jalan2 cari makan : Layanzzz di Sri Ayutthaya

sebenarnya baru 2 kali layan di restoran ni, itu pun kawan2 yang memang kaki makan bagitahu tempat ni memang sedap hingga menjilat jari, mula2 tu dengar macam biasa2 je…maklum lah “thai food restaurant” ni memang merata…. dah selalu sangat kawan bercerita, aku pun ajak pengiring setia untuk makan kat sini….lagi pun kat wangsa maju ni dekat sangatlah dengan danau kota…betul2 bersebelahan dengan carefour wangsa maju…

ini adalah minuman yang disyorkan oleh kawan…kelapa + laici di kisar…fuhhh memang ngetop…!

tengok restoran yang cantik dan penuh dengan adat tulin thailand ni, aku ingat mahal sangat lah, tapi boleh lah kalau nak layan sekali sekala…bila tengok harga kat menu agak membolehkan…emmm aku pun apa lagi…pilih lah…

ini pun yang kawan sarankan…isi ketam goreng serai…makkkkk…memang sedap lah…

aku bagi peluang untuk pengiring setiaku pilih menu lain pulak, dia pun apa lagi tak lepas peluang untuk layan, menu yang disarankan kawan kami tu…tu dia….

tu diaaa….udang masak keju…siap dengan sekuntum mawar merah jambu lagi….ini pun fuhhhhh

so last sekali untuk pencuci mulut, kami pilih yang betul2 orang sini tersangatlah jarang buat…puding labu…labu muda tersangatlah lembut (pulen kata orang jawa)..heee

tengok menu yang kami order tersangatlah menarik dan tertarik, kami order nasi ciput jer, sebab memang nak layanzzz macam tu jer…

pengiring setia, santai kejap di lobi restoran, tersenyum sebab masih terasa lagi keenakkan…

pengiring@kawan rapat aku sempat snap gambar masa aku tengah layan puding labu…memang sedap lah….

dok layan puding labu

Sri Ayutthaya Wangsa Maju, 2 Jalan Wangsa Delima. Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (bersebelahan carefour wangsa maju)…

 

Sila Kongsi :