poligami : ramalan ku benar belaka….

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis, sebelum bergerak balik ke kampung halaman bagi menziarahi saudara mara dan kubur emak dan bapak….lama aku tak balik kampung, last balik hari raya puasa yang lepas….

so sebab nak cuti ni, aku mahu berkongsi sesuatu bahawa selama ni ramalan ku benar belaka… ramai yang menyangkakan hidup berpoligami ni mudah dan tidak sukar…. silap silap silap….ianya amat sukar dan tidak boleh diterjemahkan dengan kata2 atau penulisan…cuma sesuatu yang sukar ni kalau kita dapat mengatasi, inshaAllah memang manis lah jawabnya…

tempat merujuk

seperti biasa, aku adalah orang yang selalu dijadikan tempat untuk bertanya pendapat bagi teman2 rapat yang memilih untuk berkahwin dengan suami orang…sebenarnya proses sukar ni bukan saja akan dilalui oleh isteri kedua, isteri pertama malah lebih dasat lagi dilalui oleh suami…

aku didatangi seorang teman yang baru saje abis edah dari perceraian dengan bekas suami dan memilih untuk menjadi isteri kedua bagi seorang lelaki… dia datang kat aku sebab dia tengok aku ok jer…ok atau tak ok kan kita yang buat, cuma boleh ker nak buat jadi ok…

sudah pastinya aku menentang abis2an supaya temanku menarik keputusan untuk berkahwin dengan suami orang, aku jelaskan satu persatu kemungkinan2 yang akan berlaku, banyak susah dari senang…seperti biasa orang sedang mabuk cinta semua nasihatku tidak diambil peduli… dia bilang dia punya biznes sendiri dan tak perlu menganggu ekonomi bakal suami… dia tak kisah kalau dapat jumpa suami sekali sekala sebab dah biasa hidup sendiri…. semua itu akan hilang bila kita dah SAH menjadi isterinya…

bila akad jer yang kita sah jadi isterinya, perasaan ingin MEMILIKI terus wujud tanpa di undang sebab apa? dia suami aku, aku pun ada hak kat dia, dia kena bertanggungjawab atas aku sebab aku juga isterinya… INGATlah wahai suami, semua ini akan datang bila anda sah menjadi suaminya…bila semua ni berlaku, maka bermula lah HURU HARA hidup berpoligami…isteri pertama akan terus meratap atas perkahwinan suaminya MANAKALA isteri baru terus menuntut hak dia sebagai isteri….PERCAYA ini akan berlaku…maaf akak bukan riak tapi ini lah HAKIKATnya…

jadi ini lah yang terjadi kat temanku….betul bila sah jer jadi isterinya, dia memang nak kan suami tu selalu ada disampingnya, perasaan cemburu mula timbul, yang kata boleh jumpa sekali sekala akan jadi sebaliknya, yang kata tak kisah kalau suami tak bagi nafkah zahir sebab kewangan dia dah kukuh juga akan jadi sebaliknya…si suami jadi bingung, kacau, rasa tertekan dan macam2 lagi… yg ini isteri yang itu juga isteri (isteri pertama lagi lah, anak kecik2 yang harus diberi perhatian lebih)…

ramalan ku benar belaka

masuk bulan ke dua perkahwinan, temanku dah datang balik kat aku, mengadu yang dia tak puas hati dengan suami dia, tak puas hati dari segala galanya…aku MALAS nak dengar dah sebab aku dah NASIHAT dia abis2san dulu… nak tahu apa jadi….? perkahwinan tu hanya bertahan beberapa bulan sahaja…aku dengar dari teman yang lain sebab temanku ini dah malu nak jumpa ku…

jadi pengajaran yang harus difikirkan adalah…apa yang di katakan sebelum kawin baik di pihak perempuan dan lelaki tidak seindah yang dibayangkan….JANGAN COBA2….fikir2kan…

jom kita layanzzzz…lagu ni…by zarul..

Dalam mengharungi kehidupan ini, ada yang memilih jalan ke kiri, ke kanan dan tidak kurang memilih jalan yang bersimpang siur sehingga tersesat dan tercari cari jalan pulang….

FIKIR2KAN DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG….

Sila Kongsi :