kuasa cinta….!

salam sejahtera semua….!

aku punya teman yang setahun melayari “status” sebagai ibu tunggal di usia emas…punya kerjaya yang sangat bagus, punya rumah besar, kereta besar dan anak2 pun sudah besar2 belaka.

dia punya kuasa cinta yang sangat kuat, jatuh cinta dengan hamba Allah yang 5 tahun lebih muda darinya, suami dan juga ayah…sebagai teman yang prihatin dengan nasib yang menimpa teman rapat, aku sering memberi pendapat supaya jangan terlibat dengan lelaki yang sudah punya keluarga, apa tah lagi dari segi ekonominya “hancus”…tapi temanku sanggup terima lelaki tersebut seadanya, sanggup berkorban apa saja, terutamanya dari segi wang ringgit…DASATnya KUASA CINTA…

lagu sebelum kawin

aku pernah mencadangkan agar temanku rujuk dengan bekas suami, kerana bekas suami beliau masih lagi menduda… tapi temanku tak mau…dia mau lelaki yang berbeza hadir dalam hidupnya…fuhhh…

apa lah dayaku untuk menghalang, sebagai teman, aku hanya berdoa yang terbaik buat dia…

lagu selepas kawin (aku hanya membayangkan)

aku dah boleh bayangkan, kebarangkalian yang akan berlaku sekiranya temanku memilih untuk hidup bersama “lelaki” baru yang dia cinta… bukan mendoakan yang tidak baik tapi semuanya atas tiket pengalaman….

percayalah…..!

Sila Kongsi :