ibadah haji itu kusut masai

alhamdulillah syukur dengan izinNya, kak sweetkurma telah selamat pulang dari mengerjakan haji selama lebih kurang 20 hari, kini ingin kembali menemui rakan2 blogger yang dirindui….

jutaan umat islam satu dunia bertawaf

bila akak membaca entri yang ditulis oleh blogger terhangat di pasaran siapa lagi kalau bukan Denaihati dengan tajuk IBADAH HAJI ITU KUSUT MASAI akak cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan Denaihati, tapi bila akak sudah menjejakkan kaki di Sana, maka apa yang cuba disampaikan oleh Denaihati adalah benar belaka….

sebelum meninggalkan Kaabah, kita hanya mampu berdoa “Ya Allah janganlah jadikan masaku ini masa yang terakhir bagiku dengan rumahMu, jika ianya terakhir bagiku maka gantikanlah dengan Syurga untuk ku dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lebih dari segenap yang pengasih”… amin….

Terimalah doa kami wahai Tuhan sekalian alam….

Sila Kongsi :