Arah Mana Cinta

Salam Bahagia

12.01.2015 – 12.01.2019 Sudah 4 Tahun

DENGAN sekali lafaz, aku bukan lagi isteri mu…! Sekarang kau jadi sahabat sejati ku, susah ku susah mu, tangis ku tangis mu, kegembiraan ku kegembiraan mu dan bahagia ku bahagia mu…

SEMALAM kau bertanya khabar ku, lalu kau bilang “kalau ada yang nak dan bersesuaian, terima lah dan kawin lah, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak”….

“SERIBU langkah bermula dengan secebis ketabahan. Bila melangkah mulakan dengan Bismillah, nescaya Allah bersama kita…”

PERPISAHAN dapat mengajar kita tentang erti sebuah keikhlasan dan kemaafan, kerana tidak semua yang ada di dunia ini yang abadi dan harus dimiliki selamanya.  Melepaskan orang yang pergi meninggalkan kita bukanlah satu hal untuk kita sesali, kerana ianya sudah pun terjadi…  

Berpisah bukan bererti berhenti saling menyintai tetapi berhenti untuk saling membenci.  Berdamai dengan aliran takdir Ilahi agar hidup kedepannya terus berasa nyaman dan harmoni….

Siti Rokiah…..mata dan bibir menunjukkan 2 perkara yg berbeza…. (ini komen adik kak ct 4 tahun yang lalu), dia komen based on my gambar OTW ke mahkamah syariah… 

… beautiful pain …

TAPI ini gambar sekarang, mata dan bibir menunjukkan tiada beza, kecuali rasa bahagia, alhamdulillah…

… sebentar saja lagi …

💕💕💕

SWEETKURMA

Sila Kongsi :