lelaki perasan kacak : ….sedang di uji…!!!!

setelah penat seharian berbiznes, pemborong datang dan pergi ditambah lagi dengan pemborong serta pengemar dari kedai kak siti…memang sangat2 memenatkan namun aku bersyukur dengan rezekiMu.

sebab terlalu penat aku bercadang untuk menulis entry yang ringkas selepas solat isya’…selepas solat maghrib aku santai2 dalam bilik solat sementara nak menunggu isya’… tiba2 dapat whatsApp dari temanku yang punya bekas suami “lelaki perasan kacak” – tiada peluang kedua….

Terkejut

temanku bilang, lelaki perasan kacak sms…. bagitahu yang dia baru jer dapat berita yang perkhidmatan dia dengan syarikat gergasi akan ditamatkan dalam tempoh terdekat….kereta mewah pemberian syarikat juga kena kembalikan dalam tempoh terdekat….

duh…kok kasihan banget…dah lah semua cewek2 tinggalkan dia, dalam kesepian hidup tanpa cewek, dia kehilangan pangkat, kedudukan, gaji yang banyak dan kereta mewah dalam sekelip mata… lelaki perasan kacak, terkedu… terkezut…terlopong, terduduk nasib baik tak tersungkur….lelaki perasan kacak sedang di uji…

dia jadi serba tak kena, semua yang di sentuh tak menjadi….sentuhan kecundang…

temanku, walaupun dah macam2 bekas suami buat, bila dalam keadaan sebegini, dia tetap bersimpati dengan ujian berat yang sedang ditanggung oleh bekas suami… lelaki perasan kacak dah tak punya apa…lelaki perasan kacak sedang diuji..!

temanku sempat menasihatkan lelaki perasan kacak supaya kembali ke pangkal jalan, mohon kepada Allah supaya dapat bertahan dengan ujianNya…supaya insaf…supaya sedar…apa yang dimiliki semuanya adalah milik Allah…

doaku semoga lelaki perasan kacak, kembali ke dunia nyata sebab apa yang berlaku mungkin di luar imaginasimu… supaya dia betul2 insaf dan mendapat pengampunan dari Allah SWT… semoga dia terus berusaha, bertawakal dan berdoa agar apa yang hilang akan dapat kembali…. aamiinn…

buat temanku… tak salah berbuat baik dengan orang yang pernah berbuat jahat dengan kita…gunakan rezeki yang Allah bagi dengan sebaik baiknya sebab anak2 masih terlalu kecil untuk memahami situasi sebegini… rezeki, Allah memang dah sediakan…berusahalah dan berdoalah… inshaAllah…

cuai sesaat boleh menyebabkan derita selamanya…..

ianya nyata dan bukan IMAGINASI… zassss

Sila Kongsi :