Ubah Gaya Hidup

SEMUA yang terjadi di luar adalah serupa dengan yang terjadi di dalam diri manusia iaitu fikiran dan perasaannya

INILAH rahsia alam yang sering diabaikan. Kita akan mendapatkan apa yang kita fokuskan! Bukan apa yang kita inginkan sama ada hal itu baik atau buruk, alam getaran tidak akan bertanya kerana tugasnya hanya memenuhi permintaan kita secara otomatik…..

MENERIMA apapun keadaan dan kondisi kita, dengan menyedari bahawa semua yang terjadi dan kita alami adalah hasil dari undangan kita sendiri, sehingga kita lebih banyak mengenali juga berdamai dengan diri sendiri tanpa menyalahkan nasib dan orang lain….

Menulis dari branda Mc Donald Semenyih

ATAS sebab inilah, sweetkurma tinggalkan segala yang menyesakkan, menyakitkan, penghinaan, kehilangan setakat di Taman Seri Bangi, Bangi dan berdamai dengan masa lalu secara total. Pindah ke Setia Ecohill dengan sweetkurma yang baru, berdamai dengan takdir dan alam semulajadi. Menikmati kehijauan setiap masa adalah momen yang sangat menenangkan, apa tah lagi jauh dari keriuhan kotaraya.

BERJALAN sejauh 2 hingga 4 kilometer menuju puncak setia ecohill adalah rutin setiap pagi jika tidak hujan. Kadang-kadang walau hujan sekali pun, sweetkurma tetap akan keluar memandu mengelilingi setia ecohill melihat hijau dan stop menikmati sarapan pagi di Mc Donald Semenyih yang juga dikelilingi hijau. Dengan cara ini, sweetkurma berasa sangat tenang dan bahagia. Entri ini juga sweetkurma tulis di branda Mc Donald Semenyih sambil menikmati angin dingin sebab hujan juga hijau yang ada di sekelilingnya.

MASIH meneruskan perniagaan secara talian juga mobile, alhamdulillah rezeki Allah maha luas. Ada juga customer yang sudi datang untuk jumpa secara berdepan untuk bertanyakan tentang aura dan pengalaman sweetkurma sebagai single fabulous juga shopping produk yang sweetkurma jual.

MENYERAHKAN sepenuhnya hasil dan usaha atau apapun yang telah kita lakukan kepada sumber dari segala sumber iaitu Tuhan dengan sepenuh hati kita (tawakal/ikhlas).

MENSYUKURI segala anugerah yang kita terima dengan bahagia dengan berterimakasih pada semua hal yang kita lihat, dengar dan rasakan di rumah kita, barang-barang milik kita seperti wang ringgit, kereta, pakaian, telefon dan apa saja yang kita ada….

KENA memilih informasi yang membuat perasaan menjadi sedap dan bahagia, selektif terhadap informasi yang kita terima, kalau perlu puasakan diri dari menerima berita yang berunsur negatif…..

Setakat ini saja yang dapat sweetkurma kongsikan buat masa ini dan jumpa lagi di entri yang seterusnya, InsyaAllah.

Salam bahagia
Sweetkurma
❤️💙

Sila Kongsi :
  • Ibu Zaid January 11, 2018 at 11:14 am

    Ubah cara berfikir dan persekitaran, hidup kita akan berubah sama

    perlu bentuk keystone habit yang baru
    Ibu Zaid recently posted..Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!My Profile

  • akubiomed January 11, 2018 at 5:11 pm

    Ada yang berhijrah untuk cabaran baru dan tidak mahu duduk di zon selesa.
    akubiomed recently posted..RevoBrella payung bersaiz godzillaMy Profile

    • sweetkurma January 11, 2018 at 7:09 pm

      Betul tu azrin, ada banyak jenis hijrah sebenarnya tapi kak SK selesa dengan yang sebegini. TQ sudi singgah
      sweetkurma recently posted..Ubah Gaya HidupMy Profile

  • Azmi Abdul Rahman January 11, 2018 at 6:41 pm

    Tahun baru memang elok kita set target baru

    Lebih baik kalau kita tuliskan apa yang dicita, kerana ikut kajian apa yang di tulis akan lebih mudah di capai
    Azmi Abdul Rahman recently posted..Hantar mak ayah pergi umrah!My Profile

    • sweetkurma January 11, 2018 at 7:12 pm

      Alhamdulillah setuju sangat dengan azmi, kak SK memang lebih suka menulis apa2 saja yang diinginkan dalam hidup cuma tidak semua akak share di sini. TQ azmi sudi singgah
      sweetkurma recently posted..Ubah Gaya HidupMy Profile

  • Mazni Azmi January 13, 2018 at 11:35 am

    Orang berjaya ada persamaan dalam cara mereka menrancang masa dan hidup

    Semua yang berlaku ada sistemnya. Nak berjaya ada sistem, nak gagal pun ada sistem

    Sedar tak sedar saja. Sebab itu kita perhatikan, orang berjaya kawan kawan dan orang sekelilingnya pun lebih kurang saja
    Mazni Azmi recently posted..Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling KelakarMy Profile

    • sweetkurma January 14, 2018 at 9:51 am

      setuju
      itu dipanggil aura dan magnet yang terbentuk dlm jiwa kita…. positif undang positif, berjaya undang berjaya dan banyak lagi, terimakasih mazni atas komen yg bernas
      sweetkurma recently posted..Ubah Gaya HidupMy Profile

  • Mama Hakim January 16, 2018 at 9:08 am

    Alhamdulillah kak, orang positif sentiasa cari hikmah dan pelajaran dari pengalaman dan kesilapan lepas

    Dan belajar memaafkan dan menyayangi diri sendiri
    Mama Hakim recently posted..Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!My Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge