poligami : mengapa aku harus bersedih…aku tak harus bersedih….

tak sangka2 rupa2nya ramai yang nak tahu kisah selanjutnya dari entry “manisnya madu”….”aku izin suamiku kawin lagi” dan “esok bakal tiba (catatan dari isteri izin suami kawin lagi)….

“kenapa aku harus bersedih…? aku tak harus bersedih… dan aku tak ada hak untuk bersedih…kerana apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya yang pasti ada hikmah yang tersembunyi, kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diriku….”

alhamdulillah…suamiku telah selamat di-ijabkabulkan dengan wanita pilihannya dan juga pilihanku…honey kau hadir tepat pada waktunya….(kata sahabatku)….

sahabatku telah menjadi salah seorang ahli rombongan majlis pernikahan suami yang dicintainya….selepas majlis makan beradab, dia kembali ke kuala lumpur bersama anak2 untuk meneruskan perjalanan hidup untuk hari2 berikutnya… suami tercinta dia tinggalkan bersama isteri baru selama 7 hari (sebab kawin dengan anak dara)….selepas itu baru suami kembali kepangkuannya selama 8 hari….DAN selepas detik itu, maka giliran akan bermula sebagaimana yang ditetapkan dalam ‘syarat2 izin poligami’…..

kau sangat HEBAT…kau insan TERPILIH…kau DIPILIH dan bukan MEMILIH….kita serupa cuma tak sama…doaku moga dirimu dan orang2 yang disayangi sentiasa berada dalam peliharaan Allah…aamiinnn

keikhlasanmu terpancar di wajahmu….jika ditakdirkan ada apa2 perasaan yang hadir ketika ini, itu semua akan bersifat sementara saja, inshaAllah lama kelamaan semuanya akan ok ok jer…. aku bercerita atas dasar pengalaman dan bukan kajian….

 – manisnya madu, manis juga lah kurma –

Sila Kongsi :