lelaki kacak : …..kantoiiii sudah…!

alhamdulillah, pagi ni terasa nak menulis tentang lelaki kacak yang sorang ni…membuka cawangan baru tanpa pengetahuan isteri pertama….

lelaki kacak yang aku maksudkan ni bukan lah lelaki kacak yang duk di jalan kuchai lama tu…..lelaki kacak yang ni berani cakap tak berani buat….sembang jer lebat…huhu jangan marah….nanti kena jual….

ok sambung balik cerita lelaki kacak yang buka cawangan tanpa pengetahuan isteri pertama….memang hebat dia ni, cawangan baru dia ni satu kawasan jer dengan rumah isteri pertama….itu pun isteri pertama masih tak tahu…

ada peribahasa mengatakan…sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua….satu hari, lelaki kacak ini berkenan satu “handbag” …dah berkenan so dia pun sambar lah satu (untuk dihadiahkan kepada suri baru dalam hidupnya)….cuma jenama “handbag” tersebut lupa pulak aku nak tanya…..

yang ini bukan lelaki kacak belikan yer….wanita jelita beli sendiri…bukan harta yang ku pinta sekadar kurma yang manis jer

rasanya dia dah simpan rapi “handbag” tersebut di almari rumah isteri pertama, belum sempat dia berikan pada suri barunya…suri pertamanya terjumpa “handbag” tersebut….sudah tentu menjadi satu tanda tanya…??? milik siapakah “handbag” tersebut…seperti yang dijangka soalan di ajukan, lelaki kacak terkebil kebil, terkial kial diiringi senyuman hambar hingga menenggelamkan kekacakkannya….biasalah lelaki kacak yang bijak temberang….dia kata “handbag” tersebut memang untuk satu2nya isteri kesayangannya (konon lah)…ingat nak buat kezuttan tapi dah terjumpa so lelaki kacak pun menyerahkan “handbag” tersebut kepada suri pertamanya….

si isteri, sebenarnya mula merasai ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki kacak ini, sebab sepanjang tempoh perkahwinan dia tak pernah menghadiahkan apa2 kepadanya, kerana kedudukan ekonominya yang tak berapa stabil, banyak hal yang melibatkan kewangan isteri yang support….

hasil dari siasatan si isteri, memang sah lelaki kacak ini sudah membuka cawangan dengan ibu tunggal beranak satu bekerja sebagai guru…satu hari si isteri mengekori lelaki kacak (konon nak gi ngeteh) tanpa dia sedari…berderau darah si isteri bila lelaki kacak memasuki kuarters guru yg tak jauh dari tempat tinggalnya….

kantoiiiii sudahhhh….apa lagi….serangan demi serangan buat lelaki kacak…abis badan lelaki kacak kena pukul dengan “handbag” yang baru dibeli….lagi lah sakit hati si isteri bila dia terpandang “handbag” yang sama terletak di satu sudut di rumah suri baru lelaki kacak tersebut…..baru lah pecah tembelang….rupa2nya handbag yang dia simpan tu sebenarnya bukan buat isteri pertama tetapi untuk isteri baru…oleh kerana dah terkantoiiiii…lelaki kacak sanggup berabih untuk membeli lagi satu “handbag” yang sama untuk dihadiahkan kepada suri barunya……

memang kesian dengan si isteri (teman kepada temanku)….masa ni kalau minum madu pun dah tak terasa manisnya…makan kurma pun rasa macam makan hempedu goreng…..

renungan terakhir….banyak cerita yang diluahkan oleh si isteri pertama…kesian pun ada, simpati pun ada…tapi apa yang mampu aku lakukan kecuali menasihatkan si isteri supaya tabah dalam mengadapi ujian berat ini…

Sila Kongsi :
  • yanmie May 22, 2012 at 8:43 am

    Salam,

    Kesiannya pada isteri pertama, yan ada seorang kawan blogger juga (tak tau dia baca ke tak komen yan ni hahahhaa), dia telah memadukan isteri pertamanya, isteri keduanya adalah seorang blogger, isteri pertama sampai sekarang tak tahu yang suaminya telah memadukannya, pedahal isteri pertama dah pernah jumpa dengan isteri kedua, isteri kedua tahu dia ada isteri dan anak-anak, cuma isteri pertama tak tahu, yang bestnya isteri kedua pernah tumpang rumah isteri pertama 😀

    hebatkan permainan duniawi ni, mudahanlah mereka berdua terbuka pintu hati untuk berterus terang dengan isteri pertama, tapi si suami tu tetap menjalankan tugas pada isteri pertama dan anak-anaknya, isteri kedua pun duduk senegeri dengan diorang, alhamdulillah juga isteri kedua ok tak serang-serang saiko kat bini pertama, maybe dia tahu kedudukannya, cuma sekarang ni yang sedihnya isteri pertama tak tahu suami dia buka cawangan baru, rasanya dah 2-3 tahun kot, kesian kan -..-”

    *mati yan kalau member baca ni, hahahahhahaa 😀
    yanmie recently posted..1st Trimester Yang Sangat MencabarMy Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 8:59 am

      wa’alaikumsalam

      yan, ini memang kisah benar, tak brapa jauh dari rumah akak, pernah datang rumah beli tudung…memang tak sampai hati bila tengok muka dia…dia banyak mengadu dengan kawan akak, kes yang ini akak banyak mendengar dari beri pendapat sebab dia tak rapat sangat dengan akak cuma dia rapat dengan kawan baik akak…

      rumah akak ni yan dah macam pejabat kaunseler….ada jer kisah2 yang diceritakan dan cuba mendapatkan pendapat, mungkin juga disebabkan akan ni bermadu…tapi kes akak ni amat berbeza…suami sangat2 adil dari kaca mata akak, madu akak pun tahu yang kami bermadu…akak pun bahagia dengan perkahwinan ini…
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • Myra Jay May 22, 2012 at 10:47 am

      Aduhhh takut baca..

      Moga dijauhkan, mintak simpang dari berlaku..
      Myra Jay recently posted..Bulan Rejab yang dinanti kerana fadilatnyaMy Profile

  • Lelaki Kacak May 22, 2012 at 9:16 am

    Lelaki kacak kalau dah kantoi macam tu memang lah tak kacak!
    Lelaki Kacak recently posted..Lelaki Kacak SEO Contest is ChallengingMy Profile

  • Kujie May 22, 2012 at 9:24 am

    ada jiran saya, baik juga sering bertemu di surau dan majlis
    tiba² dia berpindah walaupun rumah besar di sini baru di beli
    dari cakap-cakap kawan lain
    dia malu dengan kawan-kawan………… sebab suaminya membuka cawangan baru

    entahlah…. masing² menilai mengikut pemahaman tersendiri
    kita pun tak boleh nak komen sebab hanya nampak luaran.

    moga rumahtangga mereka masih berkekalan dan aman damai
    Kujie recently posted..Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rataMy Profile

  • Zarul Umbrella May 22, 2012 at 9:47 am

    saya ada 2 org kawan yg bukak cawangan lebih dari 1,yg sorang ni ok..dua2 isteri mmg ngam..tapi yg sorang lagi ni..problem pasal kedua2 isterinya tak tahu yg mereka telah dimadukan sampai la satu hari kedua2 isteri dapat tahu akhirnya dua2 minta cerai dan tinggalah kawan saya tu membujang sampai sekarang..dah lebih 5 tahun kot bujangan
    Zarul Umbrella recently posted..Promo – Ini Bukan Propaganza…..My Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 9:53 am

      aduiiii kesiannya dia, instead of ada 2 isteri dah tinggal bujang…fakta sebuah kehidupan…JUJUR tu amat penting…

      tahniah buat teman ZU yang pertama tu boleh mentadbir 2 cawangan sekali gus dengan baik…golongan sebegini memang susah jumpa tapi senang dapat…hehe sebab akak dok sekatil dengan lelaki kacak yang ada 2 cawangan….alhamdulillah setakat ni aman damai….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

  • UpProfits May 22, 2012 at 10:28 am

    Setia jelah pd yg satu kalau xmampu berlaku adil.. 😉
    UpProfits recently posted..Kadar Baru Gaji Minimum Hadiah Hari Pekerja 2012My Profile

  • iza May 22, 2012 at 10:32 am

    Assalam..
    Aik, kebetulan pulak…
    kantoi sudah…
    agaknya yg mana lebih baik? kawin sorok2 beru bagi tau atau minta izin terlebih dahulu?
    iza recently posted..Madu Setaman.My Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 10:55 am

      wa’alaikumsalam

      mana satu lebih baik tu…? akak tak leh nak jawab…? ini kena tanya lelaki kacak yang kawin sorok2 dan yang berterus terang…tentu lelaki2 kacak ini ada jawapannya tersendiri…

      yang pastinya, kami tak main sorok2….memang terang benderang….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

      • Rin May 22, 2012 at 12:08 pm

        berkata jujur lah walaupun pahit.
        Suka ke kena tipu.
        Bagi rin, bila jujur, baru lelaki sejati.
        Inilah lelaki yang tidak salah kupilih jadi suami.
        setakat berani menipu, x berani jujur, buat apa…
        Rin recently posted..Gambar dulu…My Profile

        • sweetkurma May 22, 2012 at 1:13 pm

          rin, lelaki pilihanmu memang betul2 kacak sebab berani berterus terang dan bercakap jujur…dia pun bertuah sebab memilih wanita jelita sepertimu….
          sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • Denaihati May 22, 2012 at 12:12 pm

      Dua-dua pun ada kelebihan cuma kalau pilihan sembunyi2 memang tak boleh duduk dekat-dekatlah. Ada member kahwin no 2 senyap2 bertahun2 tak pecah rahsia sebab sorang kat KL sorang lagi kat kedah tapi bila yg no 2 pindah kuala selangor tak sampai setahun pecah berderai.

      • sweetkurma May 22, 2012 at 1:16 pm

        ada betulnya juga pendapatmu wahai lelaki kacak…tapi lelaki kacak ku memang dulu berterus terang sebab tu wanita jelita ini boleh hidup tenang….alhamdulillah…moga ketenangan menjadi milik kekal ku…aaminn
        sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • dzuandiey May 22, 2012 at 1:37 pm

      hahhaa..kawin sorok2, tak kacak lah…kena declare depan orang ramai..hihihi
      dzuandiey recently posted..Cik Nuffnang Sangat Baik HatiMy Profile

  • Myra Jay May 22, 2012 at 10:48 am

    Kesian dengan Lelaki kacak yang terkantoi tu..

    Hilang terus kekacakan 😉
    Myra Jay recently posted..Bulan Rejab yang dinanti kerana fadilatnyaMy Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 10:56 am

      hehehe betul tu myra….terus lenyap kekacakkannya…seperti yang diberitahu…lelaki kacak yang kantoi ni hidup dia tengah huru hara….berani buat berani tanggung lah….huhu
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

  • Bro Framestone May 22, 2012 at 12:18 pm

    Wah…!! Adilnya dia…

    Sanggup beli handbag yang sama buat kedua-dua isterinya he..23x

    Mahal pula tue

    Kalau bro nak tambah cawangan. Sorry, b4 akad nikah memang dah cakap memang akan tambah cawangan (bila dan siapa tue, xtahu lagi), so kena sedia la ek.

    Sebab bro tak nak tipu.

    Berdosa guriskan hati si isteri. Elok buat cara baik, insya’lah perkahwinan “lagi” lebih diberkati dan dirahmati
    Bro Framestone recently posted..Luahan Hati Seorang Blogger [Part 21] Jemput Salah, Tak Jemput Pun SalahMy Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 1:29 pm

      oh adil ek…

      se elok2nya macam tu lah berterus terang….orang kata bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian….barulah lelaki kacak sejati…hehe

      terimakasih bro sudi singgah….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • dzuandiey May 22, 2012 at 1:36 pm

      hahaha…adil kan..sanggup beli dua handbag tu….ekekeke.. 🙂
      cuma tak kacak jer…sebab terkantoi…eekeke
      dzuandiey recently posted..Cik Nuffnang Sangat Baik HatiMy Profile

    • Myra Jay May 23, 2012 at 4:36 am

      Cakap dulu takpe Bro, lepas da kawen meati rasa macam taknak kan?

      Tp ok gak berterus terang awal, at least ‘bakal wife’ nanti akan bersedia 🙂
      Myra Jay recently posted..Kek untuk MakMy Profile

  • dzuandiey May 22, 2012 at 1:30 pm

    setia pada yang satu..cewahhh….(berani janji tak tau..ekeke)…
    harap boleh buat kan…
    kesian bro azman tu…hahaha…kena sesi kaunseling ni.. 🙂

  • puanbee May 22, 2012 at 1:48 pm

    tu lah baik berterus terang tak lah sakit hati sangat , banyak perkara boleh selesaikan .. tapi kalau buat sembunyi2 memang hangin kot .. tapi lelaki ug sembunyi tu dia pun tau dia tak mampu gatai nak nikah lagi .. orang yang mampu memang akan berterus terang , sbb dia mampu ..

  • titan May 22, 2012 at 2:31 pm

    pandai makan, pandai simpanlahh. haha..
    titan recently posted..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012My Profile

  • azman May 22, 2012 at 4:03 pm

    Saya dengar email menerjah masuk dalam phone saya.Bila saya check rupanya ada orang yg telah berikan backlink ..Terima Kasih!

    Adeh…Lelaki kacak yang nih(saya)tak der duit berjuta dalam bank,so cakap jer lah buleh hahahha…tapi dalam hati kawan-kawan tak tahu..Allah sahaja yang tahu..wuhaaa…

    Kantoi eh..sebab tu saya kalau nak kawin..akan berterus terang macam dalam entri sweet kurma pahit madu tu…sama ada +tive or -tive kena terima.
    azman recently posted..Adeh! KakMy Profile

    • azman May 22, 2012 at 4:10 pm

      Hot blog akak sekarang eh..saya pun kena tempias he3..
      azman recently posted..Adeh! KakMy Profile

      • sweetkurma May 22, 2012 at 4:35 pm

        yer lah akak pun tak sangka, tetiba jer jadi “hot”…alhamdulillah…ini pun atas sokongan yang berterusan dari lelaki2 kacak dan wanita2 jelita di luar sana….tanpa kalian siapa lah aku…cewahhhh
        sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 4:33 pm

      itu lah kelebihan jadi lelaki kacak, sana sini orang bercerita…

      betul lah tu kalau cukup dan mampu dan ada niat biarlah berterus terang…baru lah betul2 kacak…tapi lebih baik tak usah lah….banyak cabarannya…silap2 haribulan hilang kekacakkannya….

      tapi kisah lelaki kacak…kantoiiii sudah…! memang kisah benar, baru sangat berlaku…ujian buat isteri pertama….moga dia terus tabah….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

  • faizfakhirin May 22, 2012 at 7:24 pm

    wohohoho..mcm2 masalah rumah tangga ni..tapi si isteri pn xleh la terus menyerang…kena bertanya elok2…diskus elok2..
    faizfakhirin recently posted..#RunningShoes Pilihan Anda Untuk Dalam Penjagaan Kaki Yang WangiMy Profile

  • Cikgu Hairul May 22, 2012 at 9:21 pm

    Ikut cerita akak, lelaki kacak tu ekonominya tak stabil kan.. Berani dia buat camtu. Memang sungguh kurang malu la si lelaki kacak tu. Geram pun ada. Menjatuhkan maruah lelaki.
    Cikgu Hairul recently posted..Pertandingan Burung Merbah JambulMy Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 9:48 pm

      yer cikgu sebab lelaki kacak seorang guru lepasan maktab jer sedangkan suri pertamanya orang yang agak berpangkat dan kereta yang lelaki kacak tu drive pun kereta suri pertamanya…banyak ekonomi rumahtangga suri pertamanya yang tanggung….

      atas faktor ini jugak kot lelaki kacak itu buka cawangan senyap2….huhu….bila dah kantoiiii memang lah dia merayu rayu kat suri pertamanya supaya jangan tinggalkan dia…ishhh tak kacak sungguh….
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

    • sweetkurma May 22, 2012 at 9:49 pm

      terimakasih cikgu sudi singgah
      sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

  • LELAKI KACAK TERAKHIR May 24, 2012 at 3:51 pm

    […] Pertandingan SEO LELAKI KACAK masih ada 22 hari lagi.Kepada peserta pertandingan banyak yang aku tengok dah mula mengalah. – come on tak kacak lah macam ni. […]

  • ProfHariz May 25, 2012 at 9:19 am

    Salam kak, Walaupun saya masih berumur 20an dan saya lelaki. Tapi saya dapat rasai perasaan isteri pertama tu dan saya faham sangat dengan sikap lelaki ni. Tak cukup satu. Putaq belit. Memang semua kena.

    Kes mcm ni saya jamin sampai mati tak akan selesai.
    ProfHariz recently posted..Selamat Hari Lahir Mama TercintaMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge