assalamualaikum dan selamat sejahtera
syukran bila melayari masalah bekalan air, di laman web SYABAS memang ada disenaraikan kawasan2 yang terlibat dan mengapa masalah itu berlaku…. untuk selanjutnya boleh layari di sini…. hanya rasa simpati yang dapat ku berikan kepada kawasan yang terlibat, ianya juga melibatkan kawasan perumahan adik ku yang rasanya sudah seminggu terputus bekalan air….
di kawasan danau kota ni, memang dari dulu selalu terputus bekalan air, ada yang bernotis dan ada yang tidak sempat di beri notis, kawasan perumahan yang lebih dari 20 tahun biasalah, ada masalah bocor sana, bocor sini, sumbat sana sumbat sini, pecah sana pecah sini, walaupun ianya sering terjadi, aku masih bersyukur sebab tidak terjadi terlalu lama seperti yang di alami setengah2 kawasan….

kalau terputus bekalan dengan bernotis, boleh lah siap2 dengan simpanan air, tapi kalau tidak bernotis tu yang agak susah juga, tapi sebab dah sering mengalami suasana sebegini, jadi akak pun memang sudah sedia dengan simpanan air di tempayan2 plastik, cuma selalu berdoa, apabila berlaku gangguan bekalan air, agar ianya tidak berlaku terlalu lama….
seteruk mana pun masalah air ni, akak tetap bersyukur sebab jika di bandingkan dengan perkampungan di kemboja di mana terlalu sukar untuk mendapat bekalan air, satu pam air yang diwakafkan di gunakan untuk beberapa kampung…. apa pun keadaannya, diam tak diam, akak sudah pun berada di danau kota ni lebih 20 tahun, moga di permudahkan segalanya oleh Allah SWT….
sekian, segala yang baik semuanya dari Allah SWT….
wassalam
Sekarang ni musim panas. Dengarnya air diempangan pun banyak yang surut. Kalau berlanjutan mungkin lagi teruk agaknya krisis air ni kan kak.
Hazmin Hamudin recently posted..Roti Subway Malaysia Selamat Dimakan
itu lah kan, kalau berlarutan memang susah jugak lah
moga tidak jadi begitu
sweetkurma recently posted..Gangguan Bekalan Air
Tabahnya bile gangguan air 🙁
http://www.nadiasecreto.com
harus tabah
sweetkurma recently posted..âgroup whatsAppâ antara madu
ohh..patutlah banyak tong-tong disana-sini..
titan recently posted..Bayar dulu, buat kerja kemudian.
ya iya lah
sweetkurma recently posted..âgroup whatsAppâ antara madu
air adalah nadi kehidupan..syukur tinggal di Malaysia kerana mendapat air yang bersih!
kakiblog recently posted..Carian Kata Kunci Muslim Niaga Popular
alhamdulillah syukur air bersih dan negara pun masih aman
sweetkurma recently posted..âgroup whatsAppâ antara madu
tempat saya dah beberapa hari dah tak hujan sungai yang dulu melimpah-limpah sekarang dah berkurangan. Tetap syukur 🙂 Kerana kita antara yg bertuah berbanding dengan negara yang lain.
Bahrain recently posted..Misteri Di Sebalik Tragedi Dalam Filem Pompeii
betul tu, kita sangat2 lah bertuah
sweetkurma recently posted..âgroup whatsAppâ antara madu
Diharap bagi mereka yang terlibat dengan ganguan ini bersabar.Saya berharap lah kejadian catuan air ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.
Mycherita recently posted..Senarai terkini kawasan ganguan bekalan air.