poligami : aku izin suamiku kawin lagi….

rasanya aku bukan lagi bermimpi…ini adalah kenyataan….panggilan telefon dari sahabat yang baru selesai kes mahkamah untuk mengizinkan suaminya bernikah lagi satu…

si suami akan bernikah 18hb mei 2012 dengan orang batu pahat (fuhhhh sedaerah denganku)…sekarang sahabatku sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir majlis pernikahan suami tercinta….dia dan keluarganya akan mengikut rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan dan seterusnya menyaksikan pernikahan si suami…. subhanallah…sungguh hebat kau sahabat….

dia bahagia bila melihat orang yang dicintai bahagia…si suami sempat mengajak dia berbulan madu berdua tanpa anak2 sebelum menjelang pernikahan si suami….dia bilang, hidupnya lebih tenang dan bahagia selepas mengizinkan si suami bernikah lagi….

sahabatku bilang, dia akan bagi aku gambar pernikahan suaminya, untuk entry ku yang akan datang…. rupa2nya masih ada lagi wanita seperti Jainah Diso, 61…madu mithali….di entry ku sebelum ini….

hampir 100% orang diluar selalu memberi tafsiran yang agak negatif, bila hidup berpoligami tentu tak bahagia, rumahtangga berantakan, tapi hakikatnya ramai yang tidak berpoligami pun rumahtangga tak bahagia dan berantakan….

kan udah ku bilang….. madu itu manis…..

 

Sila Kongsi :
  • Eizil May 14, 2012 at 8:08 pm

    Rasanya baru jer ternampak komen berkenaan 18Mei ni kat entri manisnya madu… saya sentiasa kagum dengan orang-orang yang macam akak… saya sendiri kalau jadi perempuan belum tentu sanggup bermadu… huhuhu

    • sweetkurma May 14, 2012 at 8:35 pm

      bahagian hamba Allah di dunia ni berbagai bagai…ada yang boleh terima ada yang tak boleh terima, selalunya perkara yang sukar untuk di tempoh, buahnya manis, jika ditakdirkan buahnya pahit sekalipun, kita anggap ianya sebagai ujian dari Allah….moga Allah terus memberi keikhlasan dan ketabahan…aamiinn…

  • puanbee May 14, 2012 at 8:26 pm

    waa terharu baca , sy selami hati dia , walaupun berat ..ish ..sy tk sanggup kot kak..

    • sweetkurma May 14, 2012 at 8:38 pm

      kawan akak ni memang selalu update kisah dia dengan akak, dari mula dia nak mengizinkan, proses mahkamah sampai lah mahkamah luluskan permohonan poligami suaminya…dia dapat rasakan kebahagiaan itu hadir….tuan hakim pun terkejut dan bertanya banyak2 kali kenapa dia izinkan….heee….cara orang untuk merai kebahagiaan berbeza bee….moga dia terus ikhlas dan tabah….aamiinn

  • Cik Kuntum May 14, 2012 at 9:01 pm

    subhanallah..sy rasa sgt bahagia bila membaca entry seperti ini, sy ingin menjadi setabah wanita tersebut..insyallah sbg wanita yg menyokong poligami sy sentiasa menyemaikan perasaan bahawa sebagai wanita kita tidak boleh tamak, atas faktor lelaki yg baik berkualiti jumlahnya amat sedikit.

    • sweetkurma May 14, 2012 at 9:10 pm

      terimakasih sudi singgah…saya amat hargai pendapat dan pandangan cik kuntum…setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu poligami…alhamdulillah pendapat kita tak banyak berbez….moga kita terus tabah dan ikhlas….aamiinn

  • muazfaris May 14, 2012 at 10:26 pm

    wah, tabah sungguh wanita tu, bkn snang .

    • sweetkurma May 14, 2012 at 11:07 pm

      ya sangat tabah, tenang dan kuat semangat….terimakasih sudi singgah ya..

  • Razifredz May 15, 2012 at 12:37 am

    Berat tapi ringan … sukar tapi tenang … Muram rupanya gembira … Ya Allah tabahkanlah hati2 mereka dalam bermadu … tenangkan hati mereka

  • akma May 15, 2012 at 10:34 am

    Subhanallah..bagus ..semoga keihlasan kawan akak dilimpahi keberkatan
    amub

    • sweetkurma May 15, 2012 at 12:19 pm

      mudah2an kita semua ikhlas dalam setiap tindakan yang baik2…aamiinn

  • Hafizul May 15, 2012 at 12:26 pm

    Poligami boleh memanjangkan usia. Ye betul ajal maut ditgn Tuhan. Tapi kebanyakan macam tu la. Sebab apa???hahaha..

    • sweetkurma May 15, 2012 at 1:34 pm

      tak tahu lah pulak poligami boleh memanjangkan usia…betul ker…hehehe

  • yanmie May 15, 2012 at 1:25 pm

    Salam Kak,

    Subahanallah, masih ada wanita macam ni rupanya, terharu baca, semestinya payung emas menanti beliau, tak semua wanita sanggup bermadu, apatah lagi menguruskan dan mengikuti rombongan meminang bagi pihak suami, tabahnya dan kuatnya dia, kirim salam kat dia kak 🙂

    • sweetkurma May 15, 2012 at 1:36 pm

      yer yan, susah jumpa tapi senang dapat heee…inshaAllah kalau ingat akak sampaikan salam yan buat dia….muda lagi tu yan, sekarang ni tengah sarat mengandung tu…tapi suami dan bakal madu dia pun baik orangnya…cara orang nak merai redha dan kasih Ilahi berbeza beza…

    • yanmie May 15, 2012 at 1:37 pm

      baru baca blog dia kak, dia tengah mengandung ye? kuatnya dia menempuh semua ni, Moga kebahagiaan terus berpanjangan.

      • sweetkurma May 15, 2012 at 1:41 pm

        yer yan tengah sarat mengandung dan busy pulak mengurus majlis pernikahan suami, dia yang nak suami buat majlis sebab suami dia kawin dengan anak dara yan….

  • Affan Ruslan May 15, 2012 at 1:29 pm

    Subhanallah, ada lagi wanita macam ni ye.
    Moga itu yang terbaik buat beliau dan suaminya 🙂

    • sweetkurma May 15, 2012 at 1:37 pm

      alhamdulillah, pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat masa ini dan inshaAllah berkekalan, dia baik, suami dan bakal madu pun baik…aamiinn

  • cikgu naman May 15, 2012 at 1:34 pm

    tabiklah. 😉

    Mana lagi manis berbanding sweetkurma kak?hhee..gurau

    semoga hubungan mereka diberkati

    • sweetkurma May 15, 2012 at 1:38 pm

      dua2 manis cikgu….both are complete my life…heee…inshaAllah…mudah2an…aamiinn

  • JAI @ JEJAI May 15, 2012 at 2:15 pm

    Semoga segalanya Lancar dan diberkati

    • sweetkurma May 15, 2012 at 2:24 pm

      alhamdulillah…aaminn…terimakasih atas doanya…

  • Nurul May 15, 2012 at 2:21 pm

    Ya Allah.. Cam tak percaya plak.. Sampai sanggup uruskan semuanya untuk perkhawinan suami.. Selama ni ingatkan dah x de lagi kecuali dalam drama tv..

    • sweetkurma May 15, 2012 at 2:26 pm

      alhamdulillah masih ada lagi…jiwa tenang bila dapat berbuat sesuatu untuk orang yang disayangi…kat beliau….suami kawin lagi bukannya mati…dia kata juga…

  • Shahrul May 15, 2012 at 9:13 pm

    Sungguh tabah hati beliau…semoga Allah memberi kebahagiaan kpd mereka semua

    • sweetkurma May 15, 2012 at 10:37 pm

      yup sangat2 tabah…mudah2an aamiinn

  • Izzuddin Fauzi May 17, 2012 at 12:24 am

    Semoga terus dilimpahi rahmatNya 😀
    Izzuddin Fauzi recently posted..Hari Pertama Kerja Lelaki KacakMy Profile

  • ProfHariz May 17, 2012 at 12:36 pm

    Susah nak jumpa manusia yang tabah sebegeni rupa. Doaku semoga dipermudahkan oleh Allah.

    Allah berjanji.

    “hambaKu…tidak akan aku mengujimu….di luar kemampuanmu hambaKu…….”
    ProfHariz recently posted..Wanita Terdesak Mendambakan Lelaki KacakMy Profile

  • sweetkurma May 17, 2012 at 1:07 pm

    sangat2 betul tu prof…terimakasih atas doanya…aaminn
    sweetkurma recently posted..esok bakal tiba (catatan dari isteri izin suami kawin lagi)…My Profile

  • Myra Jay May 17, 2012 at 1:22 pm

    Siapa yang sanggup suaminya kawen lain, nak bayangkan tu pun dah tak sanggup apatah lg nak hadapinya..

    Memang wanita yang boleh bermadu adalah wanita kuat dan tabah..
    Myra Jay recently posted..Pemandangan di Star Libra a.k.a Star CruiseMy Profile

  • titan May 18, 2012 at 10:46 am

    ni yang semangat ni. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari TipsPTD.comMy Profile

  • azman May 18, 2012 at 2:13 pm

    Wanita yang macam nih “RARE” kat Msia nih.Dari apa yg saya tgk,byk yg menentang terus tanpa memikirkan kebaikan,banyak negatir jer yg nampak…sampaikan kebaikan terus tertutup,gelap dan tak pernah dibongkarkan.
    azman recently posted..Lelaki Kacak|Akak|Iphone4sMy Profile

    • sweetkurma May 18, 2012 at 2:29 pm

      very very RARE man…akak pun sebenarnya tidak mengalakkan sangat poligami ni, kalau pengamalnya tidak mengikut syariat…tapi ia tetap dibolehkan…memang ini lah hakikatnya man, bila sebut jer poligami maka terlalu banyak hal negatif yang ditimbulkan dan ada yang sanggup menidakkan hukum….siapa lah kita yang hendak menolak takdir, bila sebut bermadu, maka jahat jer lah yang nampaknya…sebenarnya kita bukan MEMILIH untuk hidup bermadu tapi DIPILIH untuk bermadu….jika dipandang dari mata kasar luaran ianya nampak sengsara dan derita jer….tapi itu semua kita yang pilih, kita nak sengsara ke kita nak bahagia…ramai jugak yang tidak bermadu tapi rumahtangga tetap berantakkan….
      sweetkurma recently posted..kak, tudung dah dapat…cantikkkk…tq kak…My Profile

  • hanis May 24, 2012 at 8:35 am

    saya harap saya mampu kuat macam akak. hurmm

  • hanis May 24, 2012 at 8:49 am

    saya harap saya mampu kuat macam akak. hurmm
    saya berkongsi namun saya bukan yg pertama.
    saya harap akak boleh bagi say sedikit nasihat. harap boleh email saya

    • sweetkurma May 24, 2012 at 10:21 am

      setakat nak berkongsi pendapat tu tak ada masalah…nombor berapa kita tak penting kerana ianya tetap jatuh dalam kategori poligami…

      nak tanya pendapat, hanis boleh email ke akak, inshaAllah mana yang boleh bantu akak akan bantu….aamiinn
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak kalut mencari jodoh…My Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge