lelaki kacak : kalut mencari jodoh…

alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis sesuatu….dari pagi memang busy sangat2 sebab pagi2 kedai dah kena serbu pastu terpaksa ke maxis center…sampai jer rumah kena serbu lagi customer dari puchong….alhamdulillah…masyukkkk…

rasanya dah banyak entry, akak bercerita pasal lelaki kacak yang bukak cawangan baru…kepada lelaki2 kacak yang berjaya open new branch…tahniah lah yer…yang tengah huru hara tu…nasib ler…sape suruh buat….

kali ni akak kongsi cerita sikit lelaki kacak dok kalut mencari jodoh….tetiba dia jadi kalut sebab baru perasan usia dah menjejak 30an…sebenarnya akak dikelilingi beberapa lelaki kacak yang masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah melebihi 30 tahun….

ini adalah salah satu lagu yang sering dinyanyikan lelaki kacak bila masuk bilik karaoke…hihi…siannnn…

lelaki kacak yang sorang ni…entah apa lah nasib dia…bila jumpa awek yang dia nak, maka akan jadi sebaliknya awek tu pulak tak nak kat dia…tapi bila ada awek yang nak kat dia, dia pulak tak nak…memang belum jodoh barangkali….

satu hari, lelaki kacak tu bersuara….minta akak tolong carikan dikalangan aweks yang akak kenal…tapi masalah akak pulak bila akak kalut mencarikan awek untuk lelaki kacak ni….lelaki kacak yang sekamar denganku pun minta dicarikan jugak huhu….tak cukup ke dua cawangan bang….! demand pulak tu…! nak dikalangan selebriti pulak tu….pantang dengar selebriti yang kembali bujang…cepat jer dia nak membela nasib si selebriti tersebut….tanggungjawab sosial katanya…iyo lah tu….! heee

kadang2 akak rasa ter-hairan jugak, kalau lelaki kacak yang dah punya isteri tu macam senang jer nak dapat aweks….sampai ada awek yang sanggup mms gambar sendiri tanpa seurat benang semata mata nak mengoda….tapi bila tengok lelaki kacak bujang ni macam susah jer nak dapat awek untuk dijadikan suri hidupnya…nak kata tak ensem, ada jugak rupa, kerja pun bagus, kereta pun boleh tahan…! kalau diteliti, lelaki kacak yang dah ada isteri tu kebanyakkan nya dah jadi YB (yang boroi) tapi tetap menjadi pilihan….huhu

buat dua lelaki kacak yang sedang meningkat remaja di rumahku tu….dengar lah nasihat ini….

I’m NOT single, and I’m NOT taken. I’m simply on reserve for the one who REALLY deserves my heart.. because they say good things take time… πŸ˜€ – Best Quote Daily by someone who i know….

Today i’m single but not tomorrow – Best Quote Daily by me… πŸ˜€

Sila Kongsi :
  • azman May 23, 2012 at 6:45 am

    1.Lelaki Kacak Bujang :Pemikiran 50/50,nak kawin tapi takut nak tinggalkan zaman bujang, nanti terkongkong,nak tgk bola,nak gi karaok tak boleh.. aktiviti terbatas.(setan sentiasa was-waskan mereka)

    2.Lelaki Kacak Dah Kawin : Mereka sudah biasa dengan isteri masing-masing,jadi kat mana kelemahan wanita tu dalam tangan mereka jer.Mereka lebih disukai kerana sifat matang mereka dengan wanita.Penyabar,tak panas baran,sedia terima wanita seadanya,tidak lokek,ekonomi stabil,romantik dan juga mereka mampu buat wanita menjadi cair dengan hanya kata-kata yang kacak!
    azman recently posted..Adeh! KakMy Profile

  • nurhuda May 23, 2012 at 8:59 am

    Hahahaha best citer akak. Hilang skit stress ni. Lelaki kacak yg masih bujang tu kene pelalau kot. Tu yg berat jodoh tu. Lelaki kacak bujang tu tak nak IT ke kak? Kalau nak IT boleh huda rekemen… Hehehe

    • sweetkurma May 23, 2012 at 10:44 am

      tak tau lah sebab tak pernah try rekemen IT….kalau IT pun kena yang muda dari dia lah kot…tapi selalunya IT ni lebih demand dari anak dara….heee….pengalaman kan….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak kalut mencari jodoh…My Profile

  • Rin May 23, 2012 at 10:04 am

    setuju sgt…
    lelaki kacak bujang, takut if da bujang lama2, sebenarnya ada masalah dalaman.
    Yang dah beristeri ni, mmg dah tried and tested kan….

