lelaki perasan kacak : sudah insaf

lanjutan dari cerita “lelaki perasan kacak sedang di uji” dalam entry ku sebelum ini. Semalam aku didatangi teman yang merupakan bekas isteri kepada hamba Allah yang aku maksudkan ini, ada cerita terkini yang ku dengar…

apabila hampir semua yang dia ada Allah tarik, rumahtangga hancur, cewek2 lari meninggalkannya, pangkat dan kereta besar juga di tarik, dia hampir2 terpelusuk di sudut kehancuran dan tidak bisa untuk bangkit semula…. ketika ini bekas isteri dan anak2 di cari bagi mencurahkan segala kedukaan dan kesengsaraan yang sedang ditanggung…

dia sangat beruntung kerana bekas isteri yang sudah punya kekuatan tersendiri angkara perbuatannya jugak, terus memberi semangat supaya dia bangkit dan pandang ke hadapan kerana peluang masih terbentang luas, bumi dan rezeki Allah maha luas…akhirnya dia bangkit dan ingin memulakan hidup baru melalui perniagaan yang akan difikirkan kelak, dalam tempoh sebulan ni dia ingin berehat dan mengabiskan masa bersama anak2 tersayang…

menurut temanku, dari penilaian beliau bahawa lelaki perasan kacak ni sudah betul2 INSAF….moga ramalan temanku benar belaka…aamiin..

di dunia kita hanya ada satu jalan iaitu jalan yang lurus dan cerah hujungnya, jalan yang menuju ke arah kebaikkan di dunia dan akhirat (bukannya jalan di dunia saja)… jalan yang menenang dan mengembirakan iman, bukannya mengembirakan hati dan nafsu…

Sila Kongsi :