aktiviti : sepetang bersama blogger

seronok meraikan majlis sepetang bersama blogger

Memang layanzzz lah…semua peserta seminar wordpress dijemput untuk majlis ini…ramai juga blogger yang hadir dan mereka ini tersangat lah sporting orangnya…aku sangat seronok kerana menjadi salah sorang penaja jemputan melalui Little Scarf Collections (pembekal tudung mudah pakai), menjadi penaja untuk cabutan bertuah dan juga contest gadget impian (galaxy note) yang dimenangi oleh blogger hensem heee…jangan mare…akak gurau jer dik…tahniah yer…

Ombak rindu versi blogger….

encik haris dan izzah versi blogger…heee

Yang ini aku tak tahan…bila zarul umbrella (penyanyi@blogger jemputan) mencari peserta lelaki dan perempuan untuk naik ke pentas….maka banyak lah suara2 nakal dikalangan adik2 menyebut namaku..kak ct…kak ct…aku mula2 tu malu2 miawwww jugak heee pastu bagi lah sporting  sikit…terkezut.com bila kena menyanyi dan berlakon watak “izzah dalam ombak rindu”…aku tak lah neves sangat sebab 2 kali aku menonton wayang, dan berkali kali tengok CD dan Astro First…novel dia pun aku ada…..penulis ombak rindu pun satu sekolah dengan ku…apa lagi…aku pun layanzzzz lah…kira ok lah (ramai jugak paparazzi) yang snap gambo heeee terperasan diriku….

Aku sangat tersentuh dengan ombak rindu huhu…. kerana aku ada cerita tersembunyi….jeng jeng tungguuuu…..!

Sila Kongsi :