    Lg 1, bab pandai berkata2 tu, mmg xkan dinafikan…
    Rin recently posted..Gambar dulu…My Profile

    • sweetkurma May 23, 2012 at 10:38 am

      selalunya macam tu yer…ada masalah dalaman…ke dah malas nak fikir…

      hahaha….yang tak tahan tu “mampu buat wanita menjadi cair dengan hanya kata-kata yang kacak”…yg ini akak mcm setuju rin sebab masa single dulu…lelaki kacak yang ada isteri memang persistence… tu yg cayorrrrr….huhu…lelaki kacak yang bujang agak reserve….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak kalut mencari jodoh…My Profile

  • bardboo May 23, 2012 at 9:19 pm

    kadang2 sekarangni ramai nak dara nak cari suami orang sebab dah stabil kot…nak hidup senang je diorang tahu…
    bardboo recently posted..Millau Viaduct | Jambatan Tinggi MelangitMy Profile

    • sweetkurma May 24, 2012 at 2:50 am

      kadang2 bukan dia saje2 suka suami orang bard…kebanyakkan dia orang ni macam terperangkap sebab suami orang ni kan pandai buat ayat “kacak” macam lelaki kacak azman tu bilang….

      ada jugak customer akak terjebak sampai dah bertunang…mati hidup semula ngaku bujang rupanya dah kawin dan ada anak….walaupun sakit walaupun pedih terpaksa lah putuskan….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak kalut mencari jodoh…My Profile

  • ju May 24, 2012 at 2:13 am

    takutt nak komen..heheheh
    ju recently posted..WW : Book SharerMy Profile

  • Cikgu Hairul May 24, 2012 at 8:44 am

    Lelaki kacak dan bujang sepatutnya menjadi kegilaan.. Bila berlaku sebaliknya kena tengok apa punca. Bagi lelaki kacak bujang, silalah baiki diri dan ambil peluang merebut wanita jelita. Jangan sampai kalah dengan lelaki kacak bujang tiga. πŸ™‚
    Cikgu Hairul recently posted..Tuhan Sedang Menguji KitaMy Profile

    • sweetkurma May 24, 2012 at 9:01 am

      kiki.. betul tu cikgu…lelaki kacak bujang kena gali dalam2 mana kurangnya diri memang hilang lah kacak kalau kalah dengan lelaki kacak bujang 3 (yg kononnya hebat dengan kata2 kacak)… πŸ˜€
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak kalut mencari jodoh…My Profile

  • iza May 24, 2012 at 11:46 am

    Assalam..
    1. Tak sampai seru lagi kot yang bujang2 nih..
    2. Kalau dah biasa bermadu, boleh kot isi 2 tempat kosong lagi…hehe..
    Kalau bab poligami ni, lelaki kacak memang suka. Yang gadis2 pulak tak dinafikan, kadang-kala lebih tertarik dengan lelaki yang sudah berpunya. Lelaki bujang 3 memang pandai sangat2 memikat, mungkin dah berpengalaman, maka cair la bila dengar ayat2 power..

    • sweetkurma May 24, 2012 at 12:37 pm

      1. belum seru or belum ada jodoh pun iya jugak…

      2. isi tu ok jer tapi kena lah cari sendiri bukan nak suruh isteri carikan…huhu

      3. betul tu cair dengan ayat2 power @ kacak….
      sweetkurma recently posted..tiada peluang ke dua…..buat lelaki kacakMy Profile

  • titan May 24, 2012 at 4:04 pm

    lelaki kacak memang best apa..haha..
    titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

  • Zarul Umbrella May 25, 2012 at 1:06 am

    tak nak komen lah sebab saya tak kacak ;-(
    Zarul Umbrella recently posted..Sekitar AGM BRAN 2012/2014My Profile

  • ProfHariz May 25, 2012 at 9:15 am

    hahaha. Serius Lelaki Kacak memang ramai peminat. Tapi untung juga saya tak kacak tak perlu kaple. ;p

    Suka ayat ni kak “Today i’m single but not tomorrow”
    ProfHariz recently posted..Selamat Hari Lahir Mama TercintaMy Profile

  • Anyss May 25, 2012 at 12:52 pm

    Assalamualaikum,
    Hu hu hu kat sini ada lelaki kacak yang masih bujang lagi tak?
    Anyss recently posted..No Plat WWW 1 Berharga RM520,000My Profile

  • Marine May 31, 2012 at 9:39 pm

    Lawak la pulak post ni :D. Mungkin lelaki kacak mahu berkenalan dengan saya? 30an, juga mencari jodoh dan gemar karaoke (walaupun suara tak sedap hehehe….) πŸ˜‰

    • sweethoney June 1, 2012 at 12:49 am

      hehe ok jer….
      terimakasih sudi singgah…

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge