu, kerana hanya fikiran yang sakitlah yang boleh melakukan itu pada orang lain dan selalu saja mencari kesalahan orang lain”

“ketahuilah wahai anakku, tidak ada orang yang sihat dan bahagia batinnya boleh marah dan memaki seperti itu”

“juga tidak ada orang yang fikirannya sihat mampu berfikir buruk dan menghina orang lain seperti itu”

“jadi kasihanilah dia, segera bersyukurlah pada Tuhan bahawa dengan kejadian tadi, kamu telah berhasil menjadi penawar bagi sakit fikiran kronik yang di deritanya sekian lama”…

MADAH

jika kita mampu mengingati Allah, maka kita akan mendapat kebaikan pada saat kemarahan memuncak, sungguh islam itu agama yang membesarkan orang yang sudi memaafkan dan bersikap penyayang serta mencela pembengis dan pemarah, semoga kita mendapat kebaikan, InshaAllah!

Sila Kongsi :