Bila terbaca satu video/entry yang dikongsikan oleh FBpage penmerah [dot] com, kak sweetkurma jadi teringat tentang kisah yang berlaku hampir 10 tahun yang lepas, sebenarnya banyak betulnya apa yang dipaparkan dalam video berbentuk perkongsian ini
PENGALAMANKU
Kisah ni berlaku sudah hampir 10 tahun yang lepas, masa tu kak sweetkurma menjalankan perniagaan online MLM, walaupun online tetapi cara offline masih ku lakukan juga, masa tu fb, insta, whatsApp, telegram dan lain2 yang sewaktu dengannya tak ada lagi kecuali Yahoo email dan Yahoo messenger dan juga flyer, seingat ku, hamba Allah ni membuat panggilan dari nombor yang dia dapat dari flyer
Selepas, perbualan tersebut, kami pun membuat temujanji bagi memberi penjelasan lebih terperinci, kak sk dan seorang teman pun berjanji untuk berjumpanya di Kenny Rogers (The Mall), masa yang dijanjikan adalah jam 3 petang, sudah semestinya kami sampai dulu, dalam kami sibuk memerhati tiba2 ada dua orang lelaki lingkungan 30an berjalan ke arah kami (yang di depan, memang boleh tahan orangnya, badan sado dan charming orangnya, MANAKALA yang jalan di belakang pulak, terlalu obes (pakai seluar sampai atas pusat), berkulit gelap – bukan nak menghina cuma nak cerita perbezaan antara ke duanya
Seperti biasa, kami berdua sangat berharap orang yang pertama adalah orang yang kami tunggu, kami ni bukannya nak menggatal tapi yer lah, kalau dapat berdepan dengan orang yang sedap mata memandang apa salahnya kan? SANGKAAN kami menjadi sebaliknya, lelaki yang depan tadi rupanya berjumpa dengan orang yang duduk di meja depan kami, DAN ternyata yang belakang tu lah orangnya yang kami tunggu
Apa pun keadaannya kami menten kool, sebab tujuan asal adalah untuk berbiznes, setelah mengenalkan diri masing2, kami offer dia order, mungkin dia memang tengah lapar lepas tu ada orang offer makan, so apa lagi kannnn, dia pun orderlah heavy food, kami perhati dia lebih excited nak makan dari nak mendengar peluang perniagaan yang kami terangkan, kok iya pun lapar, depan aweks patutnya control lah sikit lahap tu, dia makan dengan lahap sekali, pastu dengan makanan terkeluar keluar dari mulut, kami tak terkata apa, cerita lebih kurang, dan yang lebihnya just tengok dia makan jer
Pertemuan petang tu berakhir begitu saje, di yahoo messenger dia add dan kak sk pun terima sebab niat nak berbiznes, tapi bila dah ber yahoo messenger, lain pulak jadinya, dia banyak bercerita tentang masalah rumahtangga dan topik biznes dah tak timbul, so kak sweetkurma mengambil keputusan untuk tidak meneruskan chatting dengan dia, kerana niat asal kak sweetkurma memang untuk berniaga
Lepas dari itu, kami berdua memang serik bila ada lelaki yang call nak jumpa untuk tahu lebih lanjut tentang biznes yang kami jalankan, memang betul – orang ni memang macam2 ragam…. uhhhh serammmmm
Syukur alhamdulillah perniagaan yang kak sweetkurma usahakan sekarang adalah produk wanita iaitu tudung, so tidak perlu berurusan sehingga berjumpa, dan keadaan sekarang amat berlainan sekali, kerana talian facebook dan sewaktu dengannya membolehkan kita tengok gambar dan apa2 pun kita boleh skodeng aktiviti mereka, tapi setakat ni memang kak sweetkurma tidak ada berurusan dengan lelaki yang tidak dikenali sendiri2, biasanya memang ada kawan2 lain yang memperkenalkannya
Memang kita perlu banyak memohon kepada Allah SWT agar terhindar dari tipu muslihat orang2 yang ingin mengambil kesempatan, aamiin
Sekian, buat kali ini
wassalam
Kak CT cantik sangat, tu mamat tu tak jadi berbisnes and nak ngurat.. hehehe…
tu lah, semoga dilindungi dari kena tipu dan yang sewaktu dengannya dalam bisnes, hidup etc. Amiinn π
Nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
hahaha cantik lah sangat!!! tapi kalau 10 tahun lepas memang ok lagi lah wahhhhh gitu, betul tu nadot kena sentiasa berhati hati, yang jahat dan yang baik sama banyak
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan
hahahahha… konpiden itu pentinggg… hehehe…
tu la..insyaAllah… π
Nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
bab ambil kesempatan ni..orang kita memang bijak pandai.
titan recently posted..Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 November 2014
betul tu titan, tak boleh tengok orang senang sikit, ada jer tipu muslihatnya
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan
kuat makan sebab tu obes.. hehe
Suraya recently posted..Bisnes Online Buat Duit dengan World of Hijab
huhu terasa diriku
yer kot sue hihi
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan
Bayangkan, kalau lelaki sado itu yang ber Yahoo Messenger bagai, bab selain berniaga, hehe.. mahu bergegar iman, ye dak? π
amirulfaiz recently posted..Jom Bawa Bekal
hahaha, tak pasti lah pulak
alhamdulillah ianya tidak berlaku
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan
Sudah menjadi kebiasan yang ada rupa selalu mendapat tempat tetapi mereka yang ada kekurangan juga berhak diberi hak layanan sama rata.
akubiomed recently posted..Cara pantas setting modem tp-link tdw8961nd
hihihi memang lah nak layan sama rata, tapi kadang2 dia pulak yang ter over
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan
Kalau macam tu tak payah la meeting lagi dengan lelaki. hehehe, btw, video tu memang menarik. π
Bahrain recently posted..Sampai Bila Nak Menipu Dalam Dunia Maya?
hihi memang dah tak buat pun, kalau ada pun dah lain caranya, inshaAllah
sweetkurma recently posted..fizikal dan rupa paras jadi keutamaan