Teknik Mengurus Masa

assalamualaikum dan selamat sejahtera

hari ini sempat membaca buku “7 formula individu cemerlang” yang ditulis oleh Dr Danial Zainal Abidin, dapat baca bahagian2 tertentu, jadi kak sweetkurma nak berkongsi tentang teknik mengurus masa, moga dapat kita manfaatkan bersama, InshaAllah

hari ini, kita berada dalam era sains dan teknologi, justeru ia perlu dimanfaatkan dalam konteks mengurus masa, B.Eugene Griessman, pengarang buku “Time Tactics of Very Successful People, mencadangkan beberapa taktik penting mengurus masa, antaranya :-

1. tentukan keutamaan anda
2. rancanglah masa hadapan dan tulislah rancangan itu
3. kuasai jalan pintas, kemahiran membaca secara laju, menulis dengan cepat dan sebagainya bagi menjimatkan masa
4. berikan tumpuan, banyak masa terbuang apabila sesuatu kerja dilakukan sekerat jalan
5. belajar berkata “maaf tidak boleh” kepada jemputan dan pekerjaan yang tidak penting
6. delegasikan kerja yang dapat dilakukan oleh orang lain
7. melaburlah untuk kursus dan seminar yang menajamkan kemahiran diri, kemahiran menjimatkan masa
8. manfaatkan teknologi, komputer adalah alat yang membantu apabila digunakan dengan baik, begitu juga dengan telefon yang mempunyai alat perakam suara
9. jangan menangguhkan kerja
10. seimbangkan hidup untuk kerjaya, keluarga dan masyarakat, ini dapat dilaksanakan apabila kita merancang dengan baik

gambar : sumber google
gambar : sumber google

kak sweetkurma pun tidak mengamalkan semua yang ditulis di atas, walau bagaimanapun berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mengurus masa dan hal2 yang boleh memberi kebaikkan bagi kehidupan di dunia dan tidak lupakan akhirat, InshaAllah

sekian, buat kali ini, moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :