siapa sangka

assalamualaikum dan selamat sejahtera, lama sungguh tidak bersiaran di sini, gara gara siap satu entri bila di publish tiba2 tidak keluar, masalah teknikal barangkali, hari ini tiba2 ada semangat untuk berkongsi sesuatu….

seronok pulak bila baca blog denaihati yang bercerita tentang kejayaan rakan blogger yang satu ini, terkejut lah juga bila namaku di sebut2 dalam entri terkini denaihati, patutlah tersedak hehe rupanya ada orang mengumpat (akak ok je sebab traffic laju kikiki)…

tak sangka gandingan mantap dalam pementasan ombak rindu versi blogger membawa kami berkerjasama dalam satu team (denaihati)
tak sangka gandingan mantap dalam pementasan ombak rindu versi blogger membawa kami berkerjasama dalam satu team (denaihati)

memang tak sangka, pertemuan pertama di pementasan ombak rindu versi blogger membawa kami kepada satu pasukan bersama-sama Denaihati, AE yang ku kenali, walaupun kecil molek (molek lah sangat hehe) tetapi mempunyai jiwa yang besar, semangat juang yang besar dan punya cita cita yang sangat besar…. ucapan yang sama ku ucapkan buat abang ensem, selamat maju jaya, moga boleh pergi jauh lagi dalam membina empayar perniagaan, moga beroleh kemenangan di dunia dan juga di akhirat, amin..

atas tunjuk ajar dan sokongan dari denaihati, aku terus mengorak langkah sehingga mampu tersenyum atas anugerah yang Allah SWT beri
atas tunjuk ajar dan sokongan dari denaihati, aku terus mengorak langkah sehingga mampu tersenyum atas anugerah yang Allah SWT beri

buat denaihati, tiada kata seindah bahasa, hanya jutaan terimakasih yang mampu ku hulurkan atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi bagi mengejar kejayaan di dunia dan juga di akhirat…

mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :