saat manis : Resapan Hidayah Di Tanah Suci

Salam sejahtera semua…!

sayu hati bila terbaca kisah abby abadi tentang ujian demi ujian yang diterima sehingga suatu ketika dugaan melanda, dia tidak dapat baiki keadaan sebab tak tahu nak buat macam mana… tidak dinafikan satu ketika dia terasa sedih memikirkan kenapa semua ini berlaku pada dirinya, namun setelah bangkit dari lena, dia bersyukur kerana masih berpeluang memperbaiki diri, namun setelah kembali dari Tanah Suci dia lebih reda walau di uji…

gambar dari FB real abby abadi

kisah abby abadi ni mengingatkan aku bila mana pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci pada tahun 2004, masa tu keadaan diriku memang tengah huru hara dengan ujian demi ujian yang Allah beri, sama juga apa yang abby abadi rasakan, walaupun dari luaran aku memang nampak kuat tapi sebenarnya dalaman ku juga lemah, aku sering menangis bila sendirian sambil mengharapkan Allah sentiasa memberikan petunjuk untuk mendapatkan ketenangan abadi.

di panggil Allah menjejakkan kaki di Tanah Suci buat kali ke dua

Alhamdulillah, sepanjang di Tanah Suci aku dapat melaksanakan ibadah dengan penuh tenang, aku meratap, merintih demi merai kasih Ilahi, mohon moga semua ujian dariNya dapat ku atasi dengan tabah…. sekembalinya aku dari Tanah Suci, aku mula mendidik hati agar menerima semua ujian dengan tenang, aku pupuk kekuatan dalamanku dari hari ke hari…Alhamdulillah kekuatan ini mula bertapak…

Teramat bersyukur bila aku di panggil Allah buat kali ke dua menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada bulan Mac yang lepas, moga aku terus tabah dan tenang dalam mengharungi liku2 kehidupan yang semakin mencabar…terus bermohon pada yang Esa agar aku di panggil lagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai muslim sejati…aamiinn

Sila Kongsi :