poligami : kuasa nombor 2

salam sejahtera semua….!

malam ni kami ada re-union secara tak sengaja dengan kawan2 yang susah dan senang bersama di restoran tupai2 kuala lumpur…terimakasih mrs denaihati sebab belanja kami semua makan steamboat..

kenapa akak nak buat entry kuasa nombor 2 ni…sebenarnya kalau ikut ilmu metafizik, orang yang punya nombor 2 banyak ni, punya “public relations” (PR) yang sangat baik, maksudnya mencari rezeki melalui suara contohnya menyanyi atau sangat bijak bercakap hendaknya secara spontan (ini yg akak tahu dari kawan so kalau tak betul minta maaf yer)…kalau ikut kajian tarikh lahir, akak banyak nombor 2….

tapi ada kuasa nombor 2 yang tak baik yang ku dengar “during dinner” tadi, kawan kami bercerita kisah temannya, dengan penuh marah dan geram dia bercerita…. dalam diam teman dia telah dimadukan oleh suaminya (maksudnya tanpa pengetahuan isteri pertama lah)… si suami berkahwin lagi satu dengan perempuan indonesia…TEMBELANG pecah bila si suami tertinggal telefon bimbit di rumah isteri pertama sebelum ke luar daerah…so rahsia terbongkar bila nombor 2 sms ke telefon suami yang tertinggal tadi….emmm HARU BIRU…. lah… ciannn orang perempuan….!

bila isteri pertama dapat tahu, bermula lah KUASA nombor 2…dia terang2an menguasai apa yang dimiliki si suami termasuklah apa yang dimiliki isteri pertama, si suami dah jadi macam orang bodoh, ikut jer apa nombor 2 cakap…memang gila kuasa betul lah si nombor 2 ni….isteri pertama merana dik perbuatan si nombor 2…bila dengar aku pun jadi geram…apa nak buat ini “ujian” Allah untuk isteri pertama…

alhamdulillah 12 tahun sebagai nombor 2, aku tidak pernah menyalahgunakan kuasa yang telah dianugerah oleh Allah SWT, aku tidak pernah berniat atau berusaha untuk menguasai suami, aku rasa sangat bahagia dengan perkongsian ini, aku berusaha sedaya upaya supaya hadirnya aku tidak membebankan suami…aku ikhlas…

hebat sungguh kuasa nombor 2 ni yer…sebelum bersurai temanku bilang, “kak siti…jangan lupa masuk dalam blog yer…heee…aku kata…ok inshaAllah…THE POWER OF NUMBER 2…zassss

Sila Kongsi